June 2018 - Lin Liena Story

Monday, 25 June 2018

Hanya Perlu Wefie Dan Anda Berpeluang Menang 10k Dari Jus Hidayah Gold Oleh Seraimas Herbs

June 25, 2018 22
Hanya Perlu Wefie Dan Anda Berpeluang Menang 10k Dari Jus Hidayah Gold Oleh Seraimas Herbs
Hanya Perlu Wefie Dan Anda Berpeluang Menang 10k Dari Jus Hidayah Gold Oleh Seraimas Herbs|  Hai korang apa khabar agaknya lepas raya ni?mesti masing-masing belum habis lagi mood raya kan...seronoknya musim perayaan ni kan,ramai kawan-kawan yang buat rumah terbuka dan dikesempatan ini dapatlah kita mengeratkan silaturrahim sesama kita...almaklumlah sebelum ini masing-masing sibuk dengan kerja kan.

Memandangkan masing-masing tengah happy dan semangat raya masih ada kak lin nak gandakan lagi kegembiraan korang dengan satu peraduan yang best dan hadiahnya sangat berbaloi dan wajib korang join...kenapa wajib???sebab syarat-syarat nya  senang sangat...hanya perlu Wefie je uolsss...kak lin pasti dalam phone korang mesti banyak gambar-gambar wefie kan...apa kata korang sertai peraduan mudah dari Seraimas Herbs ini sekarang.

Hanya Perlu Wefie Dan Anda Berpeluang Menang 10k Dari Jus Hidayah Gold Oleh Seraimas Herbs


Sebelum kak lin nak bercerita lebih lanjut jom kita kenali dengan lebih mendalam tentang SERAIMAS HERBS

Pengarah urusan syarikat dan pengasas Seraimas Herbs ni adalah Datin Hajjah Sunita Bibi Ali Akbar.Syarikat ini mengeluarkan produk makanan tambahan untuk tujuan kesihatan dan produk kecantikan.Beliau mengeluarkan produk pelbagai rangkaian yang bermutu tinggi.

Syarikat ini telah diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 pada tarikh 22 Julai 2005. Dengan kejayaan cemerlang yang telah diperolehi sepanjang penglibatan syarikat dalam bidang ini, maka Serai Mas kini beroperasi sepenuhnya di Labis, Johor.

Produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba dan bahan semulajadi ini bermula dengan produk Losyen Terapi Anggun dan Dara Mas Cucian Wanita, Serai Mas Herb dan juga produk kulit Astanita Collagen Skinz dan C’Bidadari Juice Khas untuk kaum wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman. Ia mula berkembang dan semakin unggul ke hadapan apabila memperkenalkan produk lain seperti Jus Hidayah, Kismis Hidayah, Raudah Energy Drinks, Rest Slimm Mango Drink dan Bengkung Puteri Mas yang menjadi pilihan ibu selepas bersalin.

Hanya Perlu Wefie Dan Anda Berpeluang Menang 10k Dari Jus Hidayah Gold Oleh Seraimas Herbs


Peraduan Wefie Raya SERAIMAS HERBS

Seraimas akan mengadakan Peraduan Wefie Raya bermula 17/5/2018 sehingga 1/7/2018ini. Penyertaan hanya boleh dihantar bermula 17/5/2018. Penyertaan terakhir akan diterima sehingga pada jam 10 malam 1/7/2018.
Kepada pelangan tetap Jus Hidayah Gold ini adalah peluang terbaik anda untuk sertai peraduan ini.
Kepada anda yang belum mencuba dapatkan Jus Hidayah Gold di:-
Hadiah bernilai RM 10,000.00 bakal dimenangi dan anda berpeluang untuk beramah mesra di rumah terbuka Hari Raya bersama Imam Muda Asyraf dan keluarga Seraimas bersama pasangan di (maklumat mengenai lokasi, masa dan tarikh akan diberitahu kemudian)
Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang dikehendaki dengan syarat setiap penyertaan mesti mempunyai gambar kotak produk Jus Hidayah Gold sebagai bukti pembelian.
Pemenang dalam peraduan ini akan dipilih berdasarkan gaya yang paling kreatif. Pemilihan pemenang dibuat oleh pihak juri yang dilantik.
Pemenang akan diumumkan pada 1/7/2018 melalui Facebook Seraimas HQ.
Tarikh Tutup Penyertaan: 1/7/2018 jam 10 malam
Hanya Perlu Wefie Dan Anda Berpeluang Menang 10k Dari Jus Hidayah Gold Oleh Seraimas Herbs


Imam Muda Ashraf Duta Seraimas 

Imam Muda Asyraf dipilih sebagai Imam Muda Asyraf juga turut dijadikan duta produk kesihatan yang terkenal dengan tagline ‘Lebih Kuat, Lebih Cergas, Lebih Beramal’ iaitu Jus Hidayah Gold keluaran Seraimas.
Umum mengetahui Imam Muda Asyraf merupakan juara musim pertama program pencarian imam dalam kalangan generasi muda. Program Imam Muda yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro Oasis membuatkan pemilik nama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dikenali ramai.
Imam Muda Asyraf juga meneruskan diri dakwah beliau menerusi program bual bicara iaitu Hidayah Talk yang membincangkan pelbagai isu melalui laman Facebook pengeluar jus ini iaitu Seraimas HQ. Program bual bicara yang berlangsung tiga kali dalam sebulan ini mengupas topik-topik semasa tentang kekeluargaan dan pentingnya kesihatan.
Hanya Perlu Wefie Dan Anda Berpeluang Menang 10k Dari Jus Hidayah Gold Oleh Seraimas Herbs

CARA PENYERTAAN

  • Beli Jus Hidayah Gold
  • Peserta perlu bergambar beramai-ramai (“wefie”) bersertakan Jus Hidayah Gold sebagai bukti
  • Muat turun aplikasi QR reader di App Store atau Play Store dan scan QR code yang tertera di kotak Jus Hidayah Gold
  • Isi butiran lanjut dan masukkan “original code”. Ikut langkah seperti yang tertera di laman sesawang www.seraimas.my
  • Masukan slogan "Saya sertai peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold kerana........." Ayat tidak boleh melebihi 50 patah perkataan.
  • Muat naik gambar wefie raya anda di platform yang disediakan. Dengan memuatnaik gambar di platform ini anda telah mengakui bahawa:
    • Gambar adalah milik anda
    • Tiada sebarang pelanggaran hak cipta atau seumpamanya
    • Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar dan maklumat yang dimuatnaik
    • Membenarkan pihak penganjur menggunakan atau menyiarkan gambar anda di sebarang media bagi tujuan pengiklanan dan promosi produk Seraimas.
  • Untuk anda berpeluang memenangi hadiah, penyertaan anda mestilah diterima pada hari akhir tempoh peraduan. Semua penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan tidak akan dilayan.
  • Dengan menyertai peraduan ini, anda adalah dengan ini dianggap telah menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat Peraduan #WefieRayaJusHidayahGold. Sila klik link ini

HADIAH

Seramai 5 orang pemenang akan dipilih. Berikut adalah hadiah-hadiah yang bakal dimenangi.
Tempat Pertama:
Gold Bar (20g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-2:
Gold Bar (10g) + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas
Tempat Ke-3 sehingga ke 5:
1 dinar emas + 2 jemputan ke rumah terbuka bersama Imam Muda dan keluarga Seraimas

Pertanyaan boleh hubungi talian: +6012 7848364
Website: www.seraimas.my
Facebook: Seraimas HQ
Instagram: @seraimashq
Youtube: Seraimas Herbs



Wednesday, 6 June 2018

A Women Scorned Drama Telenovela TV3

June 06, 2018 10
A Women Scorned Drama Telenovela TV3
A Women Scorned Drama Telenovela TV3  |  Bermula 5 jun drama telenovela ini akan bersiaran di TV3 setiap isnin-khamis pukul 3.00 petang, nampak macam menarik cerita ni...jom kita tengok sinopsis cerita ini.


Image result for drama a women scorned tv3


JUDUL : A WOMAN SCORNED (Ika-6 na Utos)
EPISOD : 383 Episod
PENGARAH : Laurice Guillen
PARA PELAKON : Sunshine Dizon (Emma), Gabby Conceprion (Rome), Ryza Cenon (Georgia), Mike Tan (Angelo), Rich Asuncion (Flora), Daria Ramirez (Lourdes), Carmen Soriano (Margarita), Mel Martinez (Zeny), Marco Alcaraz (Capten Chandler), Arianne Bautista (Anselma)

Sinopsis Drama:

Perkhawinan rome dan emma banyak dugaan pada mulanya kerana ibu rome tidak menyukai emma,bermacam perkara jahat dilakukan pada emma sehingga emma hampir keguguran.

Setelah emma melahirkan anak,dia terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga mengabaikan dirinya,sehingga rome selalu cemburu apabila melihat isteri rakan-rakan nya yang cantik dan selalu menemani rakan2 nya apabila ada party.


Satu hari rome terjumpa kawan lama emma yang sangat cantik,georgia...mereka selalu berjumpa dan akhirnya mereka ada hubungan sulit.apabila emma menghidu hubungan mereka rome telah mengambil keputusan untuk meninggalkan emma dan mengambil anak mereka dan berhijrah ke luar negara.

Setelah bertahun mereka kembali dan emma pula telah sembuh dari sakit dan telah berjaya dalam perniagaannya...paling mengejutkan emma telah berubah menjadi seorang wanita yang sangat jelita.Rome ingin kembali kepada emma semula.



Apakah rancangan jahat yang georgia akan lakukan kepada emma?adakah emma akan kembali kepada keluarganya?sama-sama kita saksikan kesudahan telenovela A Women scorned ini

Kuih Kerbau Guling Sedap Ke Tidak?

June 06, 2018 25
Kuih Kerbau Guling Sedap Ke Tidak?

Kuih Kerbau Guling Sedap Ke Tidak?  Nampaknya tahun ini nama kuih kerbau guling menduduki carta teratas di mana-mana bazar ramadhan kan...dari awal ramadhan sampailah ke hari ini kuih Kerbau Guling adalah antara kuih yang orang cari-cari setiap kali ke bazar ramadhan.

Benda viral ni memang susah sikit nak dapat kan...kak lin salah seorang yang teringin nak dapatkan kuih ini,selau tertanya-tanya apa rasa agaknya kuih kerbau guling ni...sedap sangat ke sampai masing-masing sanggup beratur panjang.

Kenapa nama dia kerbau guling? katanya kuih ini berasal dari kelantan,cara masak pula diatas kuali dan dikacau hingga likat,akhirnya diguling atas kelapa...mungkin warna kuih yang agak gelap tu yg dipanggil kerbau...hahha macam2 lah korang letak nama kuih kan..

Kuih ini unik kerana penggunaan bahannya yang menggunakan cara pembakaran tempurung kelapa,secara mata kasar nampak macam kuih kasui...tapi tidak sama tau...rupa je sama..rasa pun jauh beza..

Kuih Kerbau Guling Sedap Ke Tidak?

Pada pandangan kak lin setelah makan kuih Kerbau Guling,Hmmm...ini tekak kak lin tau...memang tak sama dengan tekak uolsss,so.. pada peminat kuih kerbau guling ni jangan kecam kak lin pulak ye..rasa dia agak payau dan rasa pahit-pahit sikit...tekstur kuih agak lembik...memang tak boleh lah nak teruskan makan kuih ni...tak taulah ye nape rasa dia gitu...ke orang yang buat ni tak pandai buat?tapi yang jual ni memang kedai kelantan tau...apa pendapat korang tentang kuih kerbau guling ni??sama ke pendapat dengan kak lin atau sedap??

Friday, 1 June 2018

Bolehcompare.Com Memudahkan Kita Untuk Membuat Perbandingan

June 01, 2018 3
Bolehcompare.Com Memudahkan Kita Untuk Membuat Perbandingan
Bolehcompare.Com Memudahkan Kita Untuk Membuat Perbandingan|  Apa itu Bolehcompare.com?Rasanya ramai lagi yang belum tau kan...so...tanpa membuang masa kak lin nak terangkan serba sikit apa yang best tentang Bolehcompare.com ni..

Yang pasti Bolehcompare ini sangat membantu jika kita ingin membuat perbandingan,al-maklumlah agak susah sebenarnya hendak membuat keputusan dan kak lin tahu betapa susah nya jika kita terpaksa membuat pilihan...sudah pasti banyak benda yang kita kena cari dan kaji kan.

Kadang-kadang kita terpaksa membuat pilihan tanpa berfikir panjang..Hmmmm sudahnya kita menyesal bila pilihan kita tu tidak menepati segala kriteria yang kita mahukan.makanya itulah fungsi sebenar Bolehcompare.com ni,ianya membantu kita membuat pilihan dan perbandingan.



Bolehcompare.Com Memudahkan Kita Untuk Membuat Perbandingan

Pengenalan Bolehcompare.Com

- Bolehcompare.Com ini berkolaborasi dengan MDEC melalui E-reseki untuk kita semua menjana pendapatan lebih. Melalui BolehCompare.Com pengguna boleh membuat perbandingan antara talian telekomunikasi mudah-alih dan juga talian tetap untuk membandingkan harga, kelebihan dan kekurangan produk yang ditawarkan.

Kalau dulu kak lin selalu buang masa kat pc sekurang-kurangnya 3-4 jam untuk membuat perbandingan..alhamdulilah dikala zaman berubah wujudnya Bolehcompare.com yang serba serbi memudahkan kita...haishhh happy sangat sebab dah tak perlu buang masa dengan mencari info..korang hanya perlu ke laman web Bolehcompare.Com dan boleh search di dalam kotak yang telah disediakan...bukan boleh bantu korang malah kita boleh buat duit uolsss...so korang kena baca sampai habis tau.






Dengan BolehCompare.Com kita boleh membandingkan Semua Tawaran terkini daripada pelbagai produk. 

Kami membantu anda untuk membuat pilihan yang bermaklumat dalam 3 langkah mudah. 


  1. Pilih produk pilihan
  2. Buat perbandingan dan pilih yang terbaik
  3. Hanya isi borang mudah dan anda akan di bantu



Bolehcompare.Com Memudahkan Kita Untuk Membuat Perbandingan

Antara produk yang boleh di bandingkan adalah:

  • Broadband
  • Telco
  • Bank
  • Mobile phone dan aksesori
  • Insurans


Dan yang paling menggembirakan,kita boleh buat duit dengan hanya 3 langkah mudah..dengan mendaftar sebagai affiliate korang dah boleh dapat sign up bonus sebanyak RM 100 tapi korang kena cukupkan RM 200 kalau nak redeem...mudah je uolsss hanya share link sign up korang dan orang akan klik link Bolehcompare.com dan menggunakan servis tersebut korang dah boleh dapat komisyen...senang kan tak yah guna modal tu,hanya perlu kerajinan sahaja..


CARA BUAT DUIT DENGAN BOLEHCOMPARE AFFILIATES

  1. Buka website Bolehcompare.Com
  2. Login ke akaun affiliate Bolehcompare.com
  3. Pilih promote now dan pilih produk yang kita nak share
  4. Klik promote now dah pilih laman sosial yang kita ada
  5. Bila ada yang berminat mereka akan klik "im interested sign me up"
  6. Isi borang yang disediakan
  7. Semak status permohonan mereka di lead status dan lihat proses
  8. Cek status di sales dan konisyen yang anda dapat
  9. Done....mudah dan senang kan...jadi tak de alasan kita nak kata susah ataupun sebaliknya..usaha itu tangga kejayaan.







Ok korang sila klik disini ye untuk daftar Bolehcompare.Com  affliate