PENGASAS JAMUMALL.COM MAMPU BUKTIKAN STATUS OKU BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA - Lin Liena Story

Wednesday, 1 May 2019

PENGASAS JAMUMALL.COM MAMPU BUKTIKAN STATUS OKU BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

PENGASAS JAMUMALL.COM MAMPU BUKTIKAN STATUS OKU BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA.

Malu dengan diri sendiri bila melihat video saudara Nizam di Facebook,Semangatnya yang kuat dan kental untuk berjaya sangat dikagumi,walaupun beliau hanya mampu menggerakkan 3 jari tapi beliau dah membuktikan status oku bukan halangan.Kita yang cukup sempurna pun tak mampu buaat apa yang saudara nizam buat.


Luahan Hati Di Facebook Nizam.

Di usia 30 tahun dengan keadaan cacat. Aku bersyukur dgn kehidupan. Aku berjaya membina satu syarikat JamuMall Sdn Bhd dan membina platform jualan JamuMall.com. Aku happy mampu beli apa aku nak. Mampu makan yang mewah. Mampu travel ke Dubai, Korea, Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai. Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga, tanggung family dan bersedekah setiap hari.




Bukan nak riak tapi aku tahu ramai sebenarnya org di luar sana nak jadi mcm aku, nak banyak duit macam aku, nk bahagiakan family mereka mcm aku tapi adakah mereka sekuat aku?

Lihatlah aku...

Kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku. Makan perlu disuap. Mandi perlu diuruskan. Duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga. Bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian.


Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari, bukan tiga hari, bukan seminggu, bukan sebulan tetapi bertahun tahun! Ada ketika aku rasa sangat terkesan bila ada ketika bila aku haus, lapar, penat, tak ada orang di sisi tapi takkan aku nak mengharapkan mati? Allah beri aku nyawa, nafas, sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang nak aku buat.

Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai orang di luar. Kalaulah aku diberi tubuh fizikal sempurna, boleh berjalan, berlari, melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain.

Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri, ramai yang suka bagi bermacam alasan bila bekerja, ramai yang cepat giveup bile ada cabaran!


Ramai cuba memilih untuk kerja senang, tak nak susah, lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat, sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun-tahun atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling susah. Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu. Aku sedih! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka.

Jadi aku bangkit! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur. Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia-siakan. Aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain. Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan. Senyuman ramai orang-orang di sekeliling aku.

Kini aku sedar untuk berjaya dalam kehidupan, pekerjaan, mahupun bisnes bukan mudah. Tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, keberanian yang tinggi, suka belajar dan improve diri, dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang.

Dan semua value yg ada dalam diri aku. Akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit, bersemangat dan berjaya !

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling. Anda ada berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.
 Kite je mampu ubah diri kita!!















2 comments:

  1. huu sedihh dengar cerita dia ..semoga saudara khairul berjaya dunia dan akhirat ...

    ReplyDelete