Dato Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan

Dato Siti Nurhaliza Umum Berita kehamilan
Cantiknya baju siti....berseri-seri pulak tu

Tahniah Dato Siti dan Dato K diatas berita gembira ini,setelah gugur 2 tahun lepas alhamdulilah Siti dikurniakan rezeki sekali lagi,pastinya semua peminat gembira kan,yelah sebelum ni ramai sangat yang tertanya-tanya tentang status siti yang menyepi selama 4 bulan.

Siti, 38, berkongsi berita gembira itu melalui siaran langsung Instagram Live miliknya, @ctdk dan YouTube Siti Official Video dari kediamannya di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.


"Alhamdulillah saya dan suami tak pernah putus berusaha untuk memiliki cahaya mata, termasuk melakukan rawatan kesuburan di sebuah pusat rawatan swasta.
"Pada usia 38 tahun dan ulang tahun ke-11 perkahwinan, tuhan makbulkan impian untuk bergelar ibu tidak lama lagi. Fokus saya sekarang semua hal membabitkan anak dan tidak ambil sebarang kerja atau aktiviti," katanya.
Katanya, tujuan utama pengumuman adalah supaya pihak yang berurusan dengan Siti Nurhaliza Production memahami keadaannya yang tidak dapat memenuhi undangan sejak beberapa bulan lalu dan untuk tempoh akan datang.
Terdahulu, Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat dihadiri sanak-saudara dan kenalan rapat.
Siti yang berkurung di bilik sejak mula hamil demi menjaga kandungan, mengenakan jubah berwarna merah muda tampak berseri-seri dengan tubuh kelihatan sedikit berisi sesuai dengan perubahan fizikal dialaminya.
"Saya harap peminat dan semua pihak doakan kandungan saya sihat. Semoga anak yang dilahirkan nanti akan menjadi insan yang baik. Buat wanita yang masih menanti kelahiran, saya harap usaha anda akan membuahkan hasil," katanya.
Spekulasi Siti hamil mula tersebar sejak beberapa bulan lalu apabila penyanyi lagu Segala Perasaan itu berhasrat memperlahankan seketika kerjaya seninya.
Namun, dia yang tampil dengan album terbaharu, SimetriSiti pada Mei lalu, enggan menggembar-gemburkan berita kehamilannya kerana bimbang dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.
Pada Disember 2015, Siti yang mendirikan rumah tangga dengan Khalid pada 21 Ogos 2006, pernah keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.
Ketika itu, Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin dilaporkan reda dan bersyukur kerana anugerah terindah itu sempat dipinjamkan Allah SWT seketika.
Semoga siti dan kandungan nya sihat dan membesar dengan sempurna,semua peminat pasti mendoakan yang terbaik untuk siti,tak sabar menanti kedatangan ct juniour...alhamdulilah tahniah untuk siti dan dato k sekali lagi..
Sumber BH

1 comment:

  1. berseri betulah muka dato ct! tahniah semoga dipermudahkan ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete

Powered by Blogger.