Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You

Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You |  Memang rutin setiap minggu jika masing-masing kelapangan kami akan berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim.yelah masing-masing duduk jauh,jadi bila sesekali berjumpa memang kami akan berbincang untuk berjumpa sambil makan-makan.

Kali ini kami memilih lepak di Dominos kerana kebetulan dominos sedang mengadakan kempen Its All About You,haha...macam kena je kan...semuanya tentang awak....ibarat  satu kasih sayang yang perlu kita jaga dan mengharapkan ianya berkekalan hingga ke akhir hayat...hah gitewwww...


Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You

Bercerita tentang dominos ni..rupa-rupanya Domino's sudah bertapak di Malaysia selama 17 tahun bermula tahun 1997 hinggalah sekarang... Domino's di USJ Taipan, Subang Jaya merupakan cawangan pertama mereka pada tahun 1997 dan sehingga kini telah tertubuhnya 223 cawangan kesemuanya malah dijangka akan bertambah sehingga 240 cawangan menjelang akhir tahun ini.

Hebatnya Dominos kan,Sememangnya dominos layak menerima anugerah kerana perkhidmatan nya yang cemerlang selama ini.Alhamdulilah selama bertahun kak lin menjadi pelanggan setia dominos belum pernah lagi mendapat layanan buruk...semuanya tip-top..tapi pernah sekali penghantar pizza terlewat menghantar pizza ke rumah kak lin,tapiiiii.....kak lin suka juga sampai lewat sebab dapat kupon pizza free...hah sape nak bagi kannn...haha...kelakar juga bila ingat-ingat.


Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You



Selalunyanya kak lin order online,memang cepatlah sampai,memang panas-panas ok pizza tu sampai kat tangan..memang cepat dan pantas la...puas hati sangat-sangat.Dari segi rasa memang takde komen lah...semua jenis pizza i sukaa...malah terasa-rasa keenakan pizza tu ketika kak lin menaip entry ni...ala sedapnya pizza dominos,memang tak boleh move on lah..

Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You

Tengoklah pizza kat atas tu...sedap weh makan panas-panas,berebut-rebut kami makan sampai terlepas beberapa gambar haha...kalau asyik ambil gambar hmm....melepaslah korang nak makan pizza sebab budak-budak ni dah tak boleh sabar dah nak makan...adoii..panas-panas pun makan jugak sampai melecur la mulut...haha..

Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You

Ok lah setakat ini dulu lah ye...kalau korang kecur tengok pizza kat atas ni jangan lah tunggu lagi..cepatlah order pizza kesukaan korang tu..mesti satu family suka bila uolss surprise kan pizza pada diaorang sesuai la kempen dominos -Its All About You..Love you Dominos
#itsallaboutyou#dominosmy

Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You





Previous Post
Next Post

About Author

Hi..Saya Lin Liena owner kepada blog ini...Terima kasih kerana sudi singgah blog saya..Sila tingalkan komen dan pandangan anda disini...Jika ingin menghubungi saya sila email ke linliena30@gmail.com

14 comments:

  1. Wow, Domino's Pizza. Sedaaaap ni...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah jemu makan domino's pizza nih.. Sedap

    ReplyDelete
  3. Antara Dominos dengan Pizza Hut, saya lebih suka Dominos.
    Selalu order Classified Chicken.
    Side order pulak selalu order Cheesy Mozzarella Stix
    Atau Stuffed Cheddar Bites
    Atau Cheesy Cheddar Stix.

    Banyak betul "atau"nya ya... :P

    ReplyDelete
  4. Hadoi.. mengancamnya pizza tu.. rasa cam nak order lagi walaupun baru je makan hari tu..

    ReplyDelete
  5. perut berbunyi sambil baca entry ni! haha

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan lagi pizza domino ni

    ReplyDelete
  7. kenyang perut makan pizza ni.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Wah Ada nampak.beef pepperoni Di situ.. feveret Syafi tu

    ReplyDelete
  9. Aishhh terus rasa nak order domino malam ni. Selalu ana suka order sekali ayam haseyo dia. Sedap dan pedas.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya Domino's pizza..terliur pulak jap lagi nak pi beli laa

    ReplyDelete