Resepi Karipap Rangup Dan Sedap


Resepi Karipap Rangup Dan Sedap|  Korang panggil apa eh,Karipap ke epok-epok?hihi...dulu masa kecik kak lina panggil epok-epok tau...dah besar-besar ni baru panggil karipap..teringat pulak masa kecik dulu kalau balik rumah atok di johor kami cucu-cucu ni pagi-pagi lagi disuruh jual karipap ni...setiap rumah bagi salam pastu tanya...cikkk nak beli epok-epok  tak??haha seronok pulak bila ingat dulu2 ...tak terasa penat pun jalan jauh-jauh tu...malu pun tak...tak tau kenapa dah besar boleh jadi malu nak buat cam kecik2 dulu...padahal boleh dapat duit kan kalau rajin...

Petang-petang yang mendung camni sedap jugak kan pekena karipap...mehlah tengok resepi karipap versi kak lina ni...gamba tepung maaflah lupa nak snap....eksaited sangat nak menguli...hihi

RESEPI KULIT KARIPAP RANGUP

*1kg tepung gandum

*1cwn minyak masak(dipanaskan)

*2cwn air 

*1sb garam
(Garam dan air dibancuh sekali yea)


mula2...
*masukkan tepung dalam bekas
Bentukkan dibahagian tgh tepung tu macam kawah atau lubang
*pas tu panaskan minyak masak smpai betul2 panas...then tuang minyak tu kedalam tepung
.dah tuang minyak panas tu dalam tepung...jgn dok gatal p gaul ngan tgn pulak...mau melecor tgn korang nnt๐Ÿ˜„
๐Ÿ‘‰gaul dulu guna sudu ye...
๐Ÿ‘‰gaul smpai minyak tu sekata ...baru xpanas nak uli
bila dah adun Cun2 ...
๐Ÿ‘‰masukkan separuh dr air bancuhan td(air+garam)
๐Ÿ‘‰uli dulu...pas tu masukkan lagi yg separuh lagi air tu...bukan apa...tujuan dia supaya adunan x ter"overdose" lembek nnt..sbb tu masuk separuh2 airnya...(nak cantik kene sabo๐Ÿ˜„)


**Kalau nak buat sikit,bahagikan 2 ye adunan tu

Ni bahan2 utk inti yea
*6bji ubi kentang
*sekeping dada ayam
*2sb cili boh(cili blande tu la)
*3@4sb serbuk kari daging babas(ikut citarasa la nak kurang ka,atau nak lebih rempah..sukatan 
*1labu bwg beso
*5ulas bwg putih
*daun sup(sikit je)
*mula2...
๐Ÿ‘‰rebus ubi kentang biar separuh empuk
sambil2 rebus kentang,blande bahan2 ni๐Ÿ‘‡
*cili kisar
*serbuk kari
*bawang beso
*bawang putih
+air ckit...
๐Ÿ‘‰blande smpai hancur
*Okeyyyyy..dah nmpk ubi kentang dah separuh empuk...
๐Ÿ‘‰masukkan ayam,daun sup,dan bahan blande td dan sedikit minyak masak(minyak tu dalam 3sb je.


*kacau2 sebati...
*masukkan gula,garam secukup rasa
*kalau nak tambah perasa...itu terpulang kat tekak masing2
*masak la inti tu smpai betul2 kering airnya.

Dah siap dah karipap kita...kalau nak cepat bolehlah guna acuan karipap tu,kak lina guna dua-dua...


Karipap yang telah digoreng,nampak sedap dan menyelerakan kan???hihi,betul uolss memang rangup sangat kulit dia..kalau ada lebihan karipap yang tak habis di goreng,korang boleh frozenkan dengan goreng sekejap...kira separuh masak lah...bila dah sejuk bolehlah di masukkan ke freezer.
SELAMAT MENCUBA

24 comments:

  1. makan karipap memang sedap apa lagi ianya rangup.(^_^).

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kejadian karipap tu..SA memang failed la buat kuih

    ReplyDelete
  3. Lama tak buat karipap. Tau makan je senang. Hihihi. Pandai Kak Lina buat karipap. Nampak rangup dan sedap.

    ReplyDelete
  4. wah!! nampak sedap je kuih karipap tu. saya memang tak pandai bab buat kuih tapi nanti bolehlah minta tolong mak buatkan. haha

    ReplyDelete
  5. Pandainya lina buat karipap. Ana selalu beli je sebab nak makan sorang je. Tp boleh cuba resepi ni nanti kot2 nk buat frozen utk makan sendiri kan.

    ReplyDelete
  6. Adoii sedap nya. Cantik pulak tu kejadiannya.. Petang2 kudapan karipap sedap jugak.๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  7. Sis panggil karipap, tak tahu pulak ada nama lain..:D. Karipap ni sis tahu makan je, buatnya tak tahu..hehehe. Nanti kalau ada masa terluang bolehlah cuba buat..

    ReplyDelete
  8. haaa karipap yang ni saya suka. tak suka karipap pusing. hehee

    ReplyDelete
  9. Kita suka kalau kuih karipap yang memang rangup kat luar ni dan inti penuh dalam. Susah dah sekarang kat KL nak dapat karipap macam ni semua peniaga nak untung lebih dan bagi hasil yang kurang memuaskan betul tak..

    ReplyDelete
  10. zaman budak budak lain kan..tak fikir dah malu ke apa.redah jer..hehe..tak tahu plak ada yang pggl epok epok. hehe.

    ReplyDelete
  11. Panggil karipap je. Tak tahu if ada nama lain. Tak pernah buat sendiri karipap. Kelim sendiri ke tepi karipap tu? Cantik. Rasanya bella mesti failed buat karipap ni.

    ReplyDelete
  12. CCL kalau teringin nak makan karipap suka buat sendiri dari beli di gerai-gerai . Sebab initnya tak padat macam dulu . Bila buat sendiri boleh letak inti ikut suka hati . Masih lagi belajar buat karipap jadi lagi sedap dan rangup di makan

    ReplyDelete
  13. Waaa cantiknya karipap kak lina. Kinah panggil karipap je. Kinah memang pantang jumpa karipap. Mesti nak borong. Tapi ada sesetengah penjual tu intinya sikit sangat. Tak puas nak makan. Lepas ni nak cuba resepi kak lina. Harapnya menjadi la macam kak lina punya hehe

    ReplyDelete
  14. Waaa cantiknya karipap kak lina. Kinah panggil karipap je. Kinah memang pantang jumpa karipap. Mesti nak borong. Tapi ada sesetengah penjual tu intinya sikit sangat. Tak puas nak makan. Lepas ni nak cuba resepi kak lina. Harapnya menjadi la macam kak lina punya hehe

    ReplyDelete
  15. wah baru tahu nama panganan ini di malaysia karipap, kalau di idnonesia namanya pastel

    ReplyDelete
  16. Indahnya kejadian karipap ni. Boleh COD ke Bangi tak? Tangan ini memang tidak pandai nak membuat - hanya pandai ambil dan makan. Hahaha

    ReplyDelete
  17. Rajin lah kaklina..buat karipap untuk kudap anak-anak.
    Annur sejak eksiden moto dan retak pergelangan tangan dulu, Annur dah tak boleh buat karipap..huhu tak leh menguli pape dah tangan ni. Mungkin kena beli dough maker, baru boleh buat karipap semula.

    ReplyDelete
  18. Ruby suka karipap! Nanti nak cuba resepi ni. Cuma nak belajar kelim tepi tu. Sebab guna acuan mesti masa goreng tu terbuka. Wuwuwuw. Akak ce buat tutorial kelim tepi karipap. hehehe

    ReplyDelete
  19. Eh nak tanya, kalau nak buat karipap oksigen, macam mana ek? Tengok ramai peniaga jual karipap oksigen kebelakangan ini hahahah

    ReplyDelete
  20. Nak juga lah buat karipap, dah lama tak makan..

    ReplyDelete
  21. Malam malam back entry bab makanan memang seksa, mana nak cari karipap rangup and panas panas at 12 midnight ah. Heheheh.

    ReplyDelete
  22. nak satu!
    next time saya pergi rumah you dan makan ya!

    ReplyDelete
  23. Ranggup dan sedap karipap tersebut. Nak Cuba buat karipap juga.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.