Resepi Donut Gebu Dan Lembut

Resepi Donut Gebu Dan Lembut|  Hari ni kak lina mendonut uolssss....haha tah angin apa agaknya yang melanda tetiba teringin pulak nak makan donut,terus start kete g kedai carik yis...semangat berkobar-kobar ni nak buat donut.

Kak lina kan kalau bab kuih-muih ni tak berapa pandai sangat,kadang-kadang tak menjadi terus pun ada...ada satu kuih tu sampai 10 kali tau kak lina buat....sedih giler uolsss...asyik failed jerrr...dia sejenis tak jadi tu pastu xboleh nak makan terus hihi...padahal kan kak lina dah sebiji-sebiji ikut resepi yang diaorang ajar....

Kuih tu adalah kuih apam mekar,haha...segala jenis resepi atuk nenek kak lina ikut,entahlah kuih tu macam tak suka je dengan kak lina..asal buat je tak jadi...asal tak jadi je memang kuih tu la...sampai sekarang kak lina trauma nak buat kuih tu tau.

Anak kak lina pulak asyik perli kak lina je...ni sape nak makan banyak2 ni...tong sampah tu dah kenyang dah dengan kuih tu..tak boleh nak buang lagi dah...eiii sakitnya hati...sudahnya kak lina beli je lah kalau nak makan kuih tu....sadis betulll....

Alhamdulilah kuih donut ni nampak serasi dengan kak lina,setiap kali buat tak pernah dia mengecewakan kak lina tau...terubat jugak luka di hati kak lina ni...resepi donut ni banyak versi kan...tapi kak lina dah serasi dengan resepi yang ni...walaupun dah sejuk dia lembut je,tak keras pun..malah tanpa menggunakan telur.jom kita tengok resepi.

Resepi Donut Gebu Dan Lembut
Pastikan yis kembang 2 kali ganda baru uli ye..

Resepi Donut Gebu Dan Lembut

1 paket mauripan
1 cawan air suam
2 sudu gula
2 sudu susu pekat manis
**Campurkan semua bahan diatas,kacau rata....masuk dalam bekas tertutup sehingga yis mengembang.

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin(marjerin takde,kak lina guna butter je)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

-ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha.
-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.

**Lepas goreng tu toskan dulu donutnya...dah sejuk sikit boleh la disalut gula,adunan ni banyak juga dapat dalam 30 biji gitulah...ikut besar mana donut korang..



Resepi Donut Gebu Dan Lembut
Wah....Gebu kan...Dah sejuk pun tetap lembut

9 comments:

  1. O nampak sedap laa.. nak sikit boleh? Buat minum ptg

    ReplyDelete
  2. pernah cuba buat donut. keras tapi sedap je haha. nanti bila2 nak cuba resepi kak lina plak. kita serupa la kak, nak buat kuih tu kena fikir seratus lima kali dulu. Makan tak payah fikir. hihihi

    ReplyDelete
  3. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  4. Donut ni kuih fav ana dr kecik sampai ke tua ni. Plg sula kalau dpt donut yg super lembut dan bila sejuk pun masih lembut. Boleh lah cuba resipi lina ni. Nampak sedap sgt.

    ReplyDelete
  5. omg!!!you make me hungry now!!!Look so yummy!!

    ReplyDelete
  6. haa.. jumpa pun resepi donut gebu.. nanti nak try buat lah.. asik buat donut keras baling ke dinding tak retak je.. hahaha.. ni dha jumpa resepi donut gebu.. nanti TB try buat ye.. tq liena.. =)

    ReplyDelete
  7. Jangan putus asa kak liena . Alau tak jadi buat sampai jadi.kalau tidak sampai bila pun kuih tu tak menjadi kan CCL pernah sekali buat donut , tapi tak ada gebu gebas sangat

    ReplyDelete
  8. Seronoknya tengok. Terus rasa nak buat!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.