Tahniah! Impian Dato Fazley Tercapai,Dapat Baby Girl...

Tahniah Impian Dato Fazley Tercapai,Dapat Baby Girl...| KUALA LUMPUR: Impian penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, untuk memiliki cahaya mata perempuan dimakbulkan Tuhan apabila isterinya, Azrene Ahmad, selamat melahirkan anak keempat mereka.
Berkongsi berita gembira berkenaan di laman sosial Instagramnya, beberapa jam lalu, Fazley, 39, bagaimanapun tidak menyatakan tarikh dan lokasi si kecil terbabit dilahirkan.
Ketika dihubungi BH Online, Fazley yang kini berada di Chennai, India, cuma berkata, beliau bersyukur isterinya selamat bersalin.
"Syukur alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan. Saya sangat gembira kerana sudah lama kami menantikan cahaya mata perempuan.
"Bagaimanapun, maafkan saya kerana tidak dapat bercerita lanjut mengenai anak kami ini. Apapun, saya tetap akan berkongsi maklumat apabila sudah tiba masanya nanti," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Sebelum kehadiran zuriat keempat berkenaan, Fazley yang berkahwin dengan Azrene pada 2007 dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Ahmad Fariedz Shah yang lebih mesra disapa Payish, 9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 6.
Sementara itu, Fazley kini sedang menjalani rakaman program masakan, Ketuhar Antarabangsa, di negara itu.
"Sebenarnya, sudah lama penggambaran program ini dijalankan, tetapi ia ditunda sehingga tiga kali atas beberapa sebab tidak dapat dielakkan.
"Saya berada di Chennai selama 14 hari, sejak Ahad lalu. Saya juga seronok menjalani penggambaran di sini, bersama 13 cef terkenal yang saling berkongsi pengalaman dan ilmu masakan.
"Dalam pada itu, saya juga sempat berjumpa dengan pelajar jurusan pergigian dari Malaysia yang kini menuntut di Hospital dan Kolej Pergigian Meenakshi Ammal," tuturnya.

Tahniah Impian Dato Fazley Tercapai,Dapat Baby Girl...
Tahniah Impian Dato Fazley Tercapai,Dapat Baby Girl...

6 comments:

  1. wah..tahniah Dato Fazley dapat baby girl yang comel

    ReplyDelete
  2. Akhirnya dapat jugak dia baby girl. complete dah family ni..apa2 pun tahniah buat mereka

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tahniah Dato Fazley.

    ReplyDelete
  4. Terbau2 baby laa.. tahliah fazlee

    ReplyDelete

Powered by Blogger.