Indonesia Tarik Balik 4 Produk Mi Segera Dari Korea Kerana Mengandungi DNA Babi

by - June 18, 2017

Indonesia Tarik Balik 4 Produk Mi Segera Dari Korea Kerana Mengandungi DNA Babi

Jakarta - Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia menarik sejumlah produk mi segera yang berasal dari Korea kerana didapati mengandungi babi.

Menurut CNN Indonesia, keempat-empat produk yang ditarik adalah dibawah nama Samyang (mi segera U-Dong), Samyang (mi segera perisa Kimchi), Nongshim (mi segera Shin Ramyun Black) dan Ottogi (mi segera Yeul Ramen).

Kesemua produk itu diimport melalui pengimport yang sama.

"Badan POM telah melakukan pengambilan sampel dan pengujian terhadap beberapa produk mi segera asal Korea. Dari beberapa produk yang telah dilakukan pengujian terhadap parameter DNA spesifik babi, beberapa produk menunjukkan positif terdeteksi mengandung DNA babi,” kata BPOM menerusi satu kenyataan.

BPOM berkata bahawa produk-produk tersebut tidak mengikuti aturan Kepala Badan POM Nombor 12 tahun 2016 bahawa produk yang mengandung bahan tertentu yang berasal dari babi perlu diletakkan tanda khusus yang berupa tulisan ‘Mengandungi Babi’ dan gambar babi berwarna merah dalam kotak berwarna merah di atas dasar berwarna putih.

Pihak pengimport juga dikatakan tidak memberitahu kepada Badan POM ketika pendaftaran untuk mendapatkan izin mengedar bahawa produk yang didaftarkan tersebut mengandung babi.

Sumber: CNN Indonesia



Indonesia Tarik Balik 4 Produk Mi Segera Dari Korea Kerana Mengandungi DNA Babi

You May Also Like

5 Comments

  1. Eee ngerinya nasib baik mama x mkn mee segera korea

    ReplyDelete
  2. Hurrmmmm tak syok bila tahu berita camni..
    Alhamdulillah, mee segera Korea memang bukan taste LZ..

    ReplyDelete
  3. ishh ngeri pulak dah bila mee segera ada DNA babi ni...kat Malaysia pulak tak tau la kan..

    ReplyDelete
  4. sekarang ni zaman kena sentiasa berhati-hati..

    ReplyDelete
  5. Erk... agaknya yang kat malaysia ni macam mana agaknya statusnye? saya tak pernah makan mee segera korea ni

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-