Bubur Ayam ala MCD

by - April 13, 2017

Aku memang suka makan bubur mcd..anak2 pun sama,dr pagi sampai petang pun xkesah kalau makan bubur ni demam ke xdemam ke bedal jugak la ...jom cek resepi...nmpak sedap kannn...memang sedap pun uolsss..

buburayammcd

Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 inci halia (dihiris halus)
  • Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam
  • Sedikit isi ayam (dipotong-potong kecil)
  • Air secukupnya
  • 1 biji lada merah
  • Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
  • Bawang goreng
  • Ikan bilis goreng
  • Sedikit minyak bijan
Cara-cara:
  1. Masukkan air untuk rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya banyak untuk masak nasi, dan untuk 'kuah' bubur. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam. 
  2. Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takot nasi kembang dan kering. 
  3. Semasa memasak nasi, kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.
  4. Selepas bubur dah masak, masukkan halia, serbuk perasa dan garam. 
  5. Masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur. 
  6. Siap. Hidangkan bersama hirisan lada merah, bawang goreng, ikan bilis goreng dan daun bawang/sup serta masukkan beberapa titik minyak bijan.

You May Also Like

1 Comments

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang ada di laman ini adalah dari tuan blog sendiri. Ia tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemilik asalnya. Sebarang print screen terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan blog sendiri. Pendapat tuan blog tidak semestinya kekal. Terima Kasih..

PEMILIK BLOG
-LIN LIENA-