Review Baahubali 2: The Conclusion (2017)

Baahubali 2: The Conclusion (2017)|  2 Hari lepas tergerak nak tengok filem Baahubali ni,orang lain dah lama tengok kan...hihi tak de masa nak tengok sebenarnya,al maklumlah cerita tamil ni memang lama kan,tak sah kalau tak makan masa 3 jam..so memang kena cari masa kalau nak tengok..bila dah tengok tak dan nak bangun...memang tercengang habis lah tengok cite ni.

Hero handsome,manakala heroin pulak cantik...bestnya cerita ni,memang banyak aksi dan pertarungan,kadang2 geram pulak tengok...dia sorang2 je boleh lawan tentera yang beribu-ribu lemon tu....hebat betul hero ni kan...pokok besar2 tu...macam tu je dia leh angkat..panjat gunung tinggi selamba je...padahal kalau real punyalah licin batu tu kan...hihi paham2 jelah kan..yang penting kita enjoy dengan jalan cerita dia..

Korang kalau nak tengok cerita ni kena tengok filem dia yang first tau...kalau tak memang tak paham lah jalan cerita dia nanti..kak lina lebih suka episod filem yang pertama...memang syok habis...macam-macam perasaan ada dalam tu...ekspresion diaorang pun boleh menakutkan kita yang tengok ni...katanya modal nak buat filem ni cecah billion tau...wowwww...tapi memang puas hati lah tengok cerita ni...masih tak move on lagi...hihi...

Kak lina memang recommended lah korang tengok cerita ni...banyak pengajaran juga dalam cerita ni,jom kita tengok sinopsis Baahubali 2 ni..

Baahubali 2: The Conclusion (2017)

Baahubali 2: Kesimpulannya.. menceritakan seorang lelaki bernama Shiva. Kisah bermula apabila kedua-duanya akhirnya bermusuhan dan bertentangan. Apabila Shiva, anak lelaki Baahubali sedar masa lalu beliau dari Kattappa (Satyarai), dia kemudian cuba mencari jawapan soalannya: mengapa Kattappa membunuh ayahnya? Kesimpulan yang memaparkan jawapannya, sejarah hidupnya disandingkan dengan peristiwa masa lalu yang telah terjadi di kerajaan Mahishmati.

Prabhas  sbg Amarendra Bahubali dan Shivudu/ Mahendra Bahubali (Mahendra anaknya Amarendra bahubali)
Rana Daggubati  sbg Bhallaladeva
Anushka Shetty  sbg Devasena
Ramya Krishnan  sbg Sivagami
Sathyaraj  sbg Kattappa
Tamannāh  sbg Avanthika
Nassar  sbg Bijjala Deva
Subbaraju  sbg Kumara Varma
Pruthviraj Balireddy  sbg Perdana Menteri Kerajaan Kunthala
Meka Ramakrishna  sbg Jaya Varma
Rohini  sbg Sanga, Ibu tiri Shivudu/ Mahendra Bahubal


Judul : Baahubali 2: The Conclusion
Judul Lainya : The One With Strong Arms: The Conclusion
Genre : Action, History
Sutradara : S. S. Rajamouli
Penulis Naskah : K. V. Vijayendra Prasad dan S. S. Rajamouli
Negara : India



Baahubali 2: The Conclusion (2017)
Baahubali 2: The Conclusion (2017)

4 comments:

  1. ramai kata cerita ni best. tapi mama tak tengok lagi

    ReplyDelete
  2. Cerita ni memang best kak! Kita baru sempat tengok last week. Power. Tak kelip mata tengok.

    ReplyDelete
  3. sama lah suka jugak dengan yang first!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.