PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK KELANCARAN TRAFIK PADA MUSIM PERAYAAN

by - June 14, 2017

PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN|Assalamualaikum...hai korang dah baca ke info dari plus ni...kalau belum meh baca info terkini lagi sensasi ni..tak lama lagi nak raya kan...so semua mesti ada arah tujuan masing-masing, ada yang nak ke utara,ada yang nak ke selatan kan..kak lina pulak insyaallah ke selatan la kita hihi...biasa kalau musim perayaan memang jem la...adoiii senak nafas memikirkan nya.Tapi plus dah buat persediaan awal2 dengan menutup lorong tambah nilai..so kita ni siap2 kanlah dari awal..kita boleh topap di 7e,shell,petronas atau mana2 yang ada logo touch n go...minyak pun siap2 isi penuh ye..Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan trafik pada cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup semua Lorong Tambah Nilai di plaza tol. Langkah ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh orang ramai beratur di lorong tambah nilai di plaza tol.
Kesemua 134 LorongTambah Nilai di plaza tol di lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun hingga 2 Julai yang akan datang.
Justeru itu, PLUS mengingatkan orang ramai supaya memastikan kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi menjelang cuti perayaan Aidilfitri yang akan datang.
PLUS juga menasihatkan orang ramai supaya menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara. Ia termasuklah di mesin ATM, kedai serbaneka 24-jam, stesen-stesen minyak dan lain-lain lagi.
Orang ramai juga boleh menambah nilai kad mereka di stesen-stesen minyak yang beroperasi di kawasan-kawasan rehat (R&R) di sepanjang lebih raya.
Selain daripada itu, pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka di antara jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari (termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) untuk membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza-plaza tol terpilih.
PLUS menjangkakan trafik yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan bersempena dengan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari-hari biasa.
sumber:plus
plus tol
PLUS TUTUP SEMUA LORONG TAMBAH NILAI UNTUK BANTU LANCARKAN PERJALANAN TRAFIK DI PLAZA TOL PADA MUSIM PERAYAAN


..

You May Also Like

3 Comments

  1. Alamak! kena toppup awal la ni. T.T

    ReplyDelete
  2. Kena top up awal2 ni. Kalau tak, ada yg beraya dekat highway je sebab tak cukup nk byr tol. Hehe. Dah boleh bygkan kesesakan tol gombak nnti. Hehe

    ReplyDelete
  3. kena bnyak topup ni... sian kalau tersadai tengah jalan nti

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-