Resepi Kuih Keria

by - June 09, 2017

Resepi Kuih Keria
Resepi Kuih Keria

Assalamualaikum..
Resepi kuih keria ni senang sangat,mesti semua orang dah tau buat kan...dulu kan kak lina langsung tak pandai buat kuih...try n errow banyak kali pun tak menjadi haha...la ni  ada la kemahiran buat kuih sikit,setakat ni kuih yang simple la...bila menjadi buat kuih ni rasa seronok sangat haha

Ok jom kita tengok resepi kuih keria versi kak lina

Resepi Kuih Keria



1.Keledek putih
(Direbus sehingga empuk tambahkan secubit garam).
2.Tepung Gandum 3/4 cawan
(Agak2 boleh diuli ok la tu)

Cara_cara

1.Setelah keledek tadi direbus kita toskan dahulu,kemudian baru dilecek sehingga halus.
2.Tabur tepung gandum sedikit demi sedikit.
3.Ambil sebiji doh bulatkan dan bentukkan seperti kuih keria.
4.Panaskan minyak sehingga betul2 panas kemudian gorengkan keria kita tadi.

Bahan Sira
3 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara_cara
Masukkan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih_buih.
Masukkan kuih keria yang telah disejukkan dan dikacau rata.
Terus kacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih.
Tutup api dan bolehla dikeluarkan dari kuali.



You May Also Like

2 Comments

  1. lama dh x makan keria ni.. Bila tgk gambar ni terasa nk mkn pulak..

    ReplyDelete
  2. x penh makan lgi ni..hahahaha

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-