Kacang Dhall Goreng Sambal

Kacang Dhall Goreng Sambal|   Resepi ni kak lina ambil dari sahabat facebook cik pooja,beliau memang rajin memasak dan akan share resepi pada kawan2 fb,memang tak lokek la cik pooja ni,kebanyakan resepi dia kak lina dah cuba dan menjadiii....terima kasih cik pooja yang baik hati..mintak halal resepi naa....hihi..

Kat rumah kak lina kan memang tak putus la stok maruku,kacang dan kerepek pisang,memang sentiasa topap kalau dah habis...bukan apa,kalau tengok tv malam2 tu kan tak sah kalau takde cemil-cemilan(orang jawa cakap).pastu kalau ada cerita best atau beli movie kat astro first tu memang banyak la makanan...burger lah,air kopi lah...jeruk,kacang...tah pape lagi lah...kak lina tumpang je sekaki...

Kak lina ni jarang tengok wayang,so selalu tengok jelah movie yang kita download tu...best jugak kan tengok kat rumah...xde yang ganggu...sukahati kita lah nak pause ke apa kan...haha...nak memekak ke gaduh ke hah lantak korang lah situ...anak kak lina yg no 2 ngan no 3 ni boleh tahan tau perangainya...malas nak bawak jalan...penat melayan perangai diorang jelah..sudahnya,korang duduk jelah kat rumah ye.kak lina tak boleh handle lah kalau ayah diaorang xde...kalau ayah dia ada,masing2 menikus lah...diam je tak berkutik...hihi....

Ok stok cemil-cemilan kak lina dah buat,yang berminat tu jomlah buat sekali..kalau uolss rajin boleh jual tau...tapi yang pasti memang sedap giles kacang dall goreng sambal ni...time raya pun bagus juga buat ni kan...nampak tak kacang tu....nampak menggoda kan...bangga pulak rasanya bila kita cuba sesuatu resepi pastu menjadiii...horeyyyy...


Kacang Dhall Goreng Sambal
Kacang Dhall Goreng Sambal


Kacang Dhall Goreng Sambal
patutnya yang no 3 tu no 2 tau...salah edit..harap paham ye uolss

Cara-cara membuat kacang dhall goreng sambal
=====================================

  1. Kacang dhall dibasuh bersih dan direndam semalaman,7-8 jam pun ok dah..yang paling bagus rendam malam esok pagi dah kembang cantik dah...(letak 1 sudu besar bikarbonat soda)fungsi untuk melembutkan kacang dhall....kalau tak nnt keras macam batu kacang dhall uolss.
  2. Bila dah kembang cantik,toskan kacang dhall tersebut,Bolehla digoreng dengan api sederhana besar(pastikan minyak melebihi kacang dhall ok..kalau tak tak rangup nanti)
  3. Bila kacang dah terapung bolehlah diangkat dan titapis minyaknya.alas tisu supaya serap minyak.
  4. Cili kering,bawang putih diblender bersama sedikit air(bawang merah tak perlu ye.
  5. Tumiskan bahan tadi sehingga garing,jangan lupa letak gula dan garam.
  6. Bila sambal dah siap bolehlah dimasukkan kacang dhall tadi,gaul sampai rata...
  7. Dah siap.....tunggu kacang sejuk dan masukkan dalam telap kedap udara...
  8. Selamat menikmati bersama keluarga.
  9. Done.....
  10. Selamat Mencuba.



9 comments:

  1. wah sedap ni. Saya pun macam tu kadang kala kalau keluar mesti cari kerepek. Hihi

    ReplyDelete
  2. thanks sharing this recipe. my sis in law love to eat, shall show her this!

    ReplyDelete
  3. Menarik . CCL pernah buat kacang dall salut sambal . Tapi rebus dulu

    ReplyDelete
  4. That's an amazing recipe. Looks yummy

    ReplyDelete
  5. senangnya nak buat! Nanti nak try lah sebab selalu jugak beli kacang dhal sambal ni makan kat tempat kerja

    ReplyDelete
  6. Mmg syok jadikan kudap kudapan masa menonton ni lina. Kejap je boleh habis. Dulu selalu beli makan dekat opis masa ngantuk. Hehe

    ReplyDelete
  7. Thanks, thanks! Really excited to try this recipe. Love kacang dhal. Can eat like popcorn while watching TV!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.