Cico sakit, kini beransur pulih

by - June 16, 2017

Assalamualaikum..Patutlah dah lama tak dengar cerita tentang cico harahap ni kan...selalu nampak juga dia berlakon...tak sangka teruk juga sakit dia...semoga cico cepat sembuh...sedih pulak bila dengar cerita ni..
Kuala Lumpur : "Ini takdir dan ketentuan Allah. Cico dianiaya dan saya reda.
“Saya tidak tahu apa niat mereka sehingga sanggup buat begitu terhadapnya," kata artis veteran Uji Rashid mengenai keadaan kesihatan anaknya, Cico Harahap.
Artis popular era 1970-an ini mendakwa Cico, 39, sakit termasuk sukar untuk bercakap.
Uji mendakwa anaknya itu dianiaya apabila telefon bimbitnya turut dirosakkan apabila direndam dalam asid hingga bahagian dalamannya terbakar.
Mengulas mengenai kejadian yang berlaku, Uji berkata, Cico keluar bertemu dengan rakan-rakannya pada malam 25 Disember tahun lalu.
"Saya sukar nak cakap apa yang berlaku kerana tiada di tempat kejadian. Saya difahamkan pihak terbabit meletakkan sesuatu dalam minumannya.
"Saya juga tidak pasti siapa yang menghantarnya pulang. Bukan cara elok tapi dia ditinggalkan dekat pintu dan Cico merangkak masuk ke dalam rumah," katanya.
Uji berkata, dia kemudian membawa Cico mendapatkan rawatan di hospital selain menjalani rawatan perubatan Islam.
Menurut Uji, Cico kini semakin pulih cuma dia terasa sakit apabila mahu bercakap.
“Awal dulu, dia langsung tak kenal saya dan anaknya Rindu Nur Fitrah yang kini berusia lapan tahun.
"Kami bagi dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Kami juga minta tolong pada mereka yang sudi membantu," katanya.
Antara yang sudi membantu mengubati Cico ialah pelakon Ashraf Muslim.
"Ashraf suruh dia berzikir ingat Allah. Alhamdulillah perubahannya semakin banyak," katanya.
Uji berkata, sebelum ini dia enggan membuka mulut kerana tidak mahu orang tersalah tafsir mengenai keadaan Cico.
"Ini ketentuan Tuhan dan semua yang berlaku atas izinNya. Cuma saya minta semua doakan yang terbaik dan jangan cakap yang bukan-bukan," katanya.

Sumber Berita dari Harian Metro

Cico sakit, kini beransur pulih
Cico sakit, kini beransur pulih



You May Also Like

1 Comments

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-