Daging Masak Hitam Nasi Kandar - Lin Liena Story

Tuesday, 27 March 2018

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Daging Masak Hitam Nasi Kandar |  Hai korangg.....suka tak makan nasi kandar? Rata-rata nya memang suka kan...ada yang sampai tiap-tiap minggu turun ke penang sana...haha jauh no kan...yang dah duduk utara sana untunglahhhh...

Tapi kalau selalu makan jemu jugak kan...kadang-kadang tak semua kedai masak sedap tau...maksudnya tak kena lah dengan tekak ni...pernah banyak kali jugak dapat kuahnya yang terlalu manis...alahaiii...potong selera nak makan...mana sedap makan lauk manis ...pantang betul kalau orang masak lauk terlebih manis...

Eh eh banyak pulak cekadak kan..so masak lah sendiri,tak yah nak bising-bising hehe...maka...masaklah ikut anak tekak korang yang cerewet tu...kalau tak sedap senyap je la eh...nak marah sape??tak kan nak marah mamak kedai tu pulak..kiki....

Ni cara kak lin masak tau...cara korang mungkin tak sama...so tak yah membawang ok...haha...jom tengok cara kak lin masak Daging Masak Hitam Nasi Kandar ....resepi nya ikut jelah caption di setiap gambar tu ok...


Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Bawang Merah 1 Biji Besar -Hiris
Bawang Putih 2 Ulas-Hiris
4 sekawan
Tumis hingga naik bau

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Daun Kari letaklah dalam 2 tangkai

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Bila dah garing masukkan bahan blender
Bawang Besar 1 biji 
Bawang putih 2 ulas
Halia sebesar ibu jari

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Cili Kisar 2 Sudu Besar

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Masukkan serbuk kari daging yang paket kecil tu
Tambahkan serbuk kurma 2 sudu besar
Kacau sampai pecah minyak
Masa ni boleh letak air sikit-sikit agar rempah tak hangus
Kalau ada air rebusan daging tu lagi sedap.

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Kicap pekat ni terpulang lah pada korang...jangan terlalu hitam dah lah hihi...kak lin letak dalam 3 sudu besar

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Bila rempah dah cantik...garing dan pecah minyak,bolehlah masukkan daging yang dah rebus(klu daging mahal takyah rebus)
Masukkan serai 2 batang dan tomato yang telah didadu..

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Hmmm...masa ni semerbak dah bau dia...sedap nyer...terus lapar perut minta di isi..kacau sampai daging lembut...masuk kan air kalau kuah pekat sangat..


Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Last sekali masukkan Garam,Gula dan Serbuk Perasa...tunggu kuah mendidih dan rasa...kalau dah empuk dan rasa semua cukup dah boleh tutup api..

Daging Masak Hitam Nasi Kandar

Inilah rupa dia setelah masak...kak lin lawankan dengan Nasi Lemak je...aduhai naiklah lemak-lemak ni semua sebab makan bertambah-tambah hihi...kalau makan dengan Nasi Beriani atau Nasi Minyak lagi lah sedap kan...Selamat Mencuba uolss...

9 comments:

  1. wah ngences lah tgk daging ni.. boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  2. Kalau ana dpt nasi putih pun dh cukup ni lina. Ratah cmtu pun boleh sgt.

    ReplyDelete
  3. wah menggoda betul la kak lin..mauuu heheh

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar first aje dah terliur dah camana ni

    ReplyDelete
  5. Tetiba I rasa lapar pepeagi ni

    ReplyDelete
  6. Wah.. terima kasih resipinya

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa nnti nk cuba laa 😊

    ReplyDelete
  8. Lapar terus rasanya.. Aduhai :D Siqah datang dan follow sini. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete