Menu

Projek Kolam Biru Dan River Of Life (ROL) Tarikan Terbaru Kuala Lumpur

Projek Kolam Dan River Of Life (ROL) Tarikan Terbaru Kuala Lumpur|  Siapa sangka sungai Klang yang dahulunya kotor dan tidak terjaga berubah 360 darjah.Seolah-olah tidak percaya dengan perubahan yang memukau para pengunjung...tapi bila lihat sendiri di depan mata kami seolah-olah tidak terkata,hanya senyuman yang terukir di bibir.

Pada waktu siang,Air sungai berwarna kekuningan seolah-olah kopi tarik,Tapi apabila malam menjelma sungai klang berubah wajah...dihiasi lampu sepanjang tebing  Sungai Klang dan Sungai Gombak bermula dari sudut barat daya Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.


Projek Kolam Biru Dan River Of Life (ROL) Tarikan Terbaru Kuala Lumpur
Projek Kolam Biru Dan River Of Life (ROL) Tarikan Terbaru Kuala Lumpur

Dato'Seri Najib berkata, Projek River Of Life (RoL) dan projek Kolam Biru ini menjadi ikon baharu kepada bandar raya Kuala Lumpur dalam memeriahkan lagi industri pelancongan di negara ini.
Perdana Menteri berkata, su­ngai merupakan sebahagian daripada warisan serta sejarah negara dan sudah menjadi kewajipan kepada pemimpin untuk menjaga­nya demi masyarakat kini serta generasi akan datang.
Kolam biru ini sebenarnya bertujuan untuk menarik lebih ramai pelancong dan salah satu tempat untuk kita melepaskan lelah setelah penat bekerja seharian.

Image may contain: sky, skyscraper, tree and outdoor
Projek Kolam Biru Dan River Of Life (ROL) Tarikan Terbaru Kuala Lumpur

Bila kerajaan dah menyediakan tempat yang cantik-cantik ni,Kita perlu bersyukur dan bekerjasama dalam menjaga kebersihan,pemilik-pemilik premis juga perlu pastikan menjaga kebersihan dan sama-sama mengekalkan keindahan kolam biru ini.

Image may contain: night and outdoor
Projek Kolam Biru Dan River Of Life (ROL) Tarikan Terbaru Kuala Lumpur

Projek 'River Of Life ' (ROL) atau  'Kolam Biru' menjadi salah satu daya tarikan pelancongan baru di bandar Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos 2017. Kolam Biru sepanjang 10.7 km adalah pertemuan dua sungai dalam bandar iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang di tengah Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Projek ROL tersenarai di dalam Bidang Ekonomi Negara Utama Negara (NKEA) telah bermula pada 2011 dan dijangka berakhir pada 2020. Ianya menelan belanja sebanyak RM3.4 bilion dalam melakukan kerja-kerja pembersihan sungai sebagai skop utama projek meliputi lapan sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong sepanjang 110 kilometer.


Projek Kolam Biru Dan River Of Life (ROL) Tarikan Terbaru Kuala Lumpur
Projek Kolam Biru Dan River Of Life (ROL) Tarikan Terbaru Kuala Lumpur
Kalau korang semua belum pernah ke Kolam Biru ini,hujung minggu nanti bawalah anak-anak kesini ye..pasti anak-anak akan gembira kerana lampu berwarna -warni diiringi muzik yang mengikut irama..banyak juga aktiviti lain yang disediakan.

Diharap banyak lagi tempat dinaik taraf untuk menarik pelancong untuk ke Negara Kita,Bangga dengan pembangunan Kuala Lumpur yang semestinya menaikkan taraf rakyat dan membantu ekonomi malaysia.
HIDUP WILAYAH PERSEKUTUAN.



Previous Post
Next Post

About Author

Hi..Saya Lin Liena owner kepada blog ini...Terima kasih kerana sudi singgah blog saya..Sila tingalkan komen dan pandangan anda disini...Jika ingin menghubungi saya sila email ke linliena30@gmail.com

22 comments:

  1. Wow cantik dahh x sangka sangat.. Dlu nak lalu sblah pun x sanggup.. Banyal sampah dalam tu

    ReplyDelete
  2. tahniah,pesat membangun dah.. banyak perubahan berlaku.Cantik! itu yg warga luar geram nak mandi tu.. ehehehe

    ReplyDelete
  3. Cantiknya ! Tak sabar nak tengok

    ReplyDelete
  4. tak sangka tempat yg cantik ni ada di malaysia

    ReplyDelete
  5. Kan kak lin. Dulu sungai ni pandang pun orang tak nak. Sekarang ni bila dah cantik wah ramai yang terpegun yela dulu sungai ni sungai paling kotor kot. Bila dah cantik macam ni pelancong pun semakin tertarik nak datang ke Malaysia

    ReplyDelete
  6. cantik sangat .... tenang perasaan nampak tempat cantik mcm ni...

    ReplyDelete
  7. Cantiknya! Tak sangka dah banyak berubah

    ReplyDelete
  8. lama x turun kl..nti boleh singgah pi sini..terbaik projek pemulihan sungai KL ni

    ReplyDelete
  9. Beza sgt dulu dgn skg... Bertambah cntik...

    ReplyDelete
  10. Indahnya tak terkata.. Bagaikan di luar negara... Hebat KL :)

    ReplyDelete
  11. Nanti luqman nak ajak kawan lepak sini plak..tq share

    ReplyDelete
  12. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  13. biruuuuu sebiru warna dilautan..ctkkk
    done follow

    ReplyDelete
  14. biruuuuu sebiru warna dilautan..ctkkk
    done follow

    ReplyDelete
  15. nampak cantikk sangat waktu malam kan?

    ReplyDelete
  16. Tenang je.. Saujana mata memandang

    ReplyDelete
  17. Wah dah cantik dah kl. Lamanya miza tak mai kl

    ReplyDelete
  18. Siang still warna kopi tarik ye, adoi. But mlm cantiknya Sg. KL. Ni klu tambah lagu lagi sebijik oversea =)

    ReplyDelete
  19. Inisiatif yg bagus dr DBKL..dh jd mcm oversea kan

    ReplyDelete
  20. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  21. mesti seronok jenjalan kat sini kann

    ReplyDelete