ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit - Lin Liena Story

Tuesday, 16 July 2019

ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit

ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit| Assalamualaikum uolss,Terima kasih selalu singgah blog sis,Rasa terharu tau bila uols selalu tanya2 dan bagi pendapat setiap kali sis up entry terbaru.Teruskan tau singgah sini sebab banyak benda best dan menarik sis nak kongsi dengan uols.

Kali ini sis nak cerita tentang pencuci muka,ianya merupakan rutin wajib setiap pagi selepas bangun tidur,ada ke orang tak cuci muka?haha...jangan lah jadi pemalas dan pengotor sangat ok.benda senang pun susah ke nak buat?Cuci muka tu penting sebab ianya membersihkan wajah dari kotoran yang terkumpul sepanjang hari.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit

Tapi....bukan senang nak cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita,kalau salah pilih kulit akanmenjadi rengsa dan ruam.Malah kulit boleh menjadi kering dan naik jerawat.So...sis nak recommended korang pencuci yang best dan sesuai dengan semua kulit,tak kiralah kulit kering,kulit berminyak atau kulit sensitive.Taraaa.....ini lah dia pencuci yang sis dah guna dan sangat sesuai dengan kulit sis.
ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Sis teruja nak cuba pencuci ni sebab kandungan nya terdiri dari bahan semulajadi iaitu  ALOE BARBADENSIS LEAF& TEA TREE LEAF OIL dan sebab paling utama sekali adalah produk ini 100% dari korea..hehe..kulit sis memang dah serasi sangat dengan produk dari korea,sebab tu tak ragu-ragu nak guna produk dari Hansaegee Nature ni.


ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit
Pertama kali mencuba sis terkejut jugak sebab teksturnya berbentuk buih-buih halus,wow...macam nak mandi buih je...haha...halusnya buih-buih ni,sangat selesa bila diletakkan dimuka.Bila diurut ke seluruh muka,terasa lembab dan baunya yang organic sangat menenangkan.



Wehh...serious ni,recommended sangat  ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni...sangat-sangat berkesan pada kulit sis yang kering,Sebelum ni kulit sis terlalu kering,bila guna pencuci biasa tu aduhaii...kulit rasa tegang dan perit..memang tak selesa.Malah kulit semakin kering sehingga menggelupas.

Review Selepas Seminggu Menggunakan

ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit
Setelah seminggu menggunakan pencuci ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni banyak sangat perubahan yang sis dapat rasa.
  • Kulit semakin lembut dan lembab
  • Jerawat mengecut
  • Membersihkan wajah secara mendalam(memang fresh gila lps cuci muka)
  • Tidak mengeringkan kulit selepas mencuci
ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit

ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit
Cara Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser
  • Basahkan tapak tangan dan muka dengan air.
  • Tekan 1 atau 2 pam Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ditapak tangan,Urut dengan perlahan. 
  • Cuci muka dengan air bersih.Taraaaaa...dah boleh rasa muka uolss bersih dan lembab.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit
Kalau uols nak tahu,Aloe Vera memang sangat terkenal dalam rawatan kulit,sangat berkesan untuk kulit yang sensitive,jerawat,bintik hitam  dan sunburn.Manakala Tea Tree Leaf Oil  pula berfungsi untuk melembabkan kulit yang kering,awet muda,menghilangkan kesan radang dan anti jerawat.Cuba uols tengok gambar kat atas tu,nampak cerah dan segar kan?itu betul-betul baru lepas cuci muka tau,tak de guna filter pun...haaaa...memang puas hati sangat dan tentunya sis akan repeat beli selepas ini,Sis ingatkan nak beli produk Hansaegee Nature yang lain pulak.Uolss boleh tengok kat bawah untuk maklumat lanjut

ALOE AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Semua Jenis Kulit




4 comments: