Carrie Junior Bubbly Bar-Membersih Sambil Melembabkan Kulit Secara Semulajadi - Lin Liena Story

Thursday, 14 February 2019

Carrie Junior Bubbly Bar-Membersih Sambil Melembabkan Kulit Secara Semulajadi

MASA MANDI LEBIH MENYERONOKKAN DENGAN CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR
-Membersih Sambil Melembabkan Kulit Secara Semulajadi

Anak-anak kak lin memang suka mandi tau,sehari tu 3-4 kali mandi,adoii memang pening lah kak lin ni,dilarang pun tak guna sebab dah memang macam tu hari-hari,lagi-lagi sekarang ni musim panas kan..maknya pun sama 3 kali sehari mandi sebab tak tahan panas.

Bertambah seronok budak-budak ni bila Carrie Junior ada keluarkan sabun baru...eh memang lah seronok lah kami semua haha..

Image may contain: text and food










Masa mandi adalah lebih daripada sekadar rutin; ia adalah masa yang tepat dan berharga untuk mengeratkan hubungan. Ia merupakan rutian harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak melalui belaian kasih sayang yang lebih dari ibu bapa dan penjaga. Mandi dapat membantu si manja untuk berehat dan setiap sentuhan fizikal memberikan mereka keyakinan terhadap kasih sayang dari ibu bapa.

CARRIE JUNIOR- sebuah jenama yang dipercayai dalam kelengkapan mandian kanak-kanak memperkenalkan keseronokan masa mandi dengan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar. Produk CARRIE JUNIOR Bubbly Bar baharu ini memberikan sebuah pengalaman baru yang lebih menyeronokkan di dalam bilik mandi. Sabun buku mandian baharu dengan hiasan imej 3D CARRIE yang timbul dipermukaan sabun hadir dalam 3 warna terang dan menarik iaitu merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan setiap variannya.

Carrie Junior Bubbly Bar-Membersih Sambil Melembabkan Kulit Secara Semulajadi

CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar ini merupakan sabun Gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun. Gliserin berasal dari minyak tumbuhan semulajadi menjadikan sabun ini mempunyai bacaan pH lebih rendah berbanding sabun lain. Ia membersihkan sambil memberikan lapisan perlindungan kelembapan, agar kulit kekal lembap. Gliserin yang terkandung di dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bath juga bertindak sebagai humektan, memberikan kelembapan pada kulit agar terhidrasi sepanjang masa. Humektan tidak menjadikan kulit berminyak sebaliknya menjadikan kulit lebih lembut. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, sangat lembut dan tidak mengasari permukaan kulit; apabila digunakan bersama air, ia mempunyai kesan yang menenangkan dan juga melembutkan kulit

Carrie Junior Bubbly Bar-Membersih Sambil Melembabkan Kulit Secara Semulajadi

Pastikan kulit anak anda sentiasa terhidrasi, ia dapat melembapkan kulit sehingga beberapa jam selepas mandi. Pengunaan CARRIE JUNIOR Bubbly Bar yang berterusan menjadikan kulit lembut dan gebu. Menyental dengan sabun ketika mandi juga merupakan terapi yang dapat melegakan tubuh badan.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar hadir dalam 3 aroma buah-buahan paling menarik dan laris daripada rangkaian mandian CARRIE iaitu Groovy GrapeberryCheeky Cherry dan Double Milk menjadikan kulit sentiasa segar dan bersih. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar dirumus khas dengan kandungan istimewa Carrie Junior, Fruito-E yang merupakan gabungan semulajadi ekstrak buah-buahan. Fruito-E diperkaya dengan vitamin dan nutrient untuk membantu menyuburkan dan melembapkan kulit.

Kini kanak-kanak boleh menikmati lebih keseronokan di dalam bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar turut hadir dengan mainan rahsia di dalam setiap kotak. CARRIE JUNIOR Bubbly Bar boleh didapati di kedai runcit utama, pasar raya, pasar besar di seluruh negara; sabun buku seberat 100gm ini berharga RM4.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM4.20 (di Sabah Sarawak) setiap satu.


Carrie Junior Bubbly Bar-Membersih Sambil Melembabkan Kulit Secara Semulajadi
CARRIE JUNIOR Bubbly Bar - Groovy GrapeberryCheeky Cherry dan Double Milk 
Ada mainan tau dalam ni..Surpriseeee
Carrie Junior Bubbly Bar-Membersih Sambil Melembabkan Kulit Secara Semulajadi
Carrie Junior Bubbly Bar-Membersih Sambil Melembabkan Kulit Secara Semulajadi


20 comments:

  1. lom jumpa & beli lagi produk baru ni, lin.
    izzat memang mandi guna carrie junior body shampoo.
    bertukar2 wangian. wangi!!!
    meskipun dah naik darjah 1, aida suka bau izzat dgn carrie junior ni.
    maintain baby :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. so cute kan the sabun. My girls like them too haha. It's good that the price is affordable. everyone can use this nice soap and have fun together yeah

    ReplyDelete
  3. Oo yang ni laa yang duk iklan kat TV loni. Siap ada pakej mainan lagi..nanti nak cuba laa sebab anak2 memang guna produk CJ ni

    ReplyDelete
  4. alahai comelnya case sabun carrie junior ni. seronok la budak-budak ada sabun sendiri dalam bilik air. confirm lama duduk berendam main air. sesuai jugak untuk hadiah birthday sepupu yang sekolah rendah ni

    ReplyDelete
  5. Adoiyai.. Comelnya sabun tu..
    Nanti nak cari jugak la..
    Produk carrie junior tak pernah menghampakan.
    Budak budak memang suka mandi guna produk tu..

    ReplyDelete
  6. Carrie Junior ni memang I suka sejak kecik lagi. hehehe...sebab bau dia wangi giler. The other day bought some for my friends who just gave birth.

    ReplyDelete
  7. alalalaa.. comel lak tgk keluaran baru carrie junior ni.. skrg dh dlm bentuk sabun pula... tapi kan kita pon suka sgt dgn CJ tau.. sbb bau dia sdp lagiw yg groovy grapeberry..

    ReplyDelete
  8. Cute la soap bar ini. Bau pun sedap dan lembut pada kulit.

    ReplyDelete
  9. Cutenya nama2nya, groovy grapeberry, cheeky cherry hihi, masa anak akak kecik biasa guna yang mandian cecair tu, sekarang dah ada sabun buku ya

    Cara Nak Mulakan Bisnes Homestay

    ReplyDelete
  10. eh macam kenal sabur bar tu. Baru belikan anak anak masa kat kg hari tu. Bukan main suka lagi diorg mandi guna sabun tu

    ReplyDelete
  11. Kita nak beli buat pakai sendiri lah. Asyik guna brand sama je, tetiba nak cuba Carrie Junior walopun ianya utk kanak2.Dah la wangi bekas sabun lak comei. Hehe.

    ReplyDelete
  12. Wah menarik betol. Dah ada sabun buku dah sekarang. Bentuk pun comel je.

    ReplyDelete
  13. dah ada bar soap ye..mmg carrie junior kesukaan anak-anakpun..tak pernah beli yang lain sbb suka dgn bau dan anak-anak mmg cari ni jugak..boleh cuba bar soap pulak nnt

    ReplyDelete
  14. Carrier junior bubbly bar ni best.. Wangi, ada gambar gajah. .Anak-anak pun suka. .Lepas ni nak cari yang lain pulak la

    ReplyDelete
  15. Bestkan produk ni. Wangi pulak tu. Anak ayu paling suka ygbwarna biru tu sebab wangi giler. Jimat pulak tu

    ReplyDelete
  16. Ini orang dewasa also can use juga kan. I pernah belikan untuk anak buah but end up i turut guna juga sebab bau dia memang best and lembut.

    ReplyDelete
  17. Wahhhhhh! Dah ada produk terbaharu dari Carrie Junior! Bestnya! Mesti paling bersemangat nak mandi adalah anak-anakkan. Carrie Junior ni memang kesukaan anak-anak kot,hehe

    ReplyDelete
  18. wah bestnya dulu syafi pun pakai ni suka bau cherry blossom dia best

    ReplyDelete
  19. Ada free gift jugak yer.. done follow sini #286

    ReplyDelete
  20. wangi sewanginya. dah tgl nipis je ana punya. kena restock lagi nampaknya.

    ReplyDelete