Fogging

by - May 20, 2017

 Assalamualaikum..

Selamat pagi semua..wah seronok kan hari ni dapat berehat bersama family..paling best hari sabtu kan..masa ni lah nak luangkan masa bersama berjalan-jalan dan sebagainya.

Pagi ni kak lina nak cerita sikit pasal fogging...semalam petang kkm datang kawasan rumah kak lina nak buat fogging..yela ni gara-gara rayyan demam denggi hari tu..bila kita pergi hospital dan kita disahkan positif denggi,maka bermula lah sessi soal siasat antara kkm dengan kita.

Antara soalan-soalan nya adalah:

1)Puan ada pergi mana2 dalam seminggu yang lepas?
2)Anak puan sekolah dimana?
3)Balik sekolah pukul berapa?
4)Ada berapa orang di dalam rumah?
5)Ada sesiapa lagi yang demam dalam rumah?

Banyak lagi soalan yang akan ditanya hehehe..kelam kabut kak lina semalam...yela tiba-tiba suruh kosongkan rumah segera...makanan semua kena simpan dan tutup...aduiii tak tentu arah nak buat keje...nak tukar baju bagai...orang tu dah stanby kat luar rumah...haishhhh hihihi.

Apa itu fogging?
Semburan asap (fogging)adalah semburan racun pembunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virusdengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal dari merebak.

Bagaimana cara fogging dilakukan?
Menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai.Ia dilakukan diluar kawasan premis bangunan atau kediaman kira-kira 200 meter dengan menggunakan "thermal fogger".

Waktu sesuai fogging?
Pada awal Pagi dan senja(petang)kerana nyamuk aedes aktif menggigit pada waktu tersebut.

 

fogging

fogging

fogging

Habis satu rumah penuh asap...sepatutnya budak kat bawah ni yang kena sembur hihihi...alhamdulilah rayyan dah sihat sepenuhnya...cuma dia hilang selera makan..kesian dia..dahla kurus bertambah kurus lah dia...kalau yang belum baca kisah rayyan boleh baca kat SINI.


Selepas aktiviti fogging berakhir kak lina masuk dalam rumah...habis lantai berminyak...yaallah penat nya rasa nak kemaskan rumah balik..dan sesuatu yang kak lina lupa dan langsung tak ingat adalah ikan peliharaan kami....yaallah dah terbalik rupanya dia kat dalam tu...terus kami tak terkata dan cepat-cepat keluarkan nak selamatkan dia...tapi asap racun tu terlalu kuat sampai berbuih-buih dalam aquarium tu...sedih nya tak terkata sebab bela dari ikan tu baby lagi(Arowana).

Sampai sini dulu ok...panjang sangat kak lina membebel hari ni


MENULIS DARI HATI
-KAK LINA-

You May Also Like

7 Comments

  1. Laa ikan sampai mati😨. Msti bengang dak aiman tu haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...masam mencuka muka dia....bistu nak wat camne,dah semua tak ingat ikan tu kat dalam

      Delete
  2. baru-baru ni kerap jugak orang datang buat fogging ni.. aduh.. ada sekali terlepas nak tutup pintu rapat2.. termasuk asap dalam rumah.. lari bawak baby masuk bilik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula...asap dia banyak gile kan...pastu lambat nak hilang aduiiii

      Delete
  3. walaupun elsa duduk flat, tapi kalau diorang sembur bahagian bawah je dah boleh naik sampai ke atas. sesak nafas jadinya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu elsa...pening kepala bau dia kuat sangat...

      Delete
  4. Xsuka bau asap tu...last year diorg dtg fogging masa dah dekat nk berbuka,terpaksa bwa ank² keluar rumah naik kereta pusing pekan...sib baik sempat berbuka kt rumah huhuhu...tapi disulami bau asap

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-