Resepi Kuih Tako

by - April 14, 2017

Setiap kali bulan puasa,kuih yang wajib ada atas meja adalah kuih tako ni,sedapnye makan sejuk2...so korang bolehla simpan resepi ni ye,buat la sendiri jimat sikit,puas boleh makan,sekarang semuanya mahal belaka...
Sila la buat kawan2
Lapisan Bawah:
25 gm tepung hoen kwe hijau @ 3 sudu besar
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
2 biji sengkuang cina - di potong dadu (saya guna buah pear)
Lapisan Atas:
25 gm tepung hoen kwe putih  
2 cawan sartan - 1/2 cawan santan + 1 1/2 cawan air 
Secubit garam 
Cara cara:
Susun kotak pandan atas tray. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi.
Satukan semua bahan lapisan bawah dalam kuali dan masak atas api sederhana sambil mengacau hingga ia meletup-letup dan pekat, terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi. Ketepikan.
Kemudian buat pula lapisan atas. Satukan semua lapisan atas dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup-letup kecil, tu terus tutup api.
Pastikan lapisan bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih. Tuang dari bahagian tepi dulu supaya ia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan.
Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap!

You May Also Like

1 Comments

  1. sedapnya..nk cubalah,terima kasih untuk resepi ini. jemput singgah blog saya : http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-