Naagin TV3

Sipnosis Naagin
Shivanya (Mouni Roy) adalah ular jelmaan yang mahu membalas dendam di atas kematian ibu bapanya dengan bantuan rakan dan sepupunya, Sesha. Terdapat lima orang pembunuh, tetapi Shivanya hanya dapat melihat  tiga daripada mereka iaitu Ankush, Viren dan Shailesh. Mereka telah membunuh ibu bapa Shivanya untuk mencapai Naagmani, iaitu permata tetapi mereka gagal berbuat demikian. Sebagai rancangan utuk membalas dendam, Shivanya telah memasuki ke dalam rumah Ankush sebagai orang gaji, dan anaknya Rithik (Arjun Bijlani)  seorang lelaki muda yang baik hati , kemudiannya telah jatuh cinta dengan Shinvanya. Setelah mengetahui tentang perasaan Rithik terhadap dia, Shivanya akhirnya berkahwin demi  untuk membalas dendam dan dia telah membunuh Viren, pembunuh yang pertama.

Menyedari ada jelmaan ular telah memasuki kehidupan mereka, keluarga dan rakan-rakan Ankush ini mula mendapatkan bantuan daripada Guru Maa yang telah  memberikan mereka sebentuk cincin yang melindungi mereka daripada ular jelmaan tersebut. Selepas itu, Shivanya dan Sesha telah membunuh rakan Ankush iaitu, Suri apabila Shivanya mengetahui daripada Sesha bahawa dia adalah pembunuh yang keempat . Shivanya Walau bagaimanapun, tidak mampu untuk membunuh Shailesh, pembunuh yang ketiga.
Tidak lama kemudian Shivanya  telah menyedari bahawa Rithik adalah benar-benar seorang yang baik dan tidak mengetahui perbuatan-perbuatan jahat bapanya dan Shivanya akhirnya mulai  jatuh cinta  kepada Rithik, Sesha berasa kecewa kerana  berfikir Shivanya tidak akan dapat membunuh Ankush kerana cintanya terhadap  Rithik.
Tidak lama kemudian, Sesha dan Shivanya menghadapi musuh baru, termasuk Kabir, Kemudian dia mula mengetahui bahawa isteri Ankush ini, iaitu Yamini adalah pembunuh kelima dan yang dia juga mengetahui bahawa Rithik adalah bukan anak sebenar Ankush dan Yamini . Mereka sebenarnya telah menculik bapa sebenar Rithik kerana hanya dia dan Rithik sahaja yang boleh memegang Naagmani kerana tanda yang ada pada badan mereka.
Sesha mula jatuh cinta juga kepada Rithik  kerana sifat penyayang dan prihatinnya . Apabila mengetahui perasaan Sesha kepada Rithik, Yamini, yang telah  mengetahui bahawa Shivanya dan Sesha adalah ular jelmaaan, dia telah menghasut Sesha untuk  mengkhianati Shivanya dan dengan itu, akhirnya Sesha telah menjadi musuh kepada Shivanya kerana obsesi beliau kepada Rithik dan Naagmani. Shivanya telah berjaya membunuh Ankush tetapi Rithik menyaksikan pembunuhan bapanya itu dan mendapati bahawa Shivanya adalah seekor ular jelmaan. Rithik mula membenci Shivanya, walaupun hatinya masih amat mencintai Shivanya.
Kemudian Queen Avantika adalah  lebah jelmaan pula mahu mendapatkan Naagmani. Rithik yang tidak lama kemudian telah mengetahui mengenai kebenaran tentang Yamini yang jahat lalu dia turut menyertai Shivanya untuk melindungi Naagmani daripada Avantika. Shivanya dan Rithik akhirnya bersama, dan ianya mengakibatkan Shivanya kehilangan kuasa beliau. Walau bagaimanapun, dia dan Rithik berjaya untuk menyelamatkan Naagmani dan mengalahkan Sesha, Yamini dan Avantika. Shivanya akhirnya  mengandung dan dia dan Rithik dapat hidup bersama.

Naagin menggantikan drama 'Zindagi Gulzar Hai'  disiarkan setiap hari isnin-khamis pukul 4.30 petang di TV3....best tau cerita dia...kalau boleh jangan tinggal satu episod pun ...selamat menonton semua...

7 comments:

  1. zindagi gulzar hai tu pun tak sempat tengok. naagin ni pun antara drama top dekat india sana tapi tak dapat tengok jugak :(

    ReplyDelete
  2. Amboi lina panjang lebar review drama ni. Bahaya kalau terjebak bila tgk nanti ni.

    ReplyDelete
  3. Ni favorite Pak mertua mama no. Syafi pun tau kalau tgk naagin dia ckp ni cerita atok haha

    ReplyDelete
  4. Sblm ni cerita ni main kat astro tara kan. Baca sinopsis pun mcm dh best je. Mesti tgk ni...

    ReplyDelete
  5. Excited pula Kaklong baca citer. Dah lama ke start.?
    BAru mula tengok esok la kot. Harap2 tak ketinggalan jalan ceritanya..

    ReplyDelete
  6. wah menariknya.. mesti lawa watak shivanya

    ReplyDelete
  7. Shivanya ni lawa orgnya, bila bek antagonis pun menjadi. Pernah tgk sekali je episod dia sbb kurang minat cerita mitos cmni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.