November 2018 - Lin Liena Story

Wednesday, 21 November 2018

Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box

November 21, 2018 4
Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box
Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box

Haii korang,kak lin rasa happy sangat sebab diterima menjadi salah seorang ahli Althea Angels..ianya merupakan komuniti Beauty Ambassador...uihhh,dah lama tau teringin nak join group ni,bukan senang ye nak join group ni kerana ianya terdiri dari beauty blogger,utuber dan vlogger,Bukan malaysia je tau uolss...Singapore,Indonesia,Thailand,Philipina dan USA juga antara yang terlibat dengan Althea ni.. 

Kak lin jadi giler sekejap dengan produk dari korea sebab selalu tengok citer k-pop lah...eh lawa sungguh heroin dia kan,cuba korang tengok kulit diaorang..fuhh..memang Glowing dan gebu habis laa...haha..nak juga cantik putih mulus gitewww....berangan kuat lah sis ni...hihi..

Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box



Ahaaa...kotak pink ni lah yang menjadi idaman,setiap kali sampai kat depan mata mesti senyum tak habis-habis...senang je kan nak gembirakan hati sendiri...apa yang terkandung ye..mehla kita tengok isi dia..

Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box

Antara kelebihan menjadi Althea Angels-
  • Welcome Gift 
  • Monthly K-Beauty Giveaway 
  • Seasonal Annual Shopping Credits 
  • Exclusive Discount Code 
  • Birthday Credits 
  • Exclusive Althea Reviews 
  • Studio Access 
  • Many more fun activities


Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box

Taraaaa....ada 7 item dalam ni..

  • x1 Althea korea's Petal Velvet Sunaway*NEW LAUNCH*
  • x1 Althea Korea's Milk Peel Cream Mask*NEW LAUNCH*
  • x1 Althea Korea's Petal Velvet Powder in #0 Transculent
  • x1 Althea Korea's Petal Velvet Powder in #23 Warm Beige
  • x1 Althea Korea's Petal Velvet Powder in #Pink Lavender
  • x1 Althea Angel's Pink Pouch
  • x1 Althea Angel's Beauty Mirror


Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box

Bagus giler Althea Korea's Petal  Velvet Powder ni,ianya berfungsi untuk mengekalkan pengeluaran sebum di luar tanpa mengeringkan kulit untuk kelihatan gebu,segar dan baunya yang lembut.Solekan menjadi lebih kemas sepanjang hari dan bersinar-sinar.Ada 3 pilihan #0 Transculent ,#23 Warm Beige dan #Pink Lavender.

Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box

Nampak berseri dengan Petal Velvet Powder #pinklavender


Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box

Petal Velvet Sunaway

Lindungi kulit anda dari sinaran mentari dengan Althea Petal Velvet Sunaway,ianya mengandungi  asid hyaluronik dan ekstrak Damask ,memastikan kulit anda tetap segar sepanjang hari..yang paling best,teksturnya ringan dan tidak melekit macam tak pakai apa-apa pun..sangat selesa kerana ianya cepat menyerap didalam kulit.Ia mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++,memang recommended sangat uolss..pastikan sebelum keluar rumah pakai Petal Velvet Sunaway ni tau...Oh ye kalau beli sekarang ada diskaun 10%-----https://my.althea.kr/petal-velvet-sunaway
**Cara Guna-Goncang perlahan dan sapu rata ke muka...



Unboxing Althea Angels Welcome Gift Box

Milk Peel Cream Mask

Yuhuuuu...paling best produk terbaru Althea ni,First time guna rasa geli-geli kat muka haha..tapikan bau dia wangi sangat...macam nak makan je buih-buih tu..apa yang best Milk Peel Cream Mask ni seperti topeng pengelupasan,ianya dari tekstur tanah liat dan berubah menjadi cairan krim..mengandungi protein susu untuk mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit,di formulakan dengan AHA&BHA untuk menghapuskan sel-sel kulit mati.sesuai untuk semua kulit..
**Cara guna-Basahkan kulit dengan air,sapu Milk peel Cream Mask,sapu rata dengan cara urut perlahan-lahan,tunggu sehingga berbuih dalam 30-60 saat,cuci muka dengan air suam.

Berminat?boleh dapatkan semua produk Althea disini-------https://my.althea.kr/






Tuesday, 13 November 2018

TIME FIBER HOME BROADBAND LAGI LAJU LAGI MURAH

November 13, 2018 3
TIME FIBER HOME BROADBAND LAGI LAJU LAGI MURAH
TIME FIBER HOME BROADBAND LAGI LAJU LAGI MURAH|  Hai korang,Hari ni kak lin nak share berita baik untuk uolss..al-maklumlah kerja kita sebagai blogger memang penting sangat menggunakan internet yang berkelajuan tinggi..setiap hari mesti kita menggunakan khidmat internet kan..tapi kalau internet selalu buat hal,mood nak menulis pun hilang kan...sudahnya semua kerja tertangguh.

TIME FIBER HOME BROADBAND Menawarkan internet kelajuan tinggi dengan harga yang terendah,percaya tak uolss??

Internet TIME Lagi Laju Lagi Murah

Sebelum kak lin bercerita lebih lanjut jom kita berkenalan dengan Time Fibre Home Broadband ni,ianya merupakan sebuah syarikat telekomunikasi yang menyediakan perkhidmatan internet kepada rakyat malaysia.

Pada 7 Oktober 2018 Time Fibre Home Broadband melancarkan internet lagi laju lagi murah uolss...yang bestnyer,hanya RM 99 untuk  100 Mbps... ini yang paling murah berbanding syarikat telco yang lain setelah kak lin buat servey dan kajian hehe..Suka tak uols??yelah selama ni kita bayar dengan harga tinggi tapi tak berbaloi dengan speed yang ditawarkan,jadi kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak duit untuk membeli internet.



TIME FIBER HOME BROADBAND LAGI LAJU LAGI MURAH
Jom kita tengok pakej yang ditawarkan..

  • Pakej RM99.00(100mbps)
  • Pakej RM139.00(500mbps)
  • Pakej RM199.00(1Gps)



Kalau kita lihat pakej yang ditawarkan ini sangatlah berbaloi dan mampu milik,tiada masalah dah kalau kita main game online,layari youtube,video call  dan sebagainya..yang pastinya ianya support banyak peranti..sangatlah rugi kalau kita lepaskan peluang terbaik ini.



Dibawah ini adalah perbandingan diantara Time,Unifi dan Maxis.

TIME FIBER HOME BROADBAND LAGI LAJU LAGI MURAH
Cuba lihat carta diatas tu?Jelas kelihatan TIME menawarkan internet lagi laju dan murah,jauh beza kan?sebab tu kak lin nak korang juga bertukar ke TIME.Tawaran ini mungkin terhad kerana harganya sangat murah ,makanya korang kena daftar ONLINE sekarang.

KENAPA DAFTAR ONLINE?

Tawaran ini hanya valid untuk online sahaja,Korang akan dapat RM 100 pada bil pertama..hah  sape nak bagi kan..daftar sekarang disini --http://bit.ly/2QnnDBy


Pilihan Lain Untuk Time Internet
TIME FIBER HOME BROADBAND LAGI LAJU LAGI MURAH

Akhir kata kak lin nak korang fikirkan tanpa ragu-ragu lagi kerana TIME FIBER HOME BROADBAND MEMANG terbaik dan tiada tandingan..Semoga semua mendapat manfaat dari artikel ini..Sekian.


Untuk mendaftar dan maklumat lanjut sila klik link ini------http://bit.ly/2QnnDBy

Saturday, 10 November 2018

Loreal Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water Menganjalkan Dan Melembabkan Kulit

November 10, 2018 4
Loreal Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water Menganjalkan Dan Melembabkan Kulit
Loreal Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water Menganjalkan Dan Melembabkan Kulit| Holaaaaaa.....harini nak share pasal Loreal revitalift ...Sebenarnya dah lama ada di pasaran kan..selama ni kak lin tengok jer orang guna,banyak giler feedback yang positif setelah menggunakan produk ni. 

Loreal Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water Menganjalkan Dan Melembabkan Kulit



Kebetulan kak lin bernasib baik kerana terpilih untuk mencuba produk Loreal Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water terima kasih Home Tester Club kerana telah memilih saya hehe...ok jom kita tengok sejauh mana keberkesanan produk ini.

Hari Pertama:
Wow...tak sabar sangat,dapat jer terus try sapu kat muka(cuci muka dulu hehe)
Eh,tak melekit lah...terus je meresap kat kulit,kak lin hanya tepuk-tepuk manja je...

Hari ketujuh:
Kulit semakin anjal dan lembab..memang boleh rasa sangat perbezaan tu..

Hari ke empat belas:
Memang terbaik sangat produk Loreal Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water ni,walaupun botol nya kecil,tapi jimat sangat...boleh tahan lama ni uolsss...

Pandangan Peribadi:
Puas hati sangat-sangat dengan perubahan kulit,kalau dulu kan kulit kak lin selalu kering kat bahagian hidung,pipi dan dahi..macam mengelupas gitu...sekarang dah tak de dah yang kering-kering tu,yang tinggal hanyalah kulit yang anjal dan lembab..memang recommended lah...cubalah uolsss...tak rugi pun uolss cuba...nak cantik tak??? haha..

Bintang: 
9/10





Loreal Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water Menganjalkan Dan Melembabkan Kulit
Kulit Jadi Sihat,Anjal Dan Lembab



BGRC dan McDonald's Telah Bersatu Untuk Riangkan Hati Adik-adik KAFA Di Kuantan

November 10, 2018 2
BGRC dan McDonald's Telah Bersatu Untuk Riangkan Hati Adik-adik KAFA Di Kuantan
Pada 07 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu telah berlangsung satu aktiviti amal yang telah dianjurkan oleh 2 (dua) buah pihak yang sememangnya telah dikenali di Malaysia. 2 pihak ini tidak lain dan tidak bukan adalah Bukit Gambang Resort City dan juga McDonald's.


Aktiviti amal ini dilangsungkan demi untuk meraikan anak-anak tahfiz seramai 74 orang anak-anak tahfiz termasuk guru dari Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai tanda sokongan untuk adik-adik ini terus berusaha di dalam pelajaran masing-masing meskipun kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang
Keperihatinan pihak Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) dan McDonald's yang telah sudi meraikan adik-adik ini pada hari tersebut telah merakamkan sebuah lagi sejarah kerana secara tidak langsung ia adalah merupakan kerjasama rasmi pertama di antara BGRC dan juga McDonald's Jalan Gambang yang selama ini hanyalah terletak lebih kurang setengah jam saja perjalanan di antara keduanya. Ini patut dibanggakan oleh warga Kuantan itu sendiri kerana di tempat mereka masih ada pihak-pihak yang sudi menyumbang semula kepada pihak masyarakat setempat.

Sedikit info ringkas mengenai majlis riadah setengah hari antara Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah , Bukit Gambang Resort City dan McDonald's Malaysia.

Kehadiran adik-adik comel di BGRC

Kehadiran adik-adik ini di nanti oleh wakil BGRC yang bertugas sejak daripada jam 9pagi lagi dan turut sama ada ketika itu adalah wakil daripada pihak bloggers dari Pantai Timur yang telah siap sedia dari awal pagi lagi untuk meraikan kedatangan adik-adik ini di pintu utama bahagian Waterpark. Setelah tiba, perkara pertama yang diambil kira adalah soal tiket masuk dan syukur alhamdulillah pihak BGRC sudi menaja tiket masuk untuk semua dengan murah hati. Terima kasih banyak pihak BGRC!


Senyuman yang terukir di wajah adik-adik ini sangat-sangat bernilai untuk semua yang terlibat dan makin bermakna apabila pihak BGRC sudi juga membantu adik-adik ini dengan wakil crew mereka di sepanjang aktiviti riadah ini berlangsung dari awal hingga akhir.


Adik-adik ini bebas bermain di mana-mana bahagian yang mereka inginkan dengan di kawal tahap keselamatan oleh pihak BGRC yang berwajib. Jika anda ke Kuantan, silalah singgah ke BGRC ini kerana di sana ada pelbagai aktiviti bermain air yang sangat best! Ada ombak buatan, ada slide dan bermacam jenis lagi sesuai dengan mengikut usia dari kanak-kanak hingga dewasa.




Apabila di tanya , masing-masing sangat berpuashati dan gembira dengan layanan yang diberikan oleh pihak BGRC ketika berada di sana. Wajah penuh senyuman dengan suara layanan yang ramah daripada pihak BGRC melalui staff staff yang bertugas juga amat terbaik sekali. Tiada apa yang kurang malah terlebih pula rasanya.


Kedatangan Happy Meal McDonalds Meriahkan Suasana

Ketika pihak Bukit Gambang Resort City (BGRC) sedang bertungkuslumus meraikan adik-adik ini di kawasan waterpark, pihak Mc'Donalds pula dari sedang beruasaha untuk menyiapkan makanan tengahari untuk diedarkan di pintu keluar setelah selesai aktiviti bermain air itu nanti sebagai kejutan istimewa untuk menggembirakan lagi hati adik-adik yang seramai 60 orang ini.


Penyiapan makanan tengahari dalam bentuk Happy Meal sengaja di pilih sesuai dengan usia adik-adik itu sendiri dan persiapan ini dilakukan secara terus melalui McDonald's cawangan Jalan Gambang dengan di pantau oleh pihak manager yang bertugas sepenuhnya. Meskipun jumlah yang perlu disiapkan agak banyak namun staff yang bertugas tetap tampak relaks, cekap dan tersusun dalam melalukan kerja mereka dari awal hingga akhir.


Semangat berpasukan sebegini sememangnya sudah lama dipraktikan di kalangan semua staff McDonald's kerana sebelum dibenarkan bertugas melayan para pelanggan mereka sebenarnya telahpun di latih dengan asas yang cukup. Walaupun sibuk perlu melayani pelanggan secara terus namun staff yang bertugas tetap terus mempercepatkan tugas mereka menyediakan segalanya sambil sesekali membalas senyuman untuk pelanggan lain yang ada di premis.



Kenangan Terindah Yang Tak Mungkin Akan Dilupakan

Meskipun majlis ini tampak biasa namun sebenarnya ia amat bermakna dan sangat luarbiasa untuk adik-adik ini. Kehadiran maskot daripada Bukit Gambang Resort City telah menambahkan lagi keceriaan di wajah adik-adik ini. Masing-masing terus tersenyum lebar meskipun hakikatnya telah penat bermain dengan sepuas hati tadi.


Setiap pertemuan ada perpisahan dan ketika salaman terakhir di beri, pihak BGRC dan McDonald's tukarkan saat sedih berpisah ini dengan Happy Meal untuk terus mengukir senyuman di wajah mereka sehingga ke akhirnya. Semoga ingatan setengah hari bersama BGRC dan McDonald's ini akan terus tersemat di ingatan dan moga-moga dapatlah hendaknya kembali ke sini lagi di lain kali bersama keluarga masing-masing.



Senyuman manis di wajah semua adik-adik comel ini teramat mahal untuk dinilaikan dengan wang ringgit.



Wakil Blogger Turut Hadir Dengan Di Layan Bagaikan Keluarga

Menyentuh isu tentang blogger, suka untuk diceritakan serba ringkas mengenai blogger ini kerana hakikatnya masih ramai lagi yang belum mengenali apakah tugas blogger itu sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, blogger ini ada komunitinya yang tersendiri dan tidak semua blogger itu hanya tahu untuk menulis berita panas , viral dan hot tanpa tahu asal usul demi untuk meraih perhatian pembaca. Bak kata pepatah, janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.



Hakikat sebenarnya, di kalangan blogger ( penulis blog )  ini masih ramai yang aktif membuat amal dengan berada bersama masyarakat untuk memberi bakti sedaya yang termampu dalam bentuk penulisan bagi merapatkan ukhwah antara mana-mana syarikat dengan masyarakat dalam bentuk menjayakan aktiviti amal, menghebohkan berita-berita baik yang patut diketahui umum dan sebagainya.


Kerana itu tidak mustahillah mengapa pihak BGRC dan McDonald's sendiri dengan penuh rasa gembira, sangat suka untuk menerima kehadiran para penulis blog ini untuk pelbagai acara dari dulu hingga kini demi untuk memberikan lebih banyak info yang sepatutnya kepada masyarakat di seluruh Malaysia. Bagi pihak blogger pula, kesudian pihak-pihak ini menerima kewujudan kami sejak dulu hingga kini dengan ikatan bagaikan sebuah keluarga amatlah dihargai dengan penuh rasa terima kasih dari hati.


Keprihatian BGRC dan McDonald's Memang Patut Dipuji

Harapan di masa akan datang semoga akan ada lebih banyak pihak yang akan mengikut jejak langkah BGRC dan McDonald's ini. Siapa sangka meskipun ke dua-duanya ada nama yang agak besar di Malaysia namun masih sudi untuk terlibat dengan projek amal sebegini. Bagi yang masih tercari-cari destinasi untuk bercuti, singgahlah ke Bukit Gambang Resort City kerana segala-galanya ada di sana dan pada yang sedang tercari-cari menu yang sedap untuk dinikmati, jejakkan kaki ke McDonald's di mana-mana cawangan yang berhampiran dengan anda. Sambil itu jangan lupa juga untuk menderma melalui tabung yang disediakan supaya dapat turut sama berbakti untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di HUSM yang sedang berlangsung sekarang ini.




Terima Kasih BGRC , Terima Kasih McDonald's Malaysia !!

Bukit Gambang Resort City

McDonald's Malaysia

Tuesday, 6 November 2018

Janna Nick Duta Terbaru NH Colla-Plus 3

November 06, 2018 23
Janna Nick Duta Terbaru NH Colla-Plus 3
Janna Nick Duta Terbaru NH Colla-Plus 3|  Pada 3 November 2018 merupakan hari yang bermakna kerana dapat berjumpa dengan janna Nick,Teruja sangat nak tengok sendiri kecantikan Janna Nick didepan mata.

Penantian berakhir bila akhirnya Janna Nick muncul setelah penuh sabar menanti,hehe..walaupun sebelum ini Janna Nick banyak kontroversi tapi itu tidak merubah sedikit pun rasa minat dan kagum dengan janna nick...Masyaallah speechless la masa tu,Janna memang cantik uolss...kulitnya putih mulus..senyuman pula tidak pernah lekang dibibirnya.


Janna Nick Duta Terbaru NH Colla-Plus 3

Watsons telah mengadakan progam meet and greet bersama janna nick untuk meraikan para pemenang,pemegang kad watson dan memberitahu kebaikkan NH Colla-Plus 3.

NH Colla-Plus adalah minuman collagen untuk memperbaiki kulit dari dalaman,minuman ini diperkaya dengan Yeast Ceramida dan Olive Extract,inilah ramuan yang terpenting dalam menghasiklan kulit yang berseri dan sihat jika diminum berterusan.

Janna Nick Duta Terbaru NH Colla-Plus 3

Masa selfie dengan janna kak lin rasa dah tak reti senyum dah..punyalah menggigil sampai gambar pun tah pape je ambik..ini jelah yang elok sikit haha..

Kebaikan Yeast Ceramida
  • Membantu mengganti semula seramida kulit yang hilang akibat faktor persekitaran yang tidak sihat dan penuaan.
  • Meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit.
  • Membaik pulih dan mengekalkan kelembapan kulit
  • Menyokong stuktur kulit
**Apa itu seramida kulit
-Seramida merupakan molekul lipid yang terdapat pada lapisan kulit paling luar.Molekul lipid ini menyokong struktur kulit dengan memegang ikatan sel kulit bersama. ia juga mengekalkan kelembapan kulit dan bertindak sebagai halangan terhadap bakteria dan pencemaran alam sekitar.

Olive Extracts
  • Mengandungi hydroxytol
  • Mengandungi antioxidant yang kuat
  • Membantu mencerahkan kulit
  • Memudarkan parut
  • Mengaktifkan gluthation antioxidant untuk menyokong pencerahan kulit.


Janna Nick Duta Terbaru NH Colla-Plus 3

Cara Minum NH Colla-Plus 3 : Hari pertama hingga ke 6-Minum sebotol setiap hari ketika perut kosong pada waktu pagi atau sebelum tidur.
Hari ketujuh hingga seterusnya-Minum sebotol selang sehari.

P/S: Sesuai untuk semua lelaki dan perempuan,18 tahun keatas,untuk semua jenis kulit,samaada bermasalah atau tidak.

Pengalaman sendiri setelah mencuba NH Colla-Plus 3

  • Betullah janna nick cakap,masuk botol ke 3 dah rasa perubahan,mula-mula macam tak percaya tau,maka kak lin terus cuba malam tu,tak sabar nak tengok dan rasa sendiri perubahan tu..
  • Wahhh...serioslah wehhh,rasanya sedap tau,rasa anggur,ada rasa masam manis,ada rasa pahit sedikit..tapi jangan risau sedap je rasa dia..memang boleh minum lah..pastu kan,memang lawas sangat..hehe terus membuang segala najis yang terpendam hihi...pastu kan,kak lin asyik membuang angin jer,malu nya ngan anak-anak..
  • Dari segi kulit pula,dah rasa lembut dan lembab,ishh..tu baru masuk 3 botol tau...kalau kita amalkan setiap hari insyaallah makin banyak kebaikkan yang kita akan rasa.nanti kak lin akan update dari semasa ke semasa ok.

 Image may contain: 12 people, including Yaya Natsumi and Lin Liena, people smiling, people standing and text

Harga pula sangat berpatutan..boleh cari di watsons atau laman web www.nhcollaplus.com

(UPDATE)

10/11/2018 - Dah top up uolss...nak masuk botol ke tujuh ni..yess...kulit semakin lembut dan lembab.**Jangan lupa lepas dah habis botol ke enam..minum selang sehari ye uolss


Janna Nick Duta Terbaru NH Colla-Plus 3



Monday, 5 November 2018

Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You

November 05, 2018 15
Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You
Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You |  Memang rutin setiap minggu jika masing-masing kelapangan kami akan berkumpul untuk mengeratkan silaturrahim.yelah masing-masing duduk jauh,jadi bila sesekali berjumpa memang kami akan berbincang untuk berjumpa sambil makan-makan.

Kali ini kami memilih lepak di Dominos kerana kebetulan dominos sedang mengadakan kempen Its All About You,haha...macam kena je kan...semuanya tentang awak....ibarat  satu kasih sayang yang perlu kita jaga dan mengharapkan ianya berkekalan hingga ke akhir hayat...hah gitewwww...


Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You

Bercerita tentang dominos ni..rupa-rupanya Domino's sudah bertapak di Malaysia selama 17 tahun bermula tahun 1997 hinggalah sekarang... Domino's di USJ Taipan, Subang Jaya merupakan cawangan pertama mereka pada tahun 1997 dan sehingga kini telah tertubuhnya 223 cawangan kesemuanya malah dijangka akan bertambah sehingga 240 cawangan menjelang akhir tahun ini.

Hebatnya Dominos kan,Sememangnya dominos layak menerima anugerah kerana perkhidmatan nya yang cemerlang selama ini.Alhamdulilah selama bertahun kak lin menjadi pelanggan setia dominos belum pernah lagi mendapat layanan buruk...semuanya tip-top..tapi pernah sekali penghantar pizza terlewat menghantar pizza ke rumah kak lin,tapiiiii.....kak lin suka juga sampai lewat sebab dapat kupon pizza free...hah sape nak bagi kannn...haha...kelakar juga bila ingat-ingat.


Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You



Selalunyanya kak lin order online,memang cepatlah sampai,memang panas-panas ok pizza tu sampai kat tangan..memang cepat dan pantas la...puas hati sangat-sangat.Dari segi rasa memang takde komen lah...semua jenis pizza i sukaa...malah terasa-rasa keenakan pizza tu ketika kak lin menaip entry ni...ala sedapnya pizza dominos,memang tak boleh move on lah..

Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You

Tengoklah pizza kat atas tu...sedap weh makan panas-panas,berebut-rebut kami makan sampai terlepas beberapa gambar haha...kalau asyik ambil gambar hmm....melepaslah korang nak makan pizza sebab budak-budak ni dah tak boleh sabar dah nak makan...adoii..panas-panas pun makan jugak sampai melecur la mulut...haha..

Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You

Ok lah setakat ini dulu lah ye...kalau korang kecur tengok pizza kat atas ni jangan lah tunggu lagi..cepatlah order pizza kesukaan korang tu..mesti satu family suka bila uolss surprise kan pizza pada diaorang sesuai la kempen dominos -Its All About You..Love you Dominos
#itsallaboutyou#dominosmy

Minum Petang Di Dominos Bersama Yang Tersayang-Its All About You





11.11 Festival Membeli Belah-Diskaun Sehingga 90% Realisasikan Impian Anda Di Lazada

November 05, 2018 1
11.11 Festival Membeli Belah-Diskaun Sehingga 90% Realisasikan Impian Anda Di Lazada
11.11 Festival Membeli Belah-Diskaun Sehingga 90% Realisasikan Impian Anda Di Lazada| Seronoknya uols festival 11.11 di Lazada ni,sebenarnya setiap tahun kak lin memang tertunggu-tunggu lazada buat sale besar-besaran,hehe...memang harga turun habis lah,memang murah giler-giler tau..makanya bila tiba 11.11 kak lin memang dah stanby awal-awal..

Kenapa 11.11?
Tertanya juga dalam hati kenapa 11.11 menjadi tarikh keramat festival membeli belah terbesar di lazada,Mungkin kerana tarikhnya yang cantik tu kan,atau itu angka bertuah?tapi semua orang pun suka tarikh yang cantik kan...kalau ada apa-apa majlis keramaian pun memang semua akan cari tarikh yang cantik..begitu juga lazada,memilih tarikh yang akan mudah ingat sampai bila-bila..kenangan indah la tu kannn...

Wishlist Kak Lin Sempena 11.11.



Sebenarnya ada banyak wishlist dalam kepala kak lin ni,tapi kak lin nak beli 3 yang kak lin senaraikan ni,hah apa tu ? Jom kita tengok hehe...



(1)Laptop-Laptop kak lin memang dah kena mintak  tukar tau,umurnya dah hampir 11 tahun...dah mula buat hal sikit-sikit,susah juga nak buat kerja bila laptop tak nak bagi kerjasama,semua kerja jadi lambat dan banyak yang tertangguh,makanya inilah yang perlu didahulukan.




(2) Handphone Vivo-Biasalah manusia,mana pernah puas dengan satu,haha...budak-budak kat rumah ni dah pandai memilih handphone,setakat handphone yang biasa-biasa tu mana maunya dia main,sudahnya hanphone mak nya juga dia buat main..sakit hati juga sebab susah kita nak guna kan...hmm...kalau ada rezeki nak juga beli satu lagi handphone...hehe..



(3) Handbag Carlo Rino- Jangan marah ye adik kakak semua,kak lin memang minat giler kumpul handbag,tapi sekarang dah kurangkan sangat membeli handbag atas faktor perlu berjimat cermat,tapi uolsss....memandangkan harga akan berubah pada 11.11 nanti apa salahnya kita rewardkan diri sendiri dengan apa yang kita inginkan tu..alahai...memanjang aje nak reward diri sendiri...cakap jelah... arghhh...tak kira aku nak jugak beg ni...huhu.....itulah nafsu perempuan,mana tahan tengok barang yang cantik-cantik ni..

Apa kata korang senaraikan juga wishlist korang pada 11.11 ni...

11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula!
Harga serendah RM1, diskaun hingga 90%. Baucar tunai berjumlah RM11,000,000 dan SLASH IT and SHAKE IT...

Maklumat lanjut boleh tengok kat sini....https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1