5 Menu Sahur Yang Cepat Dan Ringkas

5 Menu Sahur Yang Cepat Dan Ringkas|   Selamat berpuasa uolsss...alhamdulilah di beri peluang untuk melalui bulan ramadhan yang mulia ini..maka marilah kita bersyukur dengan segala hikmah dan rezeki yang teah dikurniakan..

Image result for salam ramadhan 2018


Bila tiba bulan puasa ni kak lin paling seronok bila time bersahur dan tentunya waku berbuka lah hehe...walaupun pagi-pagi tu mengantuk giler tapi semangat berkobar-kobar...yelah...dah nama ibu,kita lah yang kena menyediakan makanan waktu sahur tu...kalau ibu ni tak bangun ermmm semuanyer tak bangun lah jugak...so,benda wajib yang perlu ada adalah alarm...kalau dia tak bunyi,kelaut la semua....sedih bangun pagi bila tak bersahur...so kena pastikan alarm tu berfungsi dengan baik.


Image result for gambar makanan
Gambar Google

Andai kata korang terlewat bangun sahur korang bolehlah cuba idea yang kak lin sertakan di bawah ni,al-maklumlah sebulan kita berpuasa kan...mesti banyak ragam yang perlu kita tempuh...dengan karenah anak2 yang liat nak bangun pagi tu...biasanya mereka memang tak berapa lalu nak makan nasi kan...so kita cubalah pelbagai kan menu agar anak kita menjamah walaupun sedikit makanan...

Nasi-Pelbagaikan menu seperti Nasi Goreng,goreng telur dan sardin pun dah cukup menyelerakan,makan dengan tomyam ermmm....laju jelah...


Roti- Boleh pelbagaikan sandwic dengan menambah ayam, telur dan keju. Lagi berkhasiat dan banyak pulak kandungan protein untuk tenaga korang sepanjang hari..Cecah dengan air milo pun sodappp....

Pasta-makanan ala western yang makin popular sebagai bekalan tenaga dan senang nak buat, pasta. Banyak jenis pasta dijual dalam paket supaya senang simpan kat rumah, sama jugak macam sosnya yang dah ready made. Korang boleh pelbagaikan resipi ikut kreativiti sama ada dan menambah sayur dan sebagainya.

Oat-ni adalah menu sahur paling senang dan korang tak perlu masak langsung. Campur oat dengan buahan tempatan contohnya tembikai, mangga dan sebagainya. Nak tambah dengan kurma pun boleh. Biar dalam peti ais semalam dan waktu sahur korang tinggal makan je

Kurma,Yogurt,Buah-buahan-Kalau kat rumah korang banyak stok kurma atau korang memang suka makan kurma, boleh letak dalam yogurt untuk dijadikan menu sahur korang. Yogurt tinggi serat, jadi perut kenyang lebih lama dan boleh mencegah bau mulut dengan adanya bakteria baik yang mengandungi lactic acid yang menjaga pH mulut supaya tetap seimbang.
Selain kurma, yogurt juga boleh dimakan dengan buah-buahan segar contohnya strawberi, pisang, kiwi, mangga, epal, pir dan sebagainya. Ikut kreativiti korang la, tambah kekacang pun boleh. Lagi sedap!
Paling penting korang kena bersahur tau,walaupun sekadar minum air dan kurma ini penting untuk mengekalkan tenaga kita sepanjang hari..sekali lagi kak lin ucapkan selamat menjalani ibadah puasa....


Sumber:ohbulan

Previous Post
Next Post

About Author

Hi..Saya Lin Liena owner kepada blog ini...Terima kasih kerana sudi singgah blog saya..Sila tingalkan komen dan pandangan anda disini...Jika ingin menghubungi saya sila email ke linliena30@gmail.com

2 comments:

  1. Ramadan Kareem lina. Ana sahur selalu ringkas je. Yang pasti kurma kena ada :)

    ReplyDelete