Kad Ceria Memberi Harapan Baru Warga KL

Kad Ceria Memberi Harapan Baru Warga KL|  Korang tahu tak apa itu Kad Ceria?Kak lin pun baru je tahu kewujudan kad ceria ni,kalau kad kredit atau master card tahu lah kan...pada yang belum tahu apa itu kad ceria,apa kata korang luangkan sedikit masa untuk membaca entry kak lin..

Rugi tau kalau korang tak nak ambil peduli kerana ini adalah salah satu inisiatif kementrian Wilayah Persekutuan dalam usaha menangani kos sara hidup bagi warga Wilayah persekutuan dan salah satu cara membantu warga wilayah persekutuan merancang dan menguruskan perbelanjaan harian secara berhemah.

Kad Ceria Memberi Harapan Baru Warga KL

Jangan lepaskan peluang,Daftar Kad Ceria Hari Ini...

Apa itu Kad Ceria?

-Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.

No automatic alt text available.

Apa Keistimewaan Pemegang Kad Ceria

1) Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan / makanan / perkhidmatan.
2) Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)
3) Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
4) Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan
5) Info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
6) Membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian
7) Panduan, maklumat serta info terkini berkenaan cadangan / komen orang ramai tentang barangan / makanan / perkhidmatan yang istimewa yang ditawarkan dengan harga berpatutan / murah.

Saranan pengguna


Kad ini dikhususkan kepada Warga Wilayah Persekutuan iaitu KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN sahaja.
Keutamaan

Golongan Berpendapatan Rendah dan Sederhana, Penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR), Penduduk di Perumahan Awam (PA)

Kad Ceria Memberi Harapan Baru Warga KL

Mesti korang dah paham kan...Hebat tak Negara kita? maka kita seharusnya bersyukur dengan kemudahan dan kesenangan yang telah diberikan...banyak sangat program -program wilayah persekutuan yang membantu rakyat yang benar-benar memerlukan...Semoga akan ada banyak lagi proram yang sebegini di tempat lain...Bagi warga wilayah persekutuan jangan lepaskan peluang tau...daftar sekarang..

Previous Post
Next Post

About Author

Hi..Saya Lin Liena owner kepada blog ini...Terima kasih kerana sudi singgah blog saya..Sila tingalkan komen dan pandangan anda disini...Jika ingin menghubungi saya sila email ke linliena30@gmail.com

19 comments:

  1. banyak tempat boleh guna kad ceria ye.. bestnya!

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. Kad ceria... inisiatif terbaikkkk :)

    ReplyDelete
  3. Sesiapa yang layak tu cepat2 la apply ye

    ReplyDelete
  4. oh ni ke kad ceria yang mya selalu nampak banner dia kat tengah kl tu? baru tahu

    ReplyDelete
  5. Uiiii best nyaa. Shopping dengan hati lapang la macam ni

    ReplyDelete
  6. Bagus betul inisiatif kad ceria ni..kat kl mmg ramai yg susah sebenarnya..hihi

    ReplyDelete
  7. Banyak benefit dengan kad ceria ni ye. Boleh apply ni

    ReplyDelete
  8. mesti ceria dorg yg dapat kad ni kan...

    ReplyDelete
  9. Ceria hidup korang yg layak dpt kad ni

    ReplyDelete
  10. banyak juga diskaun dgn kad ni kan..kedai yg boleh guna pun banyak cuma akak masih tak guna lagi..

    ReplyDelete
  11. Untung warga KL dapat kad ceria ni.kena gunakan sebaik mungkin peluang yang ada

    ReplyDelete
  12. Tak aci betul wilayah jew nak jugak kad ceria

    ReplyDelete
  13. Siapa yg xde kad ni kena apply..byk diskaun tuu

    ReplyDelete
  14. bagus kad ceria ni.. bermnafaat untuk smua.

    ReplyDelete