Rahsia Yang Tersembunyi Dari Limau Kasturi

Rahsia Yang Tersembunyi Dari Limau Kasturi  |  Khasiat  Dari Limau Kasturi Yang Ramai Tidak Tahu, Rupa-rupanya Memang Banyak Khasiatnya, Rugi Jika Kita Tidak Tahu…. Biarpun bentuk dan saiz limau kasturi ini kecil, namun tahukah anda bahawa limau kasturi ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang umumnya ramai tidak mengetahuinya. Rata-rata menggunakan limau kasturi untuk memberi rasa masam pada hidangan atau paling tidak dijadikan minuman yang cukup menyelerakan. Oleh itu jom semak khasiat limau kasturi yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam merawat beberapa masalah kesihatan.

Rahsia Yang Tersembunyi Dari Limau Kasturi

Limau kasturi ni memang wajib ada kat rumah kak lin,selalu buat sirap limau jelah haha..memandangkan banyak kegunaan dan kebaikkan apa kata korang ikut petua yang kak lin senaraikan ni..




Rahsia Yang Tersembunyi Dari Limau Kasturi

1. Batuk

Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.
Rahsia Yang Tersembunyi Dari Limau Kasturi

2. Demam

Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Rahsia Yang Tersembunyi Dari Limau Kasturi
3 . Pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Rahsia Yang Tersembunyi Dari Limau Kasturi

4 . Lelah

Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.

5. Kegemukan

Rahsia Yang Tersembunyi Dari Limau Kasturi
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
Rahsia Yang Tersembunyi Dari Limau Kasturi

6. Kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

7 . Kepala Berbau

Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.

Kredit ApaKes


Previous Post
Next Post

About Author

Hi..Saya Lin Liena owner kepada blog ini...Terima kasih kerana sudi singgah blog saya..Sila tingalkan komen dan pandangan anda disini...Jika ingin menghubungi saya sila email ke linliena30@gmail.com

6 comments:

  1. Selalu SA guna limau nipis untuk masalah kulit kepala..pas tu bagus untuk rambut..limau kasturi ni memang wajib ada kat rumah sebab SA suka buat sambal, minuman dan campuran dalam masakan lain

    ReplyDelete
  2. banyak jugak eh manfaat dia, selalu letak dalam teh o ais je

    ReplyDelete
  3. Banyak khasiat limau kasturi ni rupanya. Selalu dok buat air dengan sambal belacan je.

    ReplyDelete
  4. Banyak manfaatnya.
    Biasanya buat teh O limau aje.

    ReplyDelete
  5. Masa diserang batuk teruk bulan lepas, LZ makan limau kasturi dengan kicap.. Uikshh masam, alhamdulillah kurang sikit gatal tekak..

    ReplyDelete
  6. oo banyak kegunaan limau kasturi ni ye.. tq for sharing

    ReplyDelete