Petua Hilangkan Panau

Ada panau??Meh luangkan masa baca petua ni...semua orang tak terlepas dari terkena panau...lagi-lagi kalau kena kat muka...dah tak cantik kan...selalu yang kena ni kanak-kanak dan pelajar sekolah...kesian kan habis comot muka...bukan senang nak hilang...makan masa tau..selalu nya diaorang ni suka basuh muka time panas2....balik main tu kan panas pastu peluh lagi...tak bolehlah cuci terus mukanya...rehat dulu dalam 10-15 minit,barulah boleh di cuci mukanya.

Panau juga berpunca dari peluh dan badan yang kotor..walaupun panau tidak menyakitkan,tetapi ianya kadang-kadang agak menggatalkan dan merimaskan.

Biasanya hanya guna krim econazine je...insyaallah cepat jer hilangnya...ada pulak yang macam-macam taruk pun tak nak hilang jugak...so cuba lah petua-petua orang lama pulak kan...kalau dah lama sangat better jumpa je doktor,lagi senang...

Image result for panau
Gambar Rujukan Dari Google


Jom tengok petua di bawah.

Daun belimbing
  • – Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.
 Daun kesum dan minyak tanah
  • – Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.
 Daun gelenggang
  • – Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.
Halia
  • – Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.
 Bawang putih dan halia
  • – Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Lengkuas
  • – Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
Best kan petua-petua lama ni...semuanya ada di sekeliling rumah kita je...malah tanpa meragukan pun...semoga bermanfaat dan selamat mencuba

kredit petua ibu

6 comments:

  1. Panau ni kalau dibiarkan boleh merebak ke satu badan...

    ReplyDelete
  2. Kalau kena panau ni, macam rasa kurang keyakinan diri je. Nasib ada petua-petua ni..

    ReplyDelete
  3. dulu masa sekolah memang berpanau muka.. balik sekolah je panas2 cuci muka.. haaa..bercapuk kau.. mak yoorin boh bawang putih halia dengan garam buat macam scrub tenyeh muka kita.. mau tak meraung.. pedih kot.. hahaha..dah laa bau semacam bawang putih tu

    ReplyDelete
  4. dulu kakak nakal macam lelaki.. hee~ maklum la.. adik bradik semua lelaki.. memang ada panau kat tepi pipi.. mak sapu bawang putih.. pedih gile kot..

    ReplyDelete
  5. bagusnya petua ni. mudah didapati bahan-bahan yang diperlukan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.