May 2018 - Lin Liena Story

Tuesday, 29 May 2018

Resepi Ayam Gulai Siam

May 29, 2018 6
Resepi Ayam Gulai Siam
Resepi Ayam Gulai Siam|  Assalamualaikum semua,semenjak awal puasa hari tu jarang sangat update blog,mana tah idea semua pegi...mungkin dah balik kampung nak sambut raya kot..haha awalnyer la kan..

Tahun ni pecah rekod tau sebab kak lin belum ke bazar ramadhan lagi..setiap hari kak lin mesti memasak walaupun simple-simple...sampai tahap dah tak tau nak masak apa.

Resepi Ayam Gulai Siam...

korang pernah try tak resepi ni?kalau belum cubalah ye sebab sedap sangat...kak lin pertama kali masak ayam gulai ni...resepi ni tak guna rempah pun...senang sangat...lagipun dapatlah kita rasa masakan yang berbeza pulak kan...ni tak,balik-balik menu yang sama je..jomlah tengok resepi di setiap gambar.

Resepi Ayam Gulai Siam

Bawang besar 3 biji**
Bawang putih 3 ulas**
Halia 1 inci**
Kunyit 2 inci**
Lengkuas 1 inci**
Serai(diketuk)
Daun limau purut
Santan
kerisik
Cili Boh

Resepi Ayam Gulai Siam

Kisar semua bahan bertanda **

Resepi Ayam Gulai Siam

Ayam dicuci bersih dan toskan

Resepi Ayam Gulai Siam

Masukkan serai dan Tumiskan bahan blender,masukkan cili boh dalam 2 sudu besar,tumis sampai garing dan naik bau.

Resepi Ayam Gulai Siam

Ok,dah garing masukkan ayam dan kacau rata biar rempah meresap dalam ayam


Masukkan air dan tunggu mendidih,kemudian bolehlah masukkan daun limau purut dan kerisik

Resepi Ayam Gulai Siam

 Biar kuah mendidih sehingga ayam masak elok...jangan lupa perasakan dengan gula dan garam,oh ye,kalau nak lagi kaw sila titik kan beberapa biji cili padi...fuhh sedapnyer....selamat menjamu selera uolsss....



Monday, 21 May 2018

SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI

May 21, 2018 3
SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI
SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI

Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. 



Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. 

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?


JUDUL : HALALKAN HATI YANG KUCURI

JUMLAH EPISOD : 27 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENULIS NOVEL : Mia Kiff
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Country & Universal Sdn Bhd
PELAKON : Aliff Aziz, Farah Nabilah, Shah Iskandar, Mimi Lana, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Azri Iskandar, Afique Hussain, Alex Afian, Anne Abdullah, Zulkifli Ismail, Zarina Zainuddin, Azhan Rani

WATAK PELAKON 
Aliff Aziz sebagai Faiq
Farah Nabilah sebagai Delisha
Shah Iskandar sebagai Zainal 
Mimi Lana sebagai Salima
Normah Damanhuri sebagai Nenda Rosnah
Jasmin Hamid sebagai Dalina
Afique Hussain sebagai Ustaz Azali
Azhan Rani sebagai Abang Ali

LAGU TEMA / OST 
Siti Sarah - Semakin


sumber infotaip

Friday, 18 May 2018

"Lazada Style!" Rancangan Realiti Fashion TV Terbaru Dari Lazada

May 18, 2018 1
"Lazada Style!" Rancangan Realiti Fashion TV Terbaru Dari Lazada
"Lazada Style!" Rancangan Realiti Fashion TV Terbaru Dari Lazada |  Hai korang....apa khabar hari ni? Harap sihat dan ceria lah ye,walaupun kita berpuasa itu bukan alasan untuk kita lemah dan tidak bermaya...kita mesti bersemangat  menjalani ibadah dan rutin harian kita.

Hari ini dah 3 hari kita berpuasa,korang dah beli ke keperluan Raya?apa kata korang tengok-tengok kat Lazada, cantik-cantik tau baju raya kat situ,kalau korang nak tahu,Lazada adalah Flatform E-Commerce nombor satu asia tenggara yang terdapat di Malaysia,Indonesia,Filipina,Singapura,Thailand dan juga Vietnam.

Lazada mempunyai lebih dari seratus juta produk,dan pelbagai jenama tau..sebut je nak apa,semua mesti ada,sebab tu kak lin suka shoping kat lazada ni,trusted seller ...jangan ragu-ragu nak shoping kat Lazada..

Korang tengok tak rancangan realiti terbaru dari lazada?best la korang,sesuai sangat untuk kita-kita yang suka berfashion ni,Lazada Style Fashion TV Show ni di siarkan setiap hari Ahad,pukul 3 pm di TV 3.Tahniah lazada kerana dah melangkah maju lagi setapak kehadapan...

Rancangan realiti ini menampilkan selebriti tempatan antaranya Nana Mahazan,Rizman Rozaini,Wirda Adnan dan banyak lagi.Memandangkan tak lama lagi kita akan menyambut Aidilfitri...memang tepatlah masanya kerana dengan kerjasama Rangkaian television Media Prima,LazAdaStyle dianjurkan oleh pelakon malaysia Nana Mahazan dan bertujuan untuk meletakkan lazada sebagai destinasi membeli-belah rakyat Malaysia untuk produk fesyen dan kecantikan.#mylazadastyle

Episod Pertama 

 8 peserta dan ada 2 kumpulan
 (HIJABISTA COLLECTION) Artis Jemputan Elfira Loy
---2 peserta tersingkir



Episod kedua

MOTHER & DAUGHTER
6 peserta dan ada 2 kumpulan
Artis jemputan Siti Sarah & Thalita(anak siti sarah)
--2 peserta tersingkir


Episod Ketiga (Coming Soon)

PLUS SIZE
Artis jemputan Sherry Al-Hadad




Terdiri dari empat episod, LazAdaStyle menggabungkan lapan pereka tempatan yang berminat untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka semasa dibatasi oleh masa, bahan dan tema. Reka bentuk mereka dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen termasuk RizmanRozaini dan Wirda Adnan manakala para peserta diawasi oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan. Para penonton juga boleh menantikan para tetamu selebriti seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rinRazali dan pereka kegemaran mereka apabila para peserta secara berperingkat disingkirkan sehingga pemenang dipilih pada akhir rancangan realiti. Pemenang LazAdaStyle akan memenangi wang tunai dan hadiah yang menakjubkan sehingga RM100,000.00.
Dan yang paling penting korang kena download aplikasi lazada,log in dan boleh ambil bahagian dalam pertandingan '' shake shake '' untuk memenangi baucer.

Jangan lupa shoping kat lazada bila korang tertarik dengan fesyen-fesyen yang dipaparkan di kaca tv anda...korang klik je link kat bawah ni..




Nak tahu info terkini dan fesyen terbaru??? Sila follow INSTAGRAM  ini
#mylazadastyle

Thursday, 17 May 2018

Tips Jika Telinga Anda Masuk Air

May 17, 2018 2
Tips Jika Telinga Anda Masuk Air
Tips Jika Telinga Anda Masuk Air|   Pernah tak telinga korang masuk air?mesti pernah kan,kak lin jarang kena sebenarnya,kalau kena pun masa dulu-dulu sebab rajin g taman tema...kalau dah mandi tu confirm masuk air telinganya...mesti rakus mandinya tu haha.....

Image result for telinga masuk air
Gambar Google


Tetiba semalam telinga kak lin masuk air pulak...tah macam mana boleh kena agaknyer,mungkin cara siraman tu tersalah step hehe...alamak rasa pekak pulak telinga nya...memang rasa tak selesa sangat,yelah telinga berdengung...orang cakap pun sayup-sayup je kedengaran.

Image result for ear
Gambar google

Bila air dah masuk telinga tu,korang kena usaha tau keluarkan air tu...jangan dibiarkan,takut bila lama sangat telinga basah dikuatiri akan terkena jangkitan..

Berikut antara tips yang korang boleh cuba..

Tips Jika Telinga Anda Masuk Air

Cara 1
  • Pusingkan kepala ke arah bertentangan(jika telinga kanan yang masuk air sila pusing ke arah kiri,telinga menghadap ke langit)ketuk2 sikit kepala uolss...perlahan jelah...pecah kepala kalau ketuk kuat2 hihi....

Cara 2
  • Masukkan air ketempat telingan yang masuk air tu,pastu cepat2 pusingkan telinga menghadap ke bawah..buat je 2 -3 kali(kalau dah rasa air panas keluar dari telinga maknanya dah keluarlah air tu..

Cara 3
  • Korang tutup hidung dengan tangan,pastu hembus perlahan2...ulang beberapa kali...insyaallah menjadi.


Ini adalah ikhtiar yang kak lin dah buat...alhamdulilah cepat je keluar air tu...kalau korang dah cuba tapi tak menjadi better korang pergi klinik atau hospital cepat eh...jangan tunggu lama-lama,takut lain pulak jadinya..



Wednesday, 16 May 2018

5 Menu Sahur Yang Cepat Dan Ringkas

May 16, 2018 2
5 Menu Sahur Yang Cepat Dan Ringkas
5 Menu Sahur Yang Cepat Dan Ringkas|   Selamat berpuasa uolsss...alhamdulilah di beri peluang untuk melalui bulan ramadhan yang mulia ini..maka marilah kita bersyukur dengan segala hikmah dan rezeki yang teah dikurniakan..

Image result for salam ramadhan 2018


Bila tiba bulan puasa ni kak lin paling seronok bila time bersahur dan tentunya waku berbuka lah hehe...walaupun pagi-pagi tu mengantuk giler tapi semangat berkobar-kobar...yelah...dah nama ibu,kita lah yang kena menyediakan makanan waktu sahur tu...kalau ibu ni tak bangun ermmm semuanyer tak bangun lah jugak...so,benda wajib yang perlu ada adalah alarm...kalau dia tak bunyi,kelaut la semua....sedih bangun pagi bila tak bersahur...so kena pastikan alarm tu berfungsi dengan baik.


Image result for gambar makanan
Gambar Google

Andai kata korang terlewat bangun sahur korang bolehlah cuba idea yang kak lin sertakan di bawah ni,al-maklumlah sebulan kita berpuasa kan...mesti banyak ragam yang perlu kita tempuh...dengan karenah anak2 yang liat nak bangun pagi tu...biasanya mereka memang tak berapa lalu nak makan nasi kan...so kita cubalah pelbagai kan menu agar anak kita menjamah walaupun sedikit makanan...

Nasi-Pelbagaikan menu seperti Nasi Goreng,goreng telur dan sardin pun dah cukup menyelerakan,makan dengan tomyam ermmm....laju jelah...


Roti- Boleh pelbagaikan sandwic dengan menambah ayam, telur dan keju. Lagi berkhasiat dan banyak pulak kandungan protein untuk tenaga korang sepanjang hari..Cecah dengan air milo pun sodappp....

Pasta-makanan ala western yang makin popular sebagai bekalan tenaga dan senang nak buat, pasta. Banyak jenis pasta dijual dalam paket supaya senang simpan kat rumah, sama jugak macam sosnya yang dah ready made. Korang boleh pelbagaikan resipi ikut kreativiti sama ada dan menambah sayur dan sebagainya.

Oat-ni adalah menu sahur paling senang dan korang tak perlu masak langsung. Campur oat dengan buahan tempatan contohnya tembikai, mangga dan sebagainya. Nak tambah dengan kurma pun boleh. Biar dalam peti ais semalam dan waktu sahur korang tinggal makan je

Kurma,Yogurt,Buah-buahan-Kalau kat rumah korang banyak stok kurma atau korang memang suka makan kurma, boleh letak dalam yogurt untuk dijadikan menu sahur korang. Yogurt tinggi serat, jadi perut kenyang lebih lama dan boleh mencegah bau mulut dengan adanya bakteria baik yang mengandungi lactic acid yang menjaga pH mulut supaya tetap seimbang.
Selain kurma, yogurt juga boleh dimakan dengan buah-buahan segar contohnya strawberi, pisang, kiwi, mangga, epal, pir dan sebagainya. Ikut kreativiti korang la, tambah kekacang pun boleh. Lagi sedap!
Paling penting korang kena bersahur tau,walaupun sekadar minum air dan kurma ini penting untuk mengekalkan tenaga kita sepanjang hari..sekali lagi kak lin ucapkan selamat menjalani ibadah puasa....


Sumber:ohbulan

Pengantin Musim Salju

May 16, 2018 1
Pengantin Musim Salju
Klik Pengantin Musim Salju


Nantikan drama adaptasi novel 'Klik! Pengantin Musim Salju' karya Suri Ryana yang akan menemui penonton di Astro Ria. Mengandingkan Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai teraju utama. Turut dijayakan oleh Atikah Suhaime, Adam Lee, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh sutradara Hadith Omar. Akan disiarkan bermula 14 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di Astro Ria (104), Astro Ria HD (123) dan Astro Ramadan HD (122).
JUDUL : KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Mei 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria (104), Astro Ria HD (123), Astro Ramadan HD (122)
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Atikah Suhaime, Norlia Ghani, Nina Juren, Cik Manggis, Dafi, Ardell Aryana, Lan Solo, Aleza Shadan, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain, Mak Wan, Zamarul Hisham
WATAK PELAKON 
Alif Satar sebagai Adam Putra
Siti Nordiana sebagai Kasih Lateefa
Adam Lee sebagai Hud Mikael
Atikah Suhaime sebagai Karlisha Zandra
Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam
Nina Juren sebagai Tengku Alawiyah
Aleza Shadan sebagai Aisyah
Lan Solo sebagai Irham
Cik Manggis sebagai Nana
Dafi sebagai Sam
Ardell Aryana sebagai Layla
Jasmine Ashraff sebagai Aryana Putri

LAGU TEMA / OST 
Tajuk : Sebenarnya
Penyanyi : Alif Satar & Siti Nordiana

SINOPSIS KLIK PENGANTIN MUSIM SALJU
Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

Monday, 14 May 2018

Sinopsis Rahsia Hati Perempuan

May 14, 2018 2
Sinopsis Rahsia Hati Perempuan
Sinopsis Rahsia Hati Perempuan|  Kalau korang kaki drama mesti korang tau drama MR GREY dah habis kan....camne uolsss puas hati tak dengan ending Mr.Grey??mestilah puas hati kan...ok korang,cerita yang menggantikan Mr.Grey adalah  Rahsia Hati Perempuan yang bakal bersiaran sepanjang Ramadan ini. Khabarnya drama ini bukan diadaptasi dari novel, tetapi mendapat inspirasi dari filem Bollywood terkenal, Mujhse Dosti Karoge. 

Sinopsis Rahsia Hati Perempuan

Drama bersiri 24 episod ini sekali lagi diarahkan oleh pengarah berpengalaman, Michael Ang. Drama sentuhan beliau cukup diminati ramai seperti Coffee Prince My, Hero Seorang Cinderella, dan Suri Hati Mr Pilot. Kesemuanya mencipta fenomena tersendiri.


Kali ini. Rahsia Hati Perempuan menampilkan pelakon popular seperti Hisyam Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, sebagai pelakon utama. Turut membantu menjayakan drama ini ialah Eina Azman, Mak Wan, Fauziah Ahmad Daud, Lydiawati, Amir Nafis, Ziha Salleh, Duerra Mitilda, Redzwan Adha, Shah Faris.

rahsia hati perempuan

Rahsia Hati Perempuan bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan HD (123).


WATAK PELAKON 

Hisyam Hamid sebagai Zayn 
Mira Filzah sebagai Ilaina 
Fikry Ibrahim sebagai Mikael
Uqasha Senrose sebagai Arissa

SINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUAN

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah bila Ilaina berpindah ke luar negara. Suatu hari Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

Kredit:Myinfotaip

#kakidrama
#rahsiahatiperempuan
#sinopsis

Tuesday, 8 May 2018

Kad Ceria Memberi Harapan Baru Warga KL

May 08, 2018 19
Kad Ceria Memberi Harapan Baru Warga KL
Kad Ceria Memberi Harapan Baru Warga KL|  Korang tahu tak apa itu Kad Ceria?Kak lin pun baru je tahu kewujudan kad ceria ni,kalau kad kredit atau master card tahu lah kan...pada yang belum tahu apa itu kad ceria,apa kata korang luangkan sedikit masa untuk membaca entry kak lin..

Rugi tau kalau korang tak nak ambil peduli kerana ini adalah salah satu inisiatif kementrian Wilayah Persekutuan dalam usaha menangani kos sara hidup bagi warga Wilayah persekutuan dan salah satu cara membantu warga wilayah persekutuan merancang dan menguruskan perbelanjaan harian secara berhemah.

Kad Ceria Memberi Harapan Baru Warga KL

Jangan lepaskan peluang,Daftar Kad Ceria Hari Ini...

Apa itu Kad Ceria?

-Kad ceria merupakan kad DISKAUN atau kad pemotongan terus harga ke atas pembelian di premis-premis dan lokasi terpilih. Program ini adalah salah satu inisiatif dalam usaha menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya bagi warga WILAYAH PERSEKUTUAN.

No automatic alt text available.

Apa Keistimewaan Pemegang Kad Ceria

1) Diskaun sehingga 70% bagi setiap barangan / makanan / perkhidmatan.
2) Beli belah pada harga istimewa di lebih 3,798 premis / rakan dagang (merchants)
3) Diskaun di fasiliti milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan
4) Membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutamanya di Wilayah Persekutuan
5) Info terkini promosi melalui telefon pintar dan laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan
6) Membantu keluarga dalam membuat perancangan perbelanjaan harian
7) Panduan, maklumat serta info terkini berkenaan cadangan / komen orang ramai tentang barangan / makanan / perkhidmatan yang istimewa yang ditawarkan dengan harga berpatutan / murah.

Saranan pengguna


Kad ini dikhususkan kepada Warga Wilayah Persekutuan iaitu KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA dan LABUAN sahaja.
Keutamaan

Golongan Berpendapatan Rendah dan Sederhana, Penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR), Penduduk di Perumahan Awam (PA)

Kad Ceria Memberi Harapan Baru Warga KL

Mesti korang dah paham kan...Hebat tak Negara kita? maka kita seharusnya bersyukur dengan kemudahan dan kesenangan yang telah diberikan...banyak sangat program -program wilayah persekutuan yang membantu rakyat yang benar-benar memerlukan...Semoga akan ada banyak lagi proram yang sebegini di tempat lain...Bagi warga wilayah persekutuan jangan lepaskan peluang tau...daftar sekarang..

Monday, 7 May 2018

“ Grup Sisturs Lawa Warrior Giveaway”

May 07, 2018 4
“ Grup Sisturs Lawa Warrior Giveaway”
“ Grup Sisturs Lawa Warrior Giveaway”
KLIK SINI UNTUK JOIN

Syarat Penyertaan Giveaway: 




4. Copy banner dan buat satu entri bertajuk “ Grup Sisturs Lawa Warrior Giveaway”
5. Jangan lupa backlink dan publish entri korang 
6. Tinggalkan link pada ruangan komen
7. Pemilihan pemenang akan dibuat melalui Random.org 
8. Pengumuman pemenang akan dibuat pada 12 May 2018
9. Senarai hadiah seperti tertera di banner GA.
10. Share/ Ping entry di FB Group dan Google+ (Jika Ada)
11. Diharapkan kejujuran peserta follow blog dan social media seperti yang di senaraikan diatas.
12. Penyertaan terbatal sekiranya gagal mengikuti syarat yang ditetapkan.
13. Tarikh akan dilanjutkan sekiranya penyertaan kurang.

Giveaway ini berlangsung dari 1 Mei - 10 Mei 2018

All the best semua!!!

Saturday, 5 May 2018

Chubb E Juara Ceria Megastar

May 05, 2018 5
Chubb E Juara Ceria Megastar
Chubbee Juara Ceria Megastar  |  Korang tengok tak Ceria Megastar? kak lin memang setiap minggu tengok sebab minat sangat tengok budak2 ni nyanyi..sedap-sedap pulak tu,kalah orang dewasa.

Semalam konsert akhir,yang tersenarai sebagai finalist akhir adalah

  1. Chubb E
  2. Hazury
  3. Warissa
  4. Vanessa
  5. Iqbal
Sebenarnya ramai lagi tau yang hebat-hebat seperti Marsya,Dayang,Nana yang bersuara nyaring dan ramai lagi..tapi semuanya tak de rezeki nak ke final..

Nabil Ahmad sebagai pengacara dan juri jemputan adalah Johan yang memang kelakar habis,Pak Nil yang sentiasa memberi sokongan pada anak-anak ceria megastar mummy mas idayu pulak memang mengadili para peserta dengan teliti.

Sejujurnya kak lin sukakan persembahan hazury...tapi rezeki tidak berpihak padanya untuk merangkul gelaran juara...manakala vanessa terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat dan mendapat wang tunai sebanyak RM 8,000...Iqbal pula di tempat kelima dan mendapat wang tunai RM 5,000 kerana terdapat kesilapan teknikal dan mas idayu agak kecewa kerana iqbal tidak memberikan yang terbaik.


Apapun tahniah pada semua peserta....Semoga lebih berjaya di masa akan datang.
Chubb E
Juara
RM 20,000

Chubbee Juara Ceria Megastar
Hazury
Tempat Kedua
RM 12,000

Chubbee Juara Ceria Megastar
Warissa
Tempat Ketiga
RM 10,000

VESPRO LiveZymes Membantu Masalah Penghadaman

May 05, 2018 1
VESPRO LiveZymes Membantu Masalah Penghadaman
VESPRO LiveZymes Membantu Masalah Penghadaman | Hai korang...Dah makan ke?kalau dah makan baguslah,alhamdulilah...tapi sebelum tu kak lin nak tanya,korang ada tak masalah senak perut lepas makan?Hmm...seksanya bila kena senak perut dan ulu hati kan...senang nak paham gastrik lah...kadang kita lambat makan pun punca perut kita tak hadam...maknayan banyak gas terkumpul dalam usus kita..itu sangat tidak sihat untuk usus kita tau.

Lagi satu masalah sembelit,yaallah seksanya time tu kan...sampai merah-merah muka menahan sakit tu..siapa yang selalu kena sembelit tu faham lah rasa seksa tu.


Kebelakangan ni kan,kak lin selalu rasa tak sedap perut...rasa macam perut penuh jer,bila membuang rasa tak puas.perutnya rasa macam penuh je...sangat-sangat tak selesa.kebetulan kawan kak lin suruh minum minuman kesihatan VESPRO LiveZymes,katanya bagus untuk penghadaman dan senak perut.

PENGALAMAN MENGGUNAKAN VESPRO LiveZymes

Mula-mula takut juga nak minum sebab selalunya minuman detox ni tak sedap...haha nampak sangat takut makan ubat kan.Tapi bila kak lin cuba minum eh sedapnyerrr....rasa oren uolsss....wah terus teruja nak minum...terus senyum jer sebab rasanya yang sedap dan keberkesanan LiveZymes ni..lega sungguh perut dan serta merta sendawa keluar angin.. bila hari-hari kak lin amalkan alhamdulilah dah takde masalah sembelit...malah pembuangan terus jadi lancar dan perut rasa ringan.so pada yang ada masalah mcm kak lin ni,jomlah cuba VESPRO LiveZymes ni.


LiveZymes  dihasilkan dari 12 jenis makanan dan buah-buahan segar yang menggunakan peralatan pengeringan semburan yang paling maju dari Jerman. Semua buah-buahan dan makanan segar  diperolehi dari ladang-ladang yang murni yang terletak di bukit-bukit kaki yang indah di Sonoma Vally, Topanga Hills, Wisconsin pedalaman dan di Monterey Bay di California. Kami menambahkan air glasier koloid yang tinggi dari Mount Rainier USA dengan makanan segar dan buah-buahan untuk menghasilkan proses penapaian yang sangat tepat yang menghasilkan enzim gred makanan berkualiti tinggi.
VESPRO LiveZymes Membantu Masalah Penghadaman

LiveZymes adalah khusus untuk diet Asia.

Faedah Enzim pencernaan

Penyembuhan senak semulajadi dan ubat pedih ulu hati
Apabila dimakan sebaik selepas makan, ia meningkatkan penghadaman makanan seperti daging, kacang, soya, telur, susu dan serat. Di samping itu, ia juga mengurangkan gas, kembung dan ketidakselesaan perut
Apabila digunakan pada perut kosong ia mempromosikan detoksifikasi pesat dan segera dengan peningkatan kejelasan mental
Apabila ditambah ke dalam jus buah-buahan atau sayur-sayuran ia secara dramatik meningkatkan tahap enzim jus untuk memulakan detoxificartion yang lebih lama dan lebih tahan lama
Kurangkan alergi makanan dengan pencernaan protein yang berkesan
VESPRO LiveZymes Membantu Masalah Penghadaman
VesPro LiveZymes adalah campuran enzim berasaskan tumbuhan yang luas. Ia mengandungi 14 jenis enzim penghadaman yang berbeza daripada proses penapaian 14 jenis 12 jenis makanan dan buah segar.
12 jenis makanan segar dan buah-buahan:
  • Papaya
  • Nenas
  • Alpukat
  • Almond
  • Barli
  • Pisang
  • Timun
  • Jagung
  • Anggur Ungu
  • Peas
  • Soy Bean
  • Malt

14 jenis enzim pencernaan yang tinggi:
  • Maltase Asid – Pencernaan Maltose
  • Lipase pencernaan lemak
  • Protease A
  • Protease B Pencernaan protein / Anti-radang
  • Protease C
  • Peptidase Pencernaan peptida ke dalam asid amino
  • Alpha Amylase Penghadaman pati dan oligosakarida
  • Pengambilan glucoamylase karbohidrat kompleks
  • Alpha-Galactosidase Pencernaan kacang dan kekacang
  • Lactase (Beta Galactosidase) pengambilan gula susu
  • Pengedaran sukrosa dalam Invertase (Sucrase)
  • Penguraian selulase serat tidak larut
  • HemiCellulase Pencernaan roti serat dan Crackers yang tinggi
  • Pektinase Penghadaman kulit tumbuhan
VESPRO LiveZymes Membantu Masalah Penghadaman
20 sachet x 5 gm
Cara Minum
Bancuh 1 sachet liveZymes bersama 125ml ml air
1-3 kali selepas makan
(memadai 1 sachet sehari)
Kalau korang nak beli Live Zymes ni kak lin dengan baik hatinya nak beri korang kupon diskaun..sila guna code linliena5


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial Dynamic nutrition





SILA KLIK BANNER DI ATAS