Transit Terakhir TV3

Transit Terakhir TV3  | Tengok iklan je dah tau best cerita ni...tak sabar nak saksikan jalan cerita hebat ni,Mana tak hebat ianya diarahkan oleh pengarah yang berbakat besar dalam industri seni kita,Elly Suriati....

Jangan lupa saksikan telefilem Transit Terakhir arahan Ellie Suriati pada Sabtu ini, 7 Oktober 2017 jam 9 malam di TV3. Dibarisi pelakon Amar Asyraf, Fahrin Ahmad, Aleeza Kassim, Ruslan Salleh, Nisdawati dan ramai lagi.


JUDUL : TRANSIT TERAKHIR
TARIKH / MASA : Sabtu, 7 Oktober 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Ellie Suriaty
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Amar Asyraf, Roslan Salleh, Elgi, Fahrin Ahmad, Aleeza Kassim, Lisdawati, Ikhram Kamaruzaman


SINOPSIS TRANSIT TERAKHIR

Kisah Khalif yang sering menghabiskan masa dengan berseronok dan berfoya-foya bersama rakan-rakannya. Khalif juga tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana sikapnya yang terlalu memilih kerja. Selepas ayahnya meninggal dunia, barulah kesedaran mula timbul dalam dirinya kerana terpaksa menjalankan aktiviti bisnes ayahnya.

Khalif merupakan bekas seorang graduan, namun dirinya langsung tidak menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap ayah dan ibunya. Selepas ayahnya meninggal dunia, barulah kesedaran mula timbul. Sebelum ini, Khalif rasa malu untuk menolong menjalankan bisnes bersama arwah ayahnya. Namun, selepas pemergian ayahnya, Khalif nekad meneruskan perniagaan ayahnya. Bagaimana kesudahan kehidupan Khalif. Berjayakah dia menjalankan bisnes yang diwarisi dari ayahnya. Saksikan segalanya dalam drama Transit Terakhir di slot Cerekarama TV3.

Jom kita saksikan sama-sama kehebatan cerita arahan Ely Suriati bersama artis-artis yang yang melakon kan watak mereka dengan baik ni...pastikan tengok ramai-ramai ye....macam serammmmm....hihi,tapi yang pasti banyak pengajaran yang kita akan dapat dalam cerekarama ini....

Transit Terakhir TV3
Transit Terakhir TV3

4 comments:

  1. Annur ade tertengok gazet cerita ni kat tv..uihh..berterabur keranda atas jalan..syeram ehh..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Ada tertonton gazet ini dekat tv... macam menarik je.... lagi2 ianya hasil karya Elly Suriati

    ReplyDelete
  3. Kalau Elly suriaty boleh dipercayai ni

    ReplyDelete
  4. CCL tengok juga drama ni . Banyak pengajaran .. sedih + seram jugak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.