Hidup Lebih Sihat Dengan Kitsui Bellos Fiber

Hidup Lebih Sihat Dengan Kitsui  Bellos Fiber|  Hari ahad yang lepas kak lin ke watson dan luangkan masa hampir sejam dalam tu,tak taulah kenapa kalau dah masuk memang tak boleh nak move on...ada je yang menarik hati nak membeli di watson tu...biasanya kak lin akan tengok-tengok produk kecantikan dan macam-macam lagi lah..banyak giler lah pilihan yang best-best sampai rambang mata dibuatnya..

Hidup Lebih Sihat Dengan Kitsui  Bellos Fiber



Tengah jalan-jalan tu mata terpandang di satu sudut yang semuanya produk KITSUI...wah teruja sekejap sebab kak lin banyak dengar feedback dari kawan-kawan yang menggunakan produk KITSUI dan semuanya berkesan..sebut sahaja masalah korang,semuanya ada..nak yang putihkan kulit ada,masalah jerawat pun ada..masalah dalaman wanita pun ada tau.

Kak lin tertarik nak cuba Bellos Fiber sebab badan dah rasa berat dan mengah...paling tak best bahagian pinggang tu dah ketat...susah nak kancing seluar uolssss...huwaaa...tu yang kak lin terus beli Bellos Fiber dan Royal Lpo.(Nanti kak lin update sini bila dah review Royal Lpo)


Hidup Lebih Sihat Dengan Kitsui  Bellos Fiber

Malamnya kak lin terus cuba Belloss Fiber ni,tak sabar sangat nak tau hasilnya..tapi pastikan korang minum air banyak ye..ianya untuk melancarkan segala proses pelawasan..lepas 8 jam minum...haa ..ambek ko terasa nak membuang sangat hehehe...paling best semua benda terkeluar,tak de sikit2 keluarnya,memang clear habislah,lagi satu perut tak rasa memulas-mulas... leganya rasa bila usus dah bersih ....rasa ringan sangat perutnya,serta merta terus kempis perut kak lin ni.



Hidup Lebih Sihat Dengan Kitsui  Bellos Fiber

KELEBIHAN BELLOSS FIBER

  • menghindarkan penyerapan lemak berlebihan dan karbohidrat
  • mencuci toxin dan sisa buangan dan lemak yang tidak diingini dari badan
  • seimbangkan fungsi badan dan untuk sistem imuniti yang lebih kuat
  • sebagai pengganti kepada buahan dan sayurann yang kaya dengan mineral dan nutrien


Cara minum:
  • Campurkan 1 paket kedalam 150ml air suam, kacau sehingga larut dan minum serta merta. Minum air secukupnya untuk kesan yang terbaik. 

Dos yang dicadangkan:

  • Untuk Detox dan kesihatan badan:
  • 1 paket sekali setiap 2 hari selepas makan

Untuk turunkan berat badan dan sembelit:
  • 1 paket sekali setiap hari sebelum makan


Sedap ke Belloss Fiber??

  • Ramai yang bertanya sedap ke tidak,biasanya produk detox ni agak payah nak minum sebab rasanya yang tak sedap tu...JANGAN RISAUUUU.... Kitsui Belloss Fiber  memang sedap dan boleh diminum begitu saja...kak lin boleh minum tanpa rasa risau sebab ianya rasa buah-buahan dan sayur-sayuran...bau pun tak meloyakan..cubalah beli baru uolss tau kehebatan Belloss Fiber ni.


Hidup Lebih Sihat Dengan Kitsui  Bellos Fiber

Semua produk KITSUI mudah didapati di Watson,Guardian dan sekarang ni Lazada dan shopee pun ada tau..semuanya hanya dihujung jari.Harga pulak memang mampu milik hanya RM 30.++ untuk satu produk...memang berbaloi sangat-sangat.

TESTIMONI DARI PENGGUNA KITSUI BELLOSS FIBER

Kurus Tanpa Rasa Terseksa Dengan Kitsui  Bellos Fiber

Kurus Tanpa Rasa Terseksa Dengan Kitsui  Bellos Fiber

Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok kat sini:


Facebook page: Kitsui My
Instagram: kitsuimalaysia


Previous Post
Next Post

About Author

Hi..Saya Lin Liena owner kepada blog ini...Terima kasih kerana sudi singgah blog saya..Sila tingalkan komen dan pandangan anda disini...Jika ingin menghubungi saya sila email ke linliena30@gmail.com

23 comments:

  1. wah bagusnya boleh detoks ye.. badan mama pun dah naik membulat dah ni

    ReplyDelete
  2. kinah pun tengah cari produk untuk detoks. Bolehlah cuba yang kitsui ni

    ReplyDelete
  3. Wah menarik la produk ni. Boleh detoks dan halang penyerapan lemak dalam badan. Bagus sangat untuk huda yang berazam nak kuruskan badan ni

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik produk ni kalau dia boleh detox. Habis keluar toxin semua. Mesti kita akan rasa penat sikit tak?....

    ReplyDelete
  5. Syira pun dah cuba. Memang sedap rasa dia. Tapi tu lakan asyik ke tandas. Habis dicucinya.

    ReplyDelete
  6. Wow faraa pun tengah mencari produk detox yg bagus..lepas ni senang la nak cari produk kitsui ni, sebab ada kat drugtore je..selain dapat kurus, badan pun rasa ringan dan semangat nak bekerja! :)

    ReplyDelete
  7. SA suka je kalau sesuatu product tu boleh detox..sbb SA ni food blogger..perlu sentiasa detox bila dh makan macam2...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah try produk kitsui lagi. Tapi macam best je. TAk pernah buat detoks lagi. Harga pon berpatutan.

    ReplyDelete
  9. I ni selalu try produk kurus gak last time. But now insaf dah...sebab tak kurus kurus. kekeke...this one look promising. Make me wanna try.

    ReplyDelete
  10. Lepas habis bersalin dengan berpantang nanti boleh juga nak cuba ni. Sekarang tengah pregnant memang tak boleh nak minum supplemen suplemen ni

    ReplyDelete
  11. Thanks for the post. If can get this product in watson and guardian I assume its KKM approved. Looks like a great product for detoxification. Rather buy this then all those sellers in Instagram. Dunno know if they have KKM approval or not.

    ReplyDelete
  12. wah dok dalam Watson sampai sejam tu. mesti belek satu per satu kan ni

    ReplyDelete
  13. Nad dah cuba kitsui ni, memnag bgus..nad minum waktu pregnant..ada sesetengah produk kitsui yang boleh diambil waktu pregnant..nad amikwhitening dengan pimples..muka ok..

    ReplyDelete
  14. looks like it's a great fibre drink... i pun nak kurus tapi nak makan jua.. haha

    ReplyDelete
  15. Salam petang dari Mama Hakim. Singgah bertamu blog sis lin. Memang elok kawal berat untuk sihat.

    ReplyDelete
  16. Kalau bahagian kurus ni Ibu lagi suka amalkan pemakanan harian

    ReplyDelete
  17. Bab kurus kan badan yang suka ni. Heheheh.. Rasanya sedap tak? Kalau amalkan takde membuang je kan.

    ReplyDelete
  18. Perut kalau clear memang best sangat2. Macam saya malam2 telan herblax... Sambil buang air kecil boleh sambung clear lg

    ReplyDelete
  19. Wahhh jimatnya. I paket setiap 2 hri. Mudahnya nak consume. Moga2 boleh kurus lah. Nak belikan satu utk family lah

    ReplyDelete
  20. Alamak bila baca post ni rasa macam diri ni kena dapatkan satu produk ni hehehehe bagus juga sebab dari bahan semulajadi. Tapi tu lah kita ni bila kurus pastu naik balik sebab makan selalu wakakkakaka..

    ReplyDelete
  21. perut dah makin menggelebeh ni. nanti boleh la try produk ni kalau bagus kan.

    ReplyDelete
  22. ehehehe makan fibre best tapi part nak membuang tuuu adeh =P

    ReplyDelete
  23. Nak Cuba lah kitsui ni sebab banyak baca feedback positif kesan dia terhadap pengguna. Thanks for sharing this good product

    ReplyDelete