Resepi Popiah Goreng
Assalamualaikum..
Hari ni kak lina nak share resepi popiah goreng...Buat sendiri puas makan kan,kalau beli kat bazar dah sejuk,pastu intinya alahai...adalah selai dua sayurnya....ni buat sendiri isilah banyak2 sayur dalam tu..senang sangat resepi popiah goreng ni...jom kita tengok kat bawah ni..
1 bungkus kulit popiah(selalu beli jenama KG,tapi xde stok guna la yang ni)
3 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis
kalau nak letak lada hijau @ merah pun boleh
Sayur Kobis
Sayur Karrot
Taugeh
Daun Bawang
(semua di hiris halus)
Tumis bawang putih sampai garing,masukkan kiub ikan bilis dan garam sedikit sahaja,kemudia masukkan semua sayur tadi..bila dah layu bolehla tutup api.sayur biar betul2 kering ye nanti dia berair susah kita nak gulung popiah.
Bolehla di gulung popiah kita tadi....dan sedia untuk digoreng,pastikan minyak sudah panas dan api sederhana besar,takut hangus pulak popiaj kita ni.
Popiah ni bolehla dicecah dengan sos cili...Selamat Menjamu Selera.
4 Comments
Yummyy..sedap .tapi CCL lebih sukakan popia basah
ReplyDeletesdapnyee sis.. pic cntik gilosss
ReplyDeletesedapnya T_T petang ni kena cari popialahh
ReplyDeleteBest kan, its so easy jer boleh buat kat rumah tak payah nak beli mahal mahal kat bazaar ramadan
ReplyDeleteIni adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..
PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-