Sinopsis Rahsia Hati Perempuan

Sinopsis Rahsia Hati Perempuan|  Kalau korang kaki drama mesti korang tau drama MR GREY dah habis kan....camne uolsss puas hati tak dengan ending Mr.Grey??mestilah puas hati kan...ok korang,cerita yang menggantikan Mr.Grey adalah  Rahsia Hati Perempuan yang bakal bersiaran sepanjang Ramadan ini. Khabarnya drama ini bukan diadaptasi dari novel, tetapi mendapat inspirasi dari filem Bollywood terkenal, Mujhse Dosti Karoge. 

Sinopsis Rahsia Hati Perempuan

Drama bersiri 24 episod ini sekali lagi diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Michael Ang. Drama sentuhan beliau cukup diminati ramai seperti Coffee Prince My, Hero Seorang Cinderella, dan Suri Hati Mr Pilot. Kesemuanya mencipta fenomena tersendiri.


Kali ini. Rahsia Hati Perempuan menampilkan pelakon popular seperti Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Ziha Salleh, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris.

rahsia hati perempuan

Rahsia Hati Perempuan bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan HD (123).


WATAK PELAKON 

Hisyam Hamid sebagai Zayn 
Mira Filzah sebagai Ilaina 
Fikry Ibrahim sebagai Mikael
Uqasha Senrose sebagai Arissa

SINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUAN

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

Kredit:Myinfotaip

#kakidrama
#rahsiahatiperempuan
#sinopsis
Previous Post
Next Post

About Author

Hi..Saya Lin Liena owner kepada blog ini...Terima kasih kerana sudi singgah blog saya..Sila tingalkan komen dan pandangan anda disini...Jika ingin menghubungi saya sila email ke linliena30@gmail.com

2 comments:

  1. Tertengok semalam dan terlayan. First episod ok lah not bad. Harap tak terjebak tengok lagi dan lagi. Hehe

    ReplyDelete