Lantai Wangi Dan Kilat Dengan Hanya 2 Barang

 Lantai Wangi Dan Kilat Dengan Hanya  2 Barang |  Hari ni kak lin nak share dengan korang tips lantai wangi dan berkilat.

Sebelum ni memang pernah dengar orang buat menggunakan downy dan cuka,tapi ala macam malas pulak nak try..haha rasanya sama je kot dengan pencuci lantai yang lain.

Tapi entahlah tiba-tiba teringin nak cuba cara ni sebab barang-barang nya pun memang dah ada kat rumah.jom kita tengok berhasil ke tak D.I.Y ni

Hanya guna bahan ini sahaja


  • Cuka 5-6 titik
  • Downy satu penutup botol
  • Air setengah baldi

Lantai Wangi Dan Kilat Dengan Hanya  2 Barang

Tak kisahlah nak guna jenama apa pun..tapi dah banyak servey...Downy yang paling wangi..



Lantai Wangi Dan Kilat Dengan Hanya  2 Barang

Sebelum mop nampak tak berseri kan...cewah ingat muka ke nak berseri-seri sangat..haha

Lantai Wangi Dan Kilat Dengan Hanya  2 Barang

Mop la macam biasa...ada orang guna air panas,tapi kak lin guna air paip biasa je..Biasanya kalau kita guna pencuci yang biasa tu kan..kalau tak bernasib baik lepas mop tu dia bau hanyir..macam bau telur pecah jer...bau dia memang meloyakan tau...tak tau mana silap..

Tapi kalau korang guna cara ni confirm tak bau busuk...wangi satu rumah uolss...puas hati sangat

Lantai Wangi Dan Kilat Dengan Hanya  2 Barang

Taraaaa....kilat kan...malah satu rumah berbau harum...rasa segar sangat,lagi satu bau wangi dia tahan lama tau..

Lantai Wangi Dan Kilat Dengan Hanya  2 Barang

Apakata korang cuba jugak....kalau macam ni,hari-harilah kak lin mengemop rumah...rajin terus kak lin ni hihi...Selamat mencuba...



Previous Post
Next Post

About Author

Hi..Saya Lin Liena owner kepada blog ini...Terima kasih kerana sudi singgah blog saya..Sila tingalkan komen dan pandangan anda disini...Jika ingin menghubungi saya sila email ke linliena30@gmail.com

3 comments:

  1. wah boleh guna tips ni la nanti kalau rajin nak mengemop haha

    ReplyDelete
  2. Boleh try tips ni nanti. Nampak berkilat lantai tu haa.

    ReplyDelete
  3. Menarik tips Kak Lin.. Boleh cuba lepas ni..
    Lantai berkilat dan wangi pula, best..

    ReplyDelete