Resepi Cookies Rangup dan Sedap
Resepi Cookies Rangup dan Sedap |Assalamualaikum..Hari ni tetiba ada semangat datang nak buat cookies...dia kalau dah datang terus tak boleh tunggu dah...start kete terus g kedai beli barang..haha sabo jelah kan...
time raya memang dah jadi kewajipan buat resepi cookies ni,selain mudah,barang pun tak banyak guna..tapi hasilnya memang kebabommm...kak lina suka ikut resepi azlina ina...insyaallah tak pernah mengecewakan..malah memang menjadi...yang penting ikut je sukatan dia tu...jangan pandai2 ubah ok...resepi cookies rangup ni kan senang giler uolss...yelah kak lina yang tak berapa pandai buat kuih ni menjadi buat..apatah lagi korang yang dah expert tu kan..kalau ada silap mana2 mohon tegur ye..
![]() |
Resepi Cookies Rangup dan Sedap |
Inilah bahan-bahan yang kita perlukan untuk membuat resepi cookies rangup dan sedap.
150g butter
1/2 cawan gule perang
sedikit esen vanila
1/4 cawan minyak
3sb susu tepung
1sb tepung beras
2sb tepung jagung
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 3/4 cawan tepung gandum cap ros
3/4 cawan almond slice
coklat chip
Cara-Cara:
Whiskan butter dan gula perang bersama sedikit esen vanila
masuk 1/4 cawan minyak
ok tambahkan
3sb susu tepung
1sb tepung beras
2sb tepung jagung
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
whisk lg
3sb susu tepung
1sb tepung beras
2sb tepung jagung
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
whisk lg
tambah 1 3/4 cawan tepung gandum cap ros
gaul...
gaul...
tambah 3/4 cawan almond slice dan coklat chip
simpan sekejap dalam peti ais dalam 30 minit
bentukkan dan bakar dalam suhu 170 30 minit api atas bawah.
*ikut atas oven kita lah ye...oven kak lina kecik jadi kak lina letak suhu 160 dan 15 minit sahaja..
![]() |
Resepi Cookies Rangup dan Sedap |
doneeeee....dah siap cookies rangup dan sedap kita...alhamdulilah menjadi dan sedap uolsss...rasa dia yang best sebab tak berapa manis...i likee...korang pun cuba la ye...
love,
4 Comments
Wah sedapnya...boleh cuba buat untuk raya nanti...:)
ReplyDeleteSedapnya, rupa pun dah macam famous amos dah ni kak. Nyumnyum
ReplyDeleteTerus rasa nak cuba la.....nampak sennag je tu ha..
ReplyDeleteWah bole try ni..thanks for sharing.
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-