HKTDC DG Studio Membawakan Produk Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong' - Lin Liena Story

Monday, 24 June 2019

HKTDC DG Studio Membawakan Produk Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong'

HKTDC DG Studio  Membawakan Produk Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong'|  Hai korang...Hari ini sis nak cerita kisah hari jumaat yang lalu,Kebiasaannya sis akan bawa anak-anak jalan bila cuti hujung minggu,yelah setelah penat menjalani hari persekolahan apa salahnya kita reward anak-anak dengan sesuatu yang tenang dan enjoy.Sis ke IOI City Mall Putrajaya jer,sebab dekat dengan rumah.

Tengah jalan-jalan nampak satu booth yang best ,ceria dan berwarna-warni.Eh produk apa pulak ni?Rupa-rupanya ia adalah produk dari Hong Kong.Jom kita baca entry ni lebih lanjut sebab staff nya baik hati bagi penerangan dan fungsi barang-barang yang dipamerkan.

 Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio telah menganjurkan inisiatif pembangunan perniagaannya di Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada usahanya dalam penjenamaan bandar Hong Kong. Dimulakan sejak tahun 2015, inisiatif ini bertujuan membangunkan platform perniagaan online dan offline (luar talian) di negara-negara ASEAN dalam memasarkan jenama gaya hidup Hong Kong.

Image may contain: flower

Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong', promosi HKTDC DG Studio telah berlangsung di IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Barat) bermula dari 19 hingga 30 Jun ini di mana 14 jenama Hong Kong yang inovatif dipamerkan. Dua daripada jenama ini juga akan mengambil bahagian di Toys, Anime, Games & Comic Con (TAGCC) 2019 yang bertempat di PWTC (Dewan 4 Booth 101, 102, 107, 108) dari 22-23 Jun.

14 jenama DG Studio ialah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Green and TINY. Dua jenama yang dipamerkan di TAGCC adalah SOAP Studio dan TINY.

No photo description available.


Menurut Puan Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC, "14 jenama ini menawarkan pelbagai hadiah dan barangan premium berkualiti dan unik untuk kegunaan peribadi atau korporat. Pembeli dan peniaga Malaysia akan rambang mata dengan produk kegunaan isi rumah kami yang bukan sahaja menawarkan fungsi, malah juga inovatif, menyeronokkan dan berwarna-warni. Tambahan lagi, Hong Kong dikenali sebagai tempat kelahiran banyak jenama tempatan unik yang telah membawa kreativiti dan imaginasi ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi imaginasi dan kepuasan pengguna. Barisan produk ini benar-benar menarik. Pembeli dan peniaga pastinya akan dapat menghargai kesungguhan, inovasi dan kualiti yang dtawarkan oleh setiap jenama.

"HKTDC juga gembira dapat kembali ke Malaysia untuk kali kedua tahun ini berikutan kejayaan acara kami pada awal tahun ini, di mana kami mengalami peningkatan jualan yang ketara berbanding perolehan purata bulanan kami. Sudah tentu, ini menandakan bahawa Malaysia merupakan pasaran penting bagi jenama kami dan kami cukup teruja dengan peluang perniagaan yang bakal memanfaatkan kedua-dua negara, "katanya.
Image may contain: drink and indoor

Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan-bisnesdengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cupdengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari ‘syurga’ untuk individu yang kerap ditimpa kemalangandan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu.

Konstar pula mengutamakan peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah Red Dot Design. Amat membanggakan apabila Super Apple Peeler juga meraih anugerah penghormatan Red Dot 2014, manakala Salad Master Berjaya meraih anugerah Red Dot 2014.


Bagi yang mengutamakan kesedaran alam sekitar, permainan puzzle mesra-alam rekaan Green Teamini diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Permainan puzzle 3D Ferris Wheeler, Kotak Muzik dan Menara Eiffel sungguh mempesonakan serta mampu memberikan hiburan berpanjangan.


Bagi pejuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau tidak semestinya membosankan.


Menyokong inisiatif pertanian dalam bandarParis Garden menampilkan dengan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya dengan panduan langkah-demi-langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang inginkan taman herba sendiri.



Produk isi rumah oleh Hoobbe pula direka dengan cukup kreatif dan pintar, memadai untuk menjaditajuk pembuka perbualan yang menarik ketika menjadi tuan rumah kepada tetamu yang mengunjungi. Direkabentuk dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan sepertWooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server,sememangnya direka bagi membangkitkan minat pada sesiapa pun yang melihatnya
.

Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur, adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai.


FLUFFY House bermatlamat untuk menyebarkan keseronokan, menggembirakan yang tersayang dan melakar senyuman di wajah mereka dengan barangan “plushes” dari karakter yang diminati ramai dan haiwan comel yang ceria.

TINY mengkhusus dalam model ikonik, model kereta, aksesori dan pemandangan Hong Kong yang mengabadikan binaan dan kemudahan yang sinonim dengan Hong Kong, di dalam dunia yang pesat membangun pada hari ini. 


 Bagi mereka yang menyukai perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai sebarang perkara mengenai teh. Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran di kalangan penggemar teh.


Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk HyoneIa memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara, dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. KekunciChic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris. Mini Selfie Stick dengan unit kawalan jauh Bluetooth amat berguna kepada personality-personaliti Instagram.



Penggemar teknologi juga akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab.


SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal b.wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira.



Bagi mereka yang tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya.

Hoh juga berkongsi bahawa 2 pemilik jenama, Encik Adran Chong dari SOAP Studio dan Encik Steve Ng dari TINY akan berada di tapak TAGCC untuk bertemu peniaga dan pembeli serta berkongsi pandangan mengenai perjalanan mereka dalam industri ini, dari tercetusnya sebuah idea hinggalah merealisasikan produk dan pengkomersialan.

Produk-produk DG Studio boleh terus diperoleh di kedai-kedai berikut.
    •       Parkson Elite di Pavilion KL
    •       Parkson di 1 Utama Shopping Centre
    •       CM3 di Sunway Pyramid
    •       Times Bookstore di Pavilion KL
    •       Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
    •       Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang






#DGStudioHK #DGStudio


18 comments:

  1. I gotta say that I'm really impressed with the exhibition here. So many cute and adorable stuff that I want to bring home. 👍😁

    ReplyDelete
  2. Comelnya barang-barang dari Hong Kong ni, bestnya kalau diri sendiri dapat pergi exhibition macam ni. Yang palaing menarik tengok gardening set tu. Terigin jugak nak grow herba-herba sendiri dekat rumah.

    ReplyDelete
  3. alahainya comelnya stuff semua ni. geram je rasa nak je semua tu. BBL pun suka jugak collet benda macam ni, buat deko rumah atau pakai sendiri. harga boleh tahan murah tak?

    ReplyDelete
  4. wah banyaknya produk2 menarik & best kt exhibition ni. nak pergi tapi mcm jauh la pulak. in shaa Allah kalau ada rezeki mungkin saya akan pergi. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  5. Comelnya barang barang dia paling suka yang kereta kecik tu. kalau kumpul buat hiasan memang cantik. Nak tengok la nanti

    ReplyDelete
  6. comel sangat barang-barangnya. kalau datang ni konfirm terjebak hehe.

    ReplyDelete
  7. sempat juga singgah ke ioi hari tu dan terbeli dua tumblr yang super comel. yg penting konsep barang2 kat sini mesra alam. itu yg bagus. nanti nak beli lagi lah

    ReplyDelete
  8. Comel betul item yang ada di pameran tu. Kalau tengok depan depan ni mesti best kan.. Kita tak pernah lagi pergi pameran macam ni. Rasanya kalau dapat pergi, kalau ada yang mereka jual, mesti grab dah. Hehe

    ReplyDelete
  9. Memang trendy habis. Kalau buat hiasan kat rumah memang nampak cantik. Comel comel barang yang ada ni. Kalau dapat beli buat hiasan kat rumah memang cantik.

    ReplyDelete
  10. Comelnya produk dia nie. Bahaya nie kalau Rawlins bawa kakak saudara Rawlins ke sini - memang dia ambil masa sejam dua juga membelek. Pastu mesti nak membeli gak. Haha.

    ReplyDelete
  11. TB geram tengok gadget dapur tu.. haha.. memang itu yang TB akan beli kalau sampai ke tempat ni.. pastinya semua produk diorang comel2 dan kreatif..

    ReplyDelete
  12. Masha Allah I love to attend such event. I love cute household items, not to buy .. just to look and admire the cuteness overload :)
    4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing

    ReplyDelete
  13. wah, ini mengundang keterjebakan ni hihi

    ReplyDelete
  14. bestnya.. ni kalau bawak anak mesti suka.. tapi jauhlah pulak nak pegi tu.. sayangnya..

    ReplyDelete
  15. Aiyooo ooo... So itchy the hand nak beli some of that cool looking products... Oh BTW that ferris wheel just deco ke boleh beli?

    ReplyDelete
  16. Comel2 barang m inovatif skali. Ena sebagai mak ni memang teruja tengok barang camni lebih dari anak. Haha.. tak tahu lifestyle di hongkong camne so dari pameran nI boleh la belajar kan.

    ReplyDelete
  17. Comelnya barang barang dia..kalau buat hiasan utk deko rumah ni mesti cantik..nanti nak ajak suami singgah Gurney Plaza cari

    ReplyDelete
  18. Creative and innovation design that create products that useful in daily life. :)

    ReplyDelete