November 2017 - Lin Liena Story

Tuesday, 28 November 2017

DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA

November 28, 2017 13
DUCK GIVEAWAY BY BLOG NADIAIZZATY.NIA
KLIK BANNER UNTUK JOIN


Monday, 27 November 2017

SINOPSIS MY COFFEE PRINCE

November 27, 2017 7
SINOPSIS MY COFFEE PRINCE
Nantikan adaptasi drama popular Korea Selatan bertajuk 'Coffee Prince'. Bakal menampilkan gandingan utama Fattah Amin dan Janna Nick. Turut membintangi Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha,  Elly Suriati dan ramai lagi. Drama bersiri versi Malaysia ini diarahkan oleh Michael Ang. Akan mula ditayangkan pada 27 November 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

JUDUL : MY COFFEE PRINCE
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 27 November 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai Raykal
Janna Nick sebagai Dani
Fahrin Ahmad sebagai Amri 
Daiyan Trisha sebagai Ira 
Faez Azemi sebagai Riduan
Sean Lee sebagai Jia Wu
Syafiq Ahmad sebagai Hadi
Zain Ahmad sebagai Syukri
Sharifah Shahira sebagai Zahara

LAGU TEMA / OST MY COFFEE PRINCE 
Tajuk : Sebentar Saja
Penyanyi : Janna Nick
SINOPSIS MY COFFEE PRINCE 
Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut.

Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.


My Coffee Prince

Saturday, 25 November 2017

Sakit Belakang?JONLIVIA® UNISEX PHIRO BACK SUPPORT Boleh Membantu.

November 25, 2017 3
Sakit Belakang?JONLIVIA® UNISEX PHIRO BACK SUPPORT Boleh Membantu.
Sakit Belakang?JONLIVIA®UNISEX PHIRO BACK SUPPORT Boleh Membantu| Korang ada tak masalah sakit belakang? kak lin sebenarnya dah lama tau sakit belakang,sejak lepas bersalin anak nombor 3 tu makin teruk jadinya,tak boleh nak duduk lama-lama...baring pun tak boleh satu tempat,kena selalu tukar -tukar mencari keselesaan badan..

Keje kita dah la selalu duduk kan...lagi-lagi selalu nak cari idea nak buat entry...jadinya tak berapa nak selesa duduk atas kerusi lama-lama...pernah juga beli  tempat yang support badan letak kat kerusi tu kan...hmmm,tak jalan jugak....

Alhamdulilah ibarat pucuk dicita ulam mendatang,kak lin diperkenalkan dengan satu produk dari JONLIVIA®UNISEX PHIRO BACK SUPPORT. Pertama kali mencuba yaallah selesa sangat....rasa bersyukur tu tuhan jelah yang tahu...memang sangat-sangat selesa uols....kain dia dibuat dari material yang berkualiti dan tak panas.


JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT
KAMI PAKAI BERGILIR-GILIR






Phiro ni lelaki dan perempuan boleh pakai,kak lin bergilir pakai dengan anak kak lin...nampaknya dia pun sangat selesa memakainya...ingat lagi dulu kami pernah beli back support juga...tapi beli yang tak de jenama hahaha...yaampunnn....keras sangat kain dia...pastu bahagian bawah lengan melecet teruk sebab material nya kain yang keras...yaallah serik sangat masa tu...

Betul lah orang kata alah membeli menang memakai...PHIRO back support ni sangat-sangat selesa berada di badan...malah terletak elok dan kain nya sejuk...selesa di pakai sepanjang hari...ketika bersukan pun sangat selesa...

Apakah cara untuk menjaga tulang belakang?
  • Satu cara yang paling penting adalah dengan menjaga postur kita. Cara kita berdiri, duduk, baring dan mengangkat barang adalah penting. Postur yang salah apabila melakukan aktiviti ini boleh mengakibatkan sakit belakang yang berpanjangan.
  • Ada pelbagai senaman yang boleh dilakukan untuk menyokong tulang belakang.  Berjalan dan berenang terutamanya kuak lentang dan menggunakan basikal statik adalah cara-cara yang baik untuk menguatkan tulang belakang.
  • Selain dari senaman aerobik, senaman regangan dan pengukuhan juga perlu dilakukan.
JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT
JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT

Antara kelebihan lain Phiro Back Support ini adalah :
  • Membuatkan anda berasa yakin dan selesa semasa duduk atau berdiri.
  • Membantu membetulkan postur badan dengan betul.
  • Membantu melatih tubuh untuk mengembalikan bahu yang tegap.
  • Membantu memperbaiki Scoliasis  dan Curvatures Spinal Malformed yang lain.
  • Membantu melegakan sakit bahu, sakit belakang dan sakit kepala
  • Membantu meluruskan leher dan menjajarkan tulang belakang, dan.
  • Badan tidak membongkok lagi.
  • Tidak berasa penat walaupun duduk lama di meja.
JONLIVIA PHIRO BACK SUPPORT
SELESA DAN SEDAP DIPAKAI...


Kak lin sarankan korang beli lah phiro back support ni,satu rumah pun boleh pakai tau...malah kalau ada anak2 sekolah pun boleh pakai..almaklumlah masing2 bawak beg berat kan...memang akan ganggu tulang belakang mereka...at least dengan memakai Phiro back support ni,dapat melegakan bahu dan pinggang mereka.


Website : www.jonlivia.com

Untuk pembelian produk Phiro Back Support, boleh dapatkan di laman web seperti di bawah :


Friday, 24 November 2017

Trendy neighbourhood in Singapore that worth paying a visit to.

November 24, 2017 15
Trendy neighbourhood in Singapore that worth paying a visit to.
Trendy neighbourhood in Singapore that worth paying a visit to.

Trendy neighbourhood in Singapore that worth paying a visit to.

Getting around in Singapore is easy and convenient making exploring around Singapore’s historical sites or tourism area is a breeze when you’re staying in the new township of Sunway’s Iskandar new property where getting passports stamp in Singapore is just minutes away. But, exploring for trendy neighbourhood to chill around this island is a challenge. Local islanders know where to hang out, be it new chic café or hidden leisure spots. Let’s check out what trendy neighbourhood Singapore that’s worth visiting.

Woodlands
This hidden north gem has got plentiful of shopping and leisure activities to offer. Back then it is where the American ang mohs resided for the Singapore American School. There is Admiralty Park with diverse mix of secondary forests, mangrove, riverine and open grassland habits, nature lovers can get closer to nature in the park. Crossing the causeway is also easy breezy, making cheap and affordable shopping in Johor Bahru seems worth the time to travel to. Besides, the JB city view from Woodlands is scenic with many new properties mushrooming in JB city centre from Woodlands Waterfront.

Jurong
Let’s head for journey to the west of Singapore, Jurong East. Mind you, there’s Jurong West but most of the happenings are in Jurong East. Besides all the picturesque gardens and Jurong Bird Park, there are array of attractions like Snow City, iMax, Science Centre and Singapore Discovery Centre. Besides, Jurong East itself has four big malls and one warehouse retail. Travelling to Johor Bahru is convenient, thanks to the second link in Tuas where traffic is much less congested. The other side of JB ain’t too shabby as well, there’s Johor Premium Outlet (JPO), Legoland and Hello Kitty Town that is easier to access via Tuas second link. We might as well admire the township planning for Iskandar project especially from Sunway’s new property, another new spot to look out for once the township is completed!

Image result for singapore

Tiong Bahru
The most hipster area in Singapore that most local islanders know about this spot. Tiong Bahru used to be known as ‘meiren wo’ or mistress dens, where the rich hides their mistresses. Today’s hippie playground has been reinvented from it’s nostalgic lanes filled with old school shops. All the good cafés and eateries are known to be from Tiong Bahru. Get your poached eggs or Teochew porridge in Tiong Bahru. After getting your tummy fixed, do stroll down along the lanes that has independent bookstores with unique set ups. And if you’re hungry again, stop by for another bakery or pastry shops to indulge into delish cakes and pastries. Well, if you’d ask us, we highly recommend Tiong Bahru Bakery for their pastries and breads.

Tanjong Pagar
The CBD area in Singapore with quite a number of hidden bars that comes with good atmospheres. Tanjong Pagar was known for the Tanjong Pagar railway station that travels to Malaysia, the KTMB. Today, the train station is being conserved by the Singapore government for future developments. Today, there are many thriving restaurants, cafés, pubs and bars that bring this district to live. Duxton Hill is one of the area that has kept the bars hidden from the bustling main road. The serene area is suitable for groups that would like to wind down for a good catch up drinks. If you are craving for Korean food, say no more, Tanjong Pagar is also known Little Korea. There are as many as 15 Korean food outlets that is sitting within the 300m stretch, spoilt for choices. Getting a property in Tanjong Pagarain’t cheap, be it new private property or resale HDB flats, thanks to the location.

Marine Parade.
What do we associate with Marine Parade besides the East Coast Park? Katong Laksa, Peranakan food and heritage and sea view. This neighbourhood located near the sea is where the easties are proud of. Besides cycling in East Coast Park, we can visit some of the nostalgic shophouses that was built during the British colonial era especially the unique Peranakan cuisine that has been around since then. We can also traced back the Peranakan heritage in Katong through the famous Katong Laksa but be careful as there are many claimed to be the original Katong Laksa. Be sure to bring local Singaporeans to identify the original Katong laksa. Apart from the traditional food, cafés can be easily found located in these old shophouses that also served lattes. Head out to East Coast Park where you can also see new private properties and old HDB flats sitting in front of the sea view making us feeling envious. 


Hopefully this list is sufficient for now to put on the explorer cap and travel around Singapore’s chic neighbourhood. 

Tuesday, 21 November 2017

COMEL BLOGGER CONTEST

November 21, 2017 11
COMEL BLOGGER CONTEST
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Jom uols join contest sulaman comel ni...hadiah best,mana tau ada rezeki kan...nak jugak tuala bersulam- sulam ni hihi

Kepada kak Noor,

SELAMAT HARI LAHIR
Semoga di panjangkan umur,
Di murahkan rezeki
Dikurniakan kesihatan yang baik
Dan di permudahkan segala urusan.
AMINNN.......

Monday, 20 November 2017

Mr Muscle Easy Ironing

November 20, 2017 8
Mr Muscle Easy Ironing
Mr Muscle Easy Ironing| Benda paling malas adalah gosok bajuuu...adoiiii bercinta betul lah nak gosok baju..lagi-lagi suami kak lin pakai baju kemeja lengan panjang,memang double troble lah haha...pulak tu kena kain jenis cotton yang tebal tu...ya ampun dah berjurai peluh pun tak nak licin gak....itulah rutin setiap hari ahad,memang gosok baju banyak2 sekali...nak patah pinggang berdiri lama-lama.

Kalau ada budget lebih bolehlah beli iron idaman wanita yang philips tu kan...mahaiii laaa,kalau ada rezeki terpijak bolehlah pejam mata beli kan...hihi.....sementara belum terpijak lagi tu,kita ikhtiar la cara lain yer...haha....

Tadi memang saja g giant nak carik spray baju ni lah...tak perasan pulak sebelum ni MR MUSCLE ada spray iron ni...ingatkan hanya pencuci tandas jek...nampak sangat tak prihatin kan..so terus je ambik jenama ni sebab tak pernah guna jenama ni...pernah jugak beli yang jenis macam sabun tu...alah mcm tak berapa best lah...susah jugak gosoknya...harap buih foam tu je yang banyak.


Mr Muscle Easy Ironing
Mr Muscle Easy Ironing

First try tadi.....wahhhhh....baju jadi licin dan wangi,padahal baju yang kak lin gosok ni memang kedut giler,kain cotton tebal lagi tu...memang sekali gosok tak kan licin tau....2 kali gosok pun serupa tak gosok...rasa give up je nak gosok lagi....

Alhamdulilah misi percubaan berjayaaaa....baju dah senang gosok...bonus baju wangi lagi  hihi...harga pulak dalam RM 12++ ok kan..,berbaloi sangat...lepas ni tak merungut lagi lah gosok baju...senyum je...(yelah tu,lps ni tah apa pulak yg tak puas hati tu)

Mr Muscle Easy Ironing
Perbezaan sebelum gosok dan selepas gosok

Baju ni jenis cotton tebal...2 kali gosok serupa tak gosok....selepas spray menggunakan Mr Muscle Easy Ironing baju terus mudah diurus tak berkedut lagi dah...wah....baik punya promosi kan....MR Muscle kena ambik kak lin jadi Duta tau lepas ni hehehe....

Korang cubalah kalau tak caya....mesti korang pun puas hati nanti,sebelum ni kak lin cuma guna yang pencuci tandas tu,memang berkesan jugak lah....lepas ni bolehlah tengok2 produk Mr Muscle yang lain pulak...


Sunday, 19 November 2017

Pulut Kuning Pressure Cooker

November 19, 2017 6
Pulut Kuning Pressure Cooker
Sempena hari minggu ni,marilah kita merajinkan diri ke dapur..saja jelah nak try masak pulut kuning ni guna pc...orang kata mudah dan cepat...

sebelum ni kan,kak lin tak pernah lah masak pulut kuning,padahal anak-anak suka sangat makan pulut kuning,yelah kak lin ingatkan susah nak masak nya,rupa2 nya mudah jer...happy sangat bila dapat ilmu baru hihi,selalunya pulut kuning ni makan dengan rendang daging kan...tapi hari ni kita lawankan pulut kuning dengan kari ayam jer,sebab kat rumah xde stok daging.

betullah korang,mudah sangat masak pulut kuning menggunakan pressure cooker ni,kak lin letak 10 minit jer dah masak...wahhhhh...bolehlah masak hari2 kan....haha,tak delah tunggu ada majlis baru dapat makan pulut kuning ni..


Cara-cara:
Beras pulut 4 cawan 
Air 3 cawan
Santan pekat 1 cawan
Garam
Gula
Daun pandan

Set masa rice p12 tapi kak lin letak p10,guna mood steam pun boleh letak lah 7 minit...kita try n error ye mana yang sesuai.


Dah siap,masak elok dan lembut jer...ada setengah nya,selepas siap baru gaul santan kan.....tapi kak lin campur je semua...tak de masalah pun...kacau2 je sikit pastu tutup periuk.....


Dah sejuk bolehlah dibentukkan...kalau malas cekut-cekut sudah.....haha ikut suka korang lah...sedap uolssss....tapi xeh makan selalu lah pulut ni....angin kan...kembung pulak perut korang nnt...sesekali teringin bolehler buat....

" Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet "

November 19, 2017 5
" Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet "

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet

Makanan Kegemaran Anak-Anak

November 19, 2017 4
Makanan Kegemaran Anak-Anak
Setiap anak mesti ada citarasa masing-masing kan.kalau g kedai tu kak lin(sekarang tukar nama la eh...macam boring jer nama kak lina tu...hehe) tengok asyik order benda yang sama...tak tau lah nape...sama lah cam kak lin ni,asyik order teh ais ngan mee goreng jer...kalau tak minum teh ais jadi ketagih gituuuu...mesti dah kena mandrem dengan mamak ni....haha...


Makanan Kegemaran Anak-Anak
Nasi Komok

Ni makanan kegemaran anak sulung kak lin,dia memang selera tau orangnya...kalau makan tu mesti nak desert dan makanan nya berat-berat....lagi lah kalau nenek dia masak...memang menambah jelah kerjanya haha..Nasi komok tu sedap juga...daging kambing dia memang terbaik...

Makanan Kegemaran Anak-Anak
Pulut Mangga

Yummy.....sape je tak suka pulut mangga ni kan...memang berebut lah kami anak beranak makan...manis nya mangga ituuuu...harganya 7.00 sahaja...okey kan sebab mangga dia besar2...puas hati makan.

Makanan Kegemaran Anak-Anak
Yee Mee Sizzling

Ahaaaaa....yee mee sizzling ni favourite anak bungsu kak lin...dia sorang makan boleh habis tau....memang tak cukup kalau makan berdua...anak bungsu kak lin umurnya 3 tahun...alhamdulilah tak memilih makanan...semua dia bedal...satu je yang dia tak suka...Telur...

Makanan Kegemaran Anak-Anak
Chiken Chop

Anak nombor 2 selera western pulak.....kalau bawak g makan luar memang ni jelah yang dia order...dia tak berapa pemakan orangnya...suka makan yang ringan2 camni...tapi kalau balik sekolah memang makan 2 pinggan....tapi sejak dah lepas sunat haritu nampak selera dia dah semakin bertambah...mungkin duduk rumah je kot..tu yang lapar je hihi....

Kak lin pulak tak delah memilih makanan sangat..apa yang ada tu makan jelah,janji perut kenyang,tapi tulah tak tau camne nak lupakan teh ais tu hahaha.....oklah uols,lapar la pulak tengok menu2 kat atas tu...kena masuk dapur ni selongkar peti ais nak masak apa yang adaaa....hihi

Tuesday, 14 November 2017

Nasi Briyani IMAN Menggunakan Pressure Cooker

November 14, 2017 12
Nasi Briyani IMAN Menggunakan Pressure Cooker
Nasi Briyani IMAN Menggunakan Pressure Cooker|  Hari ni nk share la ngan korang betapa mudahnya masak menggunakan pressure cooker ni...almaklumlah zaman sekarang ni semua nak cepat dan pantas..maka kerajinan pun bertambah peratusnya...hihi,

Sebenarnya kak lina terjebak sebab adik kak lina IRISMYRA guna noxxa...masa tu ada majlis makan2 ...so dia angkut lah periuk noxxa dia tu untuk memudahkan kami memasak dengan cepat..erm betul lah cepat sangat masak guna pressure cooker ni,masa tu masak pulut kuning...wah.. dalam masa 5 minit jer dah siap...rendang pulak memang lembut giler...semua tu masak kejap jek tau.



Tapi mahal ko noxxa tu,so.. kak lina survey2...terjumpalah Russell Taylors ni,kebetulan ada diskaun hebat sempena 11.11 tu kan...apa lagi grab lah cepat2...berbaloi jugak lah macam-macam boleh buat,puas hati sangat..so korang yang bajet2 tu tpi teringin nak guna pressure cooker macam noxxa tu bolehlah beli yang ni...hihi..insyaallah korang mesti teruja bila guna.

Kalau dah beli jomlah join group ni di facebook..macam-macam resepi dan panduan ada dalam tu

Russell Taylors PC Users (Malaysia)



Nasi Briyani IMAN Menggunakan Pressure Cooker

Hah cuba tengok nasi yang kak lina masak tu....cantik kan kejadian dia...jom tengok cara dan step -step dia...mudah sangat...kalau masak nasi biasa pun cepat sangat masaknya...

Nasi Briyani IMAN Menggunakan Pressure Cooker

Nasi Briyani IMAN Menggunakan Pressure Cooker

  1. Basuh beras dan toskan
  2. Bancuhkan perencah Briyani IMAN dengan sedikit air
  3. Tekan button BAKE 
  4. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing
  5. Masukkan perencah IMAN dan kacau sehingga garing
  6. Masukkan beras tadi dan gorengkan sebentar
  7. Masukkan Beras bersama air yang telah di sukat (3 pot beras:3 pot air)
  8. Tutup periuk dan tekan mood RICE(P12)
  9. Dah masak bolehlah biarkan seketika...
  10. kalau nak cepat boleh lah release kan valve
  11. Doneee...



Sunday, 12 November 2017

Penjagaan Selepas Berkhatan

November 12, 2017 8
Penjagaan Selepas Berkhatan
Penjagaan Selepas Berkhatan |  Setiap kali cuti sekolah mesti penuh hospital dan klinik dengan kanak2 yang ingin berkhatan.inilah pengorbanan orang lelaki bila mula menginjak ke alam remaja....bagi mak-mak pulak biasalah dengan perasaan bercampur baur tu...berdebar jangan cakap lah kan...serba tak kena rasanya.

Anak pertama dulu kak lina juga yang menghadap...teman kan dari mula sunat sampai siap...sama jugalah dengan anak kedua ni...haha,kuat tak kuat kena lah hadap jugak...alhamdulilah kali ni urusan sangat mudah...dalam 15 minit dah siap semuanya.rayyan pun nampak kuat dan tak menangis.

Selepas habis bius barulah nampak dia nangis sikit...meleleh airmata nya...dia cakap rasa pedih..ala kesian nya,bersabar jelah untuk minggu ni...insyaallah kalau makan jaga boleh cepat sembuh.





Jom kita tengok tips penjagaan selepas berkhatan


1. REHAT YANG CUKUP
Selepas sunat, adalah penting untuk anda dapatkan rehat yang cukup, sekurang-kurangnya 3 hari untuk lelaki dewasa sebelum bertugas semula seperti biasa. Banyak berjalan sejurus selepas sunat boleh menyebabkan bengkak pada kawasan luka.
2. MAKAN UBAT
Anda akan diberi ubat penahan sakit, antibiotik (pembunuh kuman), ubat bengkak untuk dimakan dan krim antibiotik untuk disapu. Sila makan ubat tersebut mengikut jadual yang ditetapkan, supaya luka tersebut cepat sembuh dan jangkitan boleh dielakkan.
3. CUCI LUKA
Cuci luka sunat sewaktu mandi, dua kali sehari dengan cecair antiseptik seperti Dettol. Selepas cuci, lapkan luka dengan tisu atau kain yang kering dan bersih. Sapukan krim antiseptik yang diberi untuk mengelakkan dari jangkitan kuman.
4. PANTANG MAKAN
Adalah bagus sekiranya anda dapat berpantang makan. Makanan yang “gatal” seperti makanan laut, daging merah, telur dan apa-apa juga yang anda “alergik” adalah tidak digalakkan untuk ambil sewaktu penjagaan luka sunat.
5. MAKANAN YANG DISYORKAN
Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, ikan haruan adalah bagus untuk penyembuhan luka. Jika tidak mahu beli dan siang ikan haruan yang hidup, anda boleh dapatkan pati ikan haruan dari farmasi. Pati ayam pun bagus untuk diambil.
6. JANGAN CABUT BENANG
Benang jahitan luka sunat akan putus selepas 10-14 hari. Jangan gunting atau putuskan benang luka sunat terlalu awal, kerana ia akan menyebabkan luka sunat tidak dapat melekat dan sembuh sempurna.
7. CECAIR KUNING DI KEPALA
Jika anda mengalami phimosis (glans penis melekat dengan kulup), anda mungkin akan mendapati ada cecair kuning jernih dan keruping terbentuk di kepala dan kawasan luka. Ia adalah normal dan ia bukan nanah. Ia akan tanggal sendiri selepas beberapa hari.
8. RASA NGILU/SENSITIF
Adalah agak normal untuk anda berasa ngilu atau sensitif apabila kepala glans penis anda bergesel dengan seluar dalam yang dipakai pada awalnya. Rasa tersebut akan hilang selepas beberapa minggu, apabila glans kepala sudah biasa.
Sumber SINI

Tuesday, 7 November 2017

Tak Sabar Nak Shoping Lazada Online Revolution

November 07, 2017 8
Tak Sabar Nak Shoping Lazada Online Revolution
Tak Sabar Nak Shoping Lazada Online Revolution||  Mesti korang pun sama kan...lamanya la nak tunggu 11.11 ni...lazada memang suka buat kejutan kan,malah tak pernah lokek dengan diskaun dan voucher....kak lina salah sorang pelanggan setia lazada tau...ada je benda nak beli...selalu tengok flash sale dia....hahaha...barang baik dan murah sape yang tak nak kan....

Pengalaman pertama dengan lazada.

First barang yang kak lina beli di lazada ni adalah Beg Tangan jenama Mango.masa mula-mula takut jugak barang tak sampai dan barang tak kualiti...yelah first time nak membeli online kan...macam-macam perasaan timbul.tapi kak lina baca review banyak yang cakap ok dan puas hati..terus lah proceed beli beg tu...alhamdulilah dalam masa 3 hari beg sampai dengan selamat,malah kualiti juga tidak mengecewakan...lepas tu ambek kau...haha asyik nak membeli online je pastu..

Tak Sabar Nak Shoping Lazada Online Revolution

Barang yang kak lina suka beli online?

Selalunya kak lina suka beli pampers di lazada,murah dan berbaloi2 tau...selain dari tu,kak lina suka beli casing handphone,baju,spin mop,vaccum dan macam-macam lagi...tapi kebanyakkan nya kak lina beli handbag lah...setakat ni memang tak de lah masalah sampai kena return barang atau dapat barang yang tak elok...semuanya baik2 sahaja.

Apa yang menyebabkan suka shoping online?

Tak tau lah kenapa,tapi kalau dah bukak app lazada ni ada je barang yang kak lina berkenan...satunya barang cepat sampai..customer servise pun sangat-sangat membantu,harga jauh lebih murah dari luar..pastu paling best,klik-klik jer dah boleh beli,pastu tunggu jelah depan rumah.tak yah nak bersesak di pasaraya tu..

Image result for lazada online revolution

Nak beli apa nanti 11.11?

haha yang ni best sikit nak cerita,kak lina berkenan dengan periuk tekanan dari Russell Taylors ni...harga pun nampaknya mampu milik...baca review pun ramai yang kata ok dan berbaloi dengan harga...wahhh...teruja sekejap...hihi awal-awal kak lina dah add to chart...kita tunggu jelah ye 11.11 nanti...banyak sebenarnya nak beli,tapi kita beli yang ni dulu eh....hihi...kalau dah namanya perempuan tak sah kalau tak shoping kan..terapi minda katanya hihi...

Tak Sabar Nak Shoping Lazada Online Revolution

Korang jangan lupa tau....save date 11.11 ni...jom kita sama-sama shoping...kalau tak shoping pun nanti duitnya habis jugak kan...tak nampak kemana pergi duitnye,hehehe atlest kita nampakkanlah duitnya walaupun tak berapa banyak duitnya tu....korang klik lah sini kalau nak tau lebih lanjut tentang LAZADA ONLINE REVOLUTION.

Monday, 6 November 2017

Naagin TV3

November 06, 2017 11
Naagin TV3
Sipnosis Naagin
Shivanya (Mouni Roy) adalah ular jelmaan yang mahu membalas dendam di atas kematian ibu bapanya dengan bantuan rakan dan sepupunya, Sesha. Terdapat lima orang pembunuh, tetapi Shivanya hanya dapat melihat  tiga daripada mereka iaitu Ankush, Viren dan Shailesh. Mereka telah membunuh ibu bapa Shivanya untuk mencapai Naagmani, iaitu permata tetapi mereka gagal berbuat demikian. Sebagai rancangan utuk membalas dendam, Shivanya telah memasuki ke dalam rumah Ankush sebagai orang gaji, dan anaknya Rithik (Arjun Bijlani)  seorang lelaki muda yang baik hati , kemudiannya telah jatuh cinta dengan Shinvanya. Setelah mengetahui tentang perasaan Rithik terhadap dia, Shivanya akhirnya berkahwin demi  untuk membalas dendam dan dia telah membunuh Viren, pembunuh yang pertama.

Menyedari ada jelmaan ular telah memasuki kehidupan mereka, keluarga dan rakan-rakan Ankush ini mula mendapatkan bantuan daripada Guru Maa yang telah  memberikan mereka sebentuk cincin yang melindungi mereka daripada ular jelmaan tersebut. Selepas itu, Shivanya dan Sesha telah membunuh rakan Ankush iaitu, Suri apabila Shivanya mengetahui daripada Sesha bahawa dia adalah pembunuh yang keempat . Shivanya Walau bagaimanapun, tidak mampu untuk membunuh Shailesh, pembunuh yang ketiga.
Tidak lama kemudian Shivanya  telah menyedari bahawa Rithik adalah benar-benar seorang yang baik dan tidak mengetahui perbuatan-perbuatan jahat bapanya dan Shivanya akhirnya mulai  jatuh cinta  kepada Rithik, Sesha berasa kecewa kerana  berfikir Shivanya tidak akan dapat membunuh Ankush kerana cintanya terhadap  Rithik.
Tidak lama kemudian, Sesha dan Shivanya menghadapi musuh baru, termasuk Kabir, Kemudian dia mula mengetahui bahawa isteri Ankush ini, iaitu Yamini adalah pembunuh kelima dan yang dia juga mengetahui bahawa Rithik adalah bukan anak sebenar Ankush dan Yamini . Mereka sebenarnya telah menculik bapa sebenar Rithik kerana hanya dia dan Rithik sahaja yang boleh memegang Naagmani kerana tanda yang ada pada badan mereka.
Sesha mula jatuh cinta juga kepada Rithik  kerana sifat penyayang dan prihatinnya . Apabila mengetahui perasaan Sesha kepada Rithik, Yamini, yang telah  mengetahui bahawa Shivanya dan Sesha adalah ular jelmaaan, dia telah menghasut Sesha untuk  mengkhianati Shivanya dan dengan itu, akhirnya Sesha telah menjadi musuh kepada Shivanya kerana obsesi beliau kepada Rithik dan Naagmani. Shivanya telah berjaya membunuh Ankush tetapi Rithik menyaksikan pembunuhan bapanya itu dan mendapati bahawa Shivanya adalah seekor ular jelmaan. Rithik mula membenci Shivanya, walaupun hatinya masih amat mencintai Shivanya.
Kemudian Queen Avantika adalah  lebah jelmaan pula mahu mendapatkan Naagmani. Rithik yang tidak lama kemudian telah mengetahui mengenai kebenaran tentang Yamini yang jahat lalu dia turut menyertai Shivanya untuk melindungi Naagmani daripada Avantika. Shivanya dan Rithik akhirnya bersama, dan ianya mengakibatkan Shivanya kehilangan kuasa beliau. Walau bagaimanapun, dia dan Rithik berjaya untuk menyelamatkan Naagmani dan mengalahkan Sesha, Yamini dan Avantika. Shivanya akhirnya  mengandung dan dia dan Rithik dapat hidup bersama.

Naagin menggantikan drama 'Zindagi Gulzar Hai'  disiarkan setiap hari isnin-khamis pukul 4.30 petang di TV3....best tau cerita dia...kalau boleh jangan tinggal satu episod pun ...selamat menonton semua...

Thursday, 2 November 2017

Segment Thank You 200,00 Visitors

November 02, 2017 6
Segment Thank You 200,00 Visitors
Segment Thank You, 200,000 Visitors
KLIK BANNER UNTUK JOIN