Cara Guna Aplikasi Frog

Cara Guna Aplikasi Frog | Rasanya semua sekolah dah menekan kan kepentingan Frog kan...sebenarnya dari tahun lepas cikgu dah bagi password dan id pada setiap pelajar,cuma kak lina tak boleh buka applikasi tu ,setiap kali log in katanya password salah.so di biarkan aja tanpa dibuka.

Baru-baru ni,cikgu bagi lagi password dan id frog tu...ermmm tak boleh jadi ni,kena jugak lah jumpa cikgu sekolah untuk bertanya dan menyelesaikan masalah ni...setelah bertemu cikgu,barulah tahu rupanya kena letak kod didepan tu...kod pulak setiap sekolah tak sama ye...so memang kena tanya cikgu kod apa untuk sekolah masing2.

Contoh kod   http://bba4047.1bestarinet.net/app/os#

yang kak lina highlight kan tulah merupakan kod sekolah....setelah letak kod,barulah boleh log in...wah lega rasanya....(boleh minta dengan cikgu untuk mengetahui kod sekolah masing2)

Cara Guna Aplikasi Frog
Cara Guna Aplikasi Frog


Masukkan password yang telah diberikan oleh guru...pastu log in...setelah berjaya log in akan tertera lah maklumat pelajar wah canggih sungguh kan,memang banyak bekerja lah cikgu2 ni...kita kena hargailah susah payah guru-guru ni....dalam tu banyak sangat maklumat tentang sekolah,contohnya,Sejarah Sekolah,Kokurikulum,Takwim,Galeri,Muat Turun dan Rujukan.
Frog ini adalah projek dari 1 BestariNet.


Image result for vle frog sekolah rendah
Pengenalan frog

Fungsi Utama Frog

  • Sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran interaktif  oleh guru dan murid
  • Medium penyampaian maklumat berkesan kepada warga sekolah
  • Menghantar maklumat dan menerima maklumat melalui emel
  • Pengurusan sekolah menjadi lebih teratur
Siapa yang terlibat?
  • Guru
  • Murid
  • Ibubapa
Dalam aplikasi frog ni ada latihan yang telah disediakan oleh cikgu,murid2 diberi pilihan untuk menjawab mengikut level ...samada 
  • Lower Primary
  • Upper Primary
  • Lower Secondary
  • Upper Secondary
  • Form 6
Selepas selesai menjawab soalan ada pulak games yang kita boleh main...seronok weiii....teruja pulak kak lina tengok...kalau macam gini gayanya,memang anak2 tak stress la...malah dia sendiri yang teruja nak buka Frog ni...setiap hari kak lina akan luangkan masa bersama rayyan untuk memahami aktiviti frog ni...kita sebagai ibu bapa kena pantau aktiviti anak2 kita,di samping itu kita dapat membantu jika ada yang mereka tak paham.

Banyak sungguh info dan maklumat dalam frog ni...cuma kena rajin jelah nak baca satu persatu...
cuma satu je kak lina nak cakap,aplikasi ni memang tidak membosankan,malah anak-anak sendiri rasa teruja kerana setelah menjawab jawapan kita dihidangkan dengan games yang best..semoga anak2 kita berterusan lah rajin nya,hihi jangan sekejap je kan...

Lagi satu yang best,ada pulak Achievement....memang teruja tau,jadi kita tahu anak kita berada di tahap mana,pihak sekolah dah sediakan yang terbaik untuk murid-murid dan ibu bapa,kita jagalah sebaik mungkin dan yang paling penting kena berterima kasih dengan pihak sekolah dan guru-guru yang bersusah payah untuk membantu anak didik mereka.Terima Kasih Cikgu


Cara Guna Aplikasi Frog
Carta Setelah Menjawab Soalan

5 comments:

  1. Ohh..saya pun sebelum ini mengalami masalah membantu anak saya (sekolah rendah) untuk login ke VLEFROG ini. Beberapakali terpaksa memaklumkan gurunya. Ini kerana dia baru berpindah sekolah jadi sukar sedikit. Terima kasih perkongsian ini.
    Amat berguna.

    ReplyDelete
  2. Saya belum guna benda ni... baru tahu ni... nice info...

    ReplyDelete
  3. owh baru taw jer tq pengkongsian ni

    ReplyDelete
  4. Tq sharing application ni. Mmg pening nak pakai nasib baik kak liena share

    ReplyDelete

Powered by Blogger.