June 2019 - Lin Liena Story

Monday, 24 June 2019

HKTDC DG Studio Membawakan Produk Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong'

June 24, 2019 13
HKTDC DG Studio  Membawakan Produk Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong'
HKTDC DG Studio  Membawakan Produk Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong'|  Hai korang...Hari ini sis nak cerita kisah hari jumaat yang lalu,Kebiasaannya sis akan bawa anak-anak jalan bila cuti hujung minggu,yelah setelah penat menjalani hari persekolahan apa salahnya kita reward anak-anak dengan sesuatu yang tenang dan enjoy.Sis ke IOI City Mall Putrajaya jer,sebab dekat dengan rumah.

Tengah jalan-jalan nampak satu booth yang best ,ceria dan berwarna-warni.Eh produk apa pulak ni?Rupa-rupanya ia adalah produk dari Hong Kong.Jom kita baca entry ni lebih lanjut sebab staff nya baik hati bagi penerangan dan fungsi barang-barang yang dipamerkan.

 Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio telah menganjurkan inisiatif pembangunan perniagaannya di Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada usahanya dalam penjenamaan bandar Hong Kong. Dimulakan sejak tahun 2015, inisiatif ini bertujuan membangunkan platform perniagaan online dan offline (luar talian) di negara-negara ASEAN dalam memasarkan jenama gaya hidup Hong Kong.

Image may contain: flower

Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong', promosi HKTDC DG Studio telah berlangsung di IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Barat) bermula dari 19 hingga 30 Jun ini di mana 14 jenama Hong Kong yang inovatif dipamerkan. Dua daripada jenama ini juga akan mengambil bahagian di Toys, Anime, Games & Comic Con (TAGCC) 2019 yang bertempat di PWTC (Dewan 4 Booth 101, 102, 107, 108) dari 22-23 Jun.

14 jenama DG Studio ialah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Green and TINY. Dua jenama yang dipamerkan di TAGCC adalah SOAP Studio dan TINY.

No photo description available.


Menurut Puan Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC, "14 jenama ini menawarkan pelbagai hadiah dan barangan premium berkualiti dan unik untuk kegunaan peribadi atau korporat. Pembeli dan peniaga Malaysia akan rambang mata dengan produk kegunaan isi rumah kami yang bukan sahaja menawarkan fungsi, malah juga inovatif, menyeronokkan dan berwarna-warni. Tambahan lagi, Hong Kong dikenali sebagai tempat kelahiran banyak jenama tempatan unik yang telah membawa kreativiti dan imaginasi ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi imaginasi dan kepuasan pengguna. Barisan produk ini benar-benar menarik. Pembeli dan peniaga pastinya akan dapat menghargai kesungguhan, inovasi dan kualiti yang dtawarkan oleh setiap jenama.

"HKTDC juga gembira dapat kembali ke Malaysia untuk kali kedua tahun ini berikutan kejayaan acara kami pada awal tahun ini, di mana kami mengalami peningkatan jualan yang ketara berbanding perolehan purata bulanan kami. Sudah tentu, ini menandakan bahawa Malaysia merupakan pasaran penting bagi jenama kami dan kami cukup teruja dengan peluang perniagaan yang bakal memanfaatkan kedua-dua negara, "katanya.
Image may contain: drink and indoor

Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan-bisnesdengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cupdengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari ‘syurga’ untuk individu yang kerap ditimpa kemalangandan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu.

Konstar pula mengutamakan peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah Red Dot Design. Amat membanggakan apabila Super Apple Peeler juga meraih anugerah penghormatan Red Dot 2014, manakala Salad Master Berjaya meraih anugerah Red Dot 2014.


Bagi yang mengutamakan kesedaran alam sekitar, permainan puzzle mesra-alam rekaan Green Teamini diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Permainan puzzle 3D Ferris Wheeler, Kotak Muzik dan Menara Eiffel sungguh mempesonakan serta mampu memberikan hiburan berpanjangan.


Bagi pejuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau tidak semestinya membosankan.


Menyokong inisiatif pertanian dalam bandarParis Garden menampilkan dengan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya dengan panduan langkah-demi-langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang inginkan taman herba sendiri.



Produk isi rumah oleh Hoobbe pula direka dengan cukup kreatif dan pintar, memadai untuk menjaditajuk pembuka perbualan yang menarik ketika menjadi tuan rumah kepada tetamu yang mengunjungi. Direkabentuk dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan sepertWooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server,sememangnya direka bagi membangkitkan minat pada sesiapa pun yang melihatnya
.

Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur, adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai.


FLUFFY House bermatlamat untuk menyebarkan keseronokan, menggembirakan yang tersayang dan melakar senyuman di wajah mereka dengan barangan “plushes” dari karakter yang diminati ramai dan haiwan comel yang ceria.

TINY mengkhusus dalam model ikonik, model kereta, aksesori dan pemandangan Hong Kong yang mengabadikan binaan dan kemudahan yang sinonim dengan Hong Kong, di dalam dunia yang pesat membangun pada hari ini. 


 Bagi mereka yang menyukai perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai sebarang perkara mengenai teh. Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran di kalangan penggemar teh.


Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk HyoneIa memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara, dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. KekunciChic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris. Mini Selfie Stick dengan unit kawalan jauh Bluetooth amat berguna kepada personality-personaliti Instagram.



Penggemar teknologi juga akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab.


SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal b.wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira.



Bagi mereka yang tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya.

Hoh juga berkongsi bahawa 2 pemilik jenama, Encik Adran Chong dari SOAP Studio dan Encik Steve Ng dari TINY akan berada di tapak TAGCC untuk bertemu peniaga dan pembeli serta berkongsi pandangan mengenai perjalanan mereka dalam industri ini, dari tercetusnya sebuah idea hinggalah merealisasikan produk dan pengkomersialan.

Produk-produk DG Studio boleh terus diperoleh di kedai-kedai berikut.
    •       Parkson Elite di Pavilion KL
    •       Parkson di 1 Utama Shopping Centre
    •       CM3 di Sunway Pyramid
    •       Times Bookstore di Pavilion KL
    •       Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
    •       Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang






#DGStudioHK #DGStudio


Thursday, 20 June 2019

Cari Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu Kelantan Menggunakan Aplikasi Bagasi.my

June 20, 2019 13
Cari Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu Kelantan Menggunakan Aplikasi Bagasi.my
Cari Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu Kelantan Menggunakan Aplikasi Bagasi.my |  Hai korang,jom kita sembang-sembang tentang travel pulak kali ni,Dalam setahun mesti kita akan bercuti ditempat-tempat pilihan keluarga kan.Macam sis memang akan rancang awal2 tempat percutian agar segala urusan berjalan lancar,teratur dan terancang,tak suka rancang last minit sebab selalu kelam kabut..jadinya percutian tidak seronok malah boleh bertekak sesama sendiri hehe....

hotel di kota bharu

Sis nak share dengan korang tentang aplikasi Bagasi.my ini membantu kita untuk membuat perbandingan dan lokasi yang menarik untuk percutian korang,ingat lagi dulu,sis main redah jer bercuti disatu tempat peranginan terkemuka,banyak sangat spoil masa tu,hotel tak best,banyak tempat yang tak dapat pergi sebab tak tahu dan paling sadis duit macam air sebab tak tahu kat mana tempat makan dan shoping yang murah,Al-maklumlah dulu mana ada aplikasi macam Bagasi.my kan...review pun banyak yang tak betul.
Malaysia mapBagasi.my ini memudahkan korang untuk melihat Ulasan,Bandingkan Harga dan Buat Tempahan di Malaysia.
The Grand Renai Hotel KB

Untuk hari ni jom kita tengok Senarai Hotel Terbaik Di Kota Bharu,Kelantan.


  • Antara destinasi di Pantai Timur yang sering menjadi tumpuan keluarga ketika musim cuti sekolah adalah Kota Bharu di Kelantan. Disebabkan statusnya sebagai salah satu negeri pelancongan, sememangnya terdapat banyak hotel di Kota Bharu yang menjanjikan keselesaan dan kemudahan yang lengkap.
21 hotel Di Kota Bharu Kelantan,Malaysia.
=================================
  • The Grand Nilai
  • Hotel Perdana Kota Bharu
  • Hotel Grand RiverView
  • Holiday Villa Hotel & Suites
  • Hotel Emaslink Pacific
  • Hotel Crystal Lodge
  • Tune Hotel
  • Hotel Jewels
  • Hotel Crown Garden
  • Royal Guest House
  • Dani Hotel
  • Hotel Al Ansar
  • Oyo 540 De Viana Hotel & Apartment
  • Hotel Dynasty Inn
  • Mr J Hotel Wakaf Che Yeh
  • Hotel Aslah Boutique
  • Hotel Flora Place
  • Sabrina Court Hotel
  • Hotel Mewah Impiana
  • Hotel Tanjung Inn
  • Aam Hotel
Selepas membaca artikel ini, anda sudah pasti dapat mengetahui hotel yang manakah yang sesuai untuk percutian anda di Kota Bharu, Kelantan. Ianya merangkumi semua jenis status hotel dan harga. Anda hanya perlu pilih sahaja hotel yang memenuhi minat dan bajet anda.
Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini dengan keluarga atau rakan yang bakal ke Kota Bharu. Dan juga, dapatkan senarai hotel yang lebih banyak lagi dan harga terkini di Booking.com .
 Diharap senarai hotel di Kota Bharu di atas telah membantu anda membuat carian hotel terbaik untuk anda sekeluarga!
Kalau nak tau lebih banyak tempat menarik silalah ke laman web Bagasi.my

Monday, 10 June 2019

Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti

June 10, 2019 2
Sejarah Disebalik Kejayaan Rempah Mak Siti
Sebagai seorang ibu dan isteri tentunya setiap hari kita memasak kan,Air tangan ibu lah sebagai pengerat kasih sayang sesama keluarga,walaupun sekadar goreng telor sahaja pun bagi sis dah cukup sedap kalau ibu yang masak hehe..memang tak boleh lawan lah air tangan ibu ni...



Anak -anak sis memang pemakan,setiap anak ada selera masing-masing,tapi paling kerap masak kari lah...hah kalau korang nak tau,sis selalu masak kari menggunakan rempah Mak Siti,saja je try rempah mak siti....tak sangka,sedap rupanya..paling best tiada pewarna dan bahan pengawet.jom lah kita baca sejarah awal rempah Mak Siti ni.


Pada awalnya rempah Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.


Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.

Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.

Sewaktu mula-mula bekerja  adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.

Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).



Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

Selain daripada mengusahakan ladang  Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran .
Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri. masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar. Dan  yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG.


Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Selamat maju jaya kepada Mak Siti..moga terus dimurahkan rezeki..


Website : MAKSITI
Instagram : rempahratus mak siti

 Facebook :  REMPAH MAK SITI




Produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin)

Rempah ratus MAK SITI adalah produk semulajadi , tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegeterians. Produk rempah MAK SITI di jual di kedai runcit ,pasaraya & Hypermarket TESCO , Giant , Aeon Big , Jusco & Mydin .


Antara produk utama rempah MAK SITI adalah
Serbuk rempah kari daging
Serbuk  rempah kari ikan
Serbuk rempah kicap daging
Serbuk rempah kicap ikan
Serbuk rempah kari makanan laut
Serbuk rempah sup kepala ikan
Serbuk rempah beriani
Serbuk cili
Serbuk rempah sup
Serbuk rempah sup soto
Serbuk rempah rendang
Sup tulang
Sup punjut
Sup Soto & Raja Sup

Memperluaskan lagi jenama rempah MAK SITI ke seluruh negeri dan memberi pendedahan kepada pengguna MAK SITI yang kini boleh peroleh produk dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa

Emping cili ( chili flake )
Serbuk cili
Daun limau purut
Serbuk daun limau purut
Serbuk kayu manis
Serbuk halia
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit 

FB Page : Rempah Ratus Mak Siti

IG : @rempahratusmaksiti

Website : http://www.maksiti.com


Whatsapp : 017-330 9330