Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti - Lin Liena Story

Monday, 10 June 2019

Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti

Sebagai seorang ibu dan isteri tentunya setiap hari kita memasak kan,Air tangan ibu lah sebagai pengerat kasih sayang sesama keluarga,walaupun sekadar goreng telor sahaja pun bagi sis dah cukup sedap kalau ibu yang masak hehe..memang tak boleh lawan lah air tangan ibu ni...



Anak -anak sis memang pemakan,setiap anak ada selera masing-masing,tapi paling kerap masak kari lah...hah kalau korang nak tau,sis selalu masak kari menggunakan rempah Mak Siti,saja je try rempah mak siti....tak sangka,sedap rupanya..paling best tiada pewarna dan bahan pengawet.jom lah kita baca sejarah awal rempah Mak Siti ni.


Pada awalnya rempah Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.


Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.

Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.

Sewaktu mula-mula bekerja  adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.

Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).



Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Selain daripada mengusahakan ladang  Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran .
Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri. masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar. Dan  yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG.


Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Selamat maju jaya kepada Mak Siti..moga terus dimurahkan rezeki..


Website : MAKSITI
Instagram : rempahratus mak siti

 Facebook :  REMPAH MAK SITI




Produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin)

Rempah ratus MAK SITI adalah produk semulajadi , tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegeterians. Produk rempah MAK SITI di jual di kedai runcit ,pasaraya & Hypermarket TESCO , Giant , Aeon Big , Jusco & Mydin .


Antara produk utama rempah MAK SITI adalah
Serbuk rempah kari daging
Serbuk  rempah kari ikan
Serbuk rempah kicap daging
Serbuk rempah kicap ikan
Serbuk rempah kari makanan laut
Serbuk rempah sup kepala ikan
Serbuk rempah beriani
Serbuk cili
Serbuk rempah sup
Serbuk rempah sup soto
Serbuk rempah rendang
Sup tulang
Sup punjut
Sup Soto & Raja Sup

Memperluaskan lagi jenama rempah MAK SITI ke seluruh negeri dan memberi pendedahan kepada pengguna MAK SITI yang kini boleh peroleh produk dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa

Emping cili ( chili flake )
Serbuk cili
Daun limau purut
Serbuk daun limau purut
Serbuk kayu manis
Serbuk halia
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit 

FB Page : Rempah Ratus Mak Siti

IG : @rempahratusmaksiti

Website : http://www.maksiti.com


Whatsapp : 017-330 9330


2 comments:

  1. rempah mak siti mmg dah glemer sgt skrg. jom support produk bumi

    ReplyDelete
  2. Semakin maju rempah mak siti. tahniah buat team mak siti. Jom support produk Bumiputera.

    ReplyDelete