October 2017 - Lin Liena Story

Tuesday, 31 October 2017

Resepi Karipap Rangup Dan Sedap

October 31, 2017 24
Resepi Karipap Rangup Dan Sedap

Resepi Karipap Rangup Dan Sedap|  Korang panggil apa eh,Karipap ke epok-epok?hihi...dulu masa kecik kak lina panggil epok-epok tau...dah besar-besar ni baru panggil karipap..teringat pulak masa kecik dulu kalau balik rumah atok di johor kami cucu-cucu ni pagi-pagi lagi disuruh jual karipap ni...setiap rumah bagi salam pastu tanya...cikkk nak beli epok-epok  tak??haha seronok pulak bila ingat dulu2 ...tak terasa penat pun jalan jauh-jauh tu...malu pun tak...tak tau kenapa dah besar boleh jadi malu nak buat cam kecik2 dulu...padahal boleh dapat duit kan kalau rajin...

Petang-petang yang mendung camni sedap jugak kan pekena karipap...mehlah tengok resepi karipap versi kak lina ni...gamba tepung maaflah lupa nak snap....eksaited sangat nak menguli...hihi

RESEPI KULIT KARIPAP RANGUP

*1kg tepung gandum

*1cwn minyak masak(dipanaskan)

*2cwn air 

*1sb garam
(Garam dan air dibancuh sekali yea)


mula2...
*masukkan tepung dalam bekas
Bentukkan dibahagian tgh tepung tu macam kawah atau lubang
*pas tu panaskan minyak masak smpai betul2 panas...then tuang minyak tu kedalam tepung
.dah tuang minyak panas tu dalam tepung...jgn dok gatal p gaul ngan tgn pulak...mau melecor tgn korang nnt๐Ÿ˜„
๐Ÿ‘‰gaul dulu guna sudu ye...
๐Ÿ‘‰gaul smpai minyak tu sekata ...baru xpanas nak uli
bila dah adun Cun2 ...
๐Ÿ‘‰masukkan separuh dr air bancuhan td(air+garam)
๐Ÿ‘‰uli dulu...pas tu masukkan lagi yg separuh lagi air tu...bukan apa...tujuan dia supaya adunan x ter"overdose" lembek nnt..sbb tu masuk separuh2 airnya...(nak cantik kene sabo๐Ÿ˜„)


**Kalau nak buat sikit,bahagikan 2 ye adunan tu

Ni bahan2 utk inti yea
*6bji ubi kentang
*sekeping dada ayam
*2sb cili boh(cili blande tu la)
*3@4sb serbuk kari daging babas(ikut citarasa la nak kurang ka,atau nak lebih rempah..sukatan 
*1labu bwg beso
*5ulas bwg putih
*daun sup(sikit je)
*mula2...
๐Ÿ‘‰rebus ubi kentang biar separuh empuk
sambil2 rebus kentang,blande bahan2 ni๐Ÿ‘‡
*cili kisar
*serbuk kari
*bawang beso
*bawang putih
+air ckit...
๐Ÿ‘‰blande smpai hancur
*Okeyyyyy..dah nmpk ubi kentang dah separuh empuk...
๐Ÿ‘‰masukkan ayam,daun sup,dan bahan blande td dan sedikit minyak masak(minyak tu dalam 3sb je.


*kacau2 sebati...
*masukkan gula,garam secukup rasa
*kalau nak tambah perasa...itu terpulang kat tekak masing2
*masak la inti tu smpai betul2 kering airnya.

Dah siap dah karipap kita...kalau nak cepat bolehlah guna acuan karipap tu,kak lina guna dua-dua...


Karipap yang telah digoreng,nampak sedap dan menyelerakan kan???hihi,betul uolss memang rangup sangat kulit dia..kalau ada lebihan karipap yang tak habis di goreng,korang boleh frozenkan dengan goreng sekejap...kira separuh masak lah...bila dah sejuk bolehlah di masukkan ke freezer.
SELAMAT MENCUBA

Sunday, 29 October 2017

Jom Melancong Dengan Malaysian Airline Melalui Online Booking

October 29, 2017 25
Jom Melancong Dengan Malaysian Airline Melalui Online Booking
Assalamualaikum korang....sekejap je dah nak masuk bulan 11 kan....yeay,anak-anak pun dah habis periksa..lagi beberapa minggu je lagi nak cuti sekolah kan...bestnyer...korang plan nak pergi mana eh?kak lina dah buat persiapan awal2 tau...yelah takut habis pulak tiket flight nanti..
Selalunya korang beli tiket flight macam mana? Selalu juga dengar orang yang nak beli tiket flight by online tapi takut. Takut salah la. Takut website tipu la..Ada juga lebih selesa booking melalui telefon sebab rasa lebih secure.  Ada yang dah buka website Malaysia airlines pastu blurr tak tau nak beli macam mana.. haaa di sini kak lina nak share dengan korang semua macam mana nak beli tiket online dengan penuh keyakinan gituuuu.. haha.. Tak susah mana pun nak beli tiket Malaysia Airlines. Mudah je..korang klik link ni... malaysia airlines online booking tawaran terbaik confirm memang terbaik.. Ok meh kak lina explain cara booking Malaysia Airlines melalui laman web Traveloka ni.
Jom Melancong Dengan Malaysian Airline Melalui Online Booking
IKUT STEP YANG DIBERIKAN

Bila korang buka je website Malaysia Airline melalui traveloka ni,  korang akan nampak ada box tulis “search and book cheap flight tickets in 3 easy here!!” Firstly, korang fill bahagian flight destination. Dari lapangan terbang mana dan hendak tuju ke mana. Then isi date of flight. Ada option one-way or return. Last sekali isi di ruangan search flight. Jangan lupe isi bilangan passengers adult (12 tahun and older), child ( umur 2-11 tahun) dan infant (under age 2). Now korang boleh choose sama ada korang nak seat economy class, business class or premium economy class yang suit with korang punye need.
Economy class pun dah best. Korang boleh pilih mana-mana seat yang korang suka. Tapi…tapiii hanya available untuk tempahan dalam talian sahaja. As option, passengers boleh choose tempat duduk secara percuma dalam tempoh 48 jam sebelum penerbangan melalui daftar masuk laman web Malaysian Airlines. Terdapat 2 jenis seat untuk economy class ni iaitu Premium dan Standard Seats. Premium Seats terletak beberapa baris pertama dan berdekatan kerusi keluar kecemasan. The rest of them are Standard Seats.
Jom Melancong Dengan Malaysian Airline Melalui Online Booking
BUAT PILIHAN HARGA YANG TERBAIK

For Business Class, kerusi lebih luas dan boleh baringkan 180 degre okeh.. dah jadi macam katil. Confirm korang rasai keselesaan yang  maksima. Tambahan ada kemudahan hiburan dalam flight seperti chanel TV, movie, radio. Pastu korang dapat akses secara percuma di Golden Lounge Malaysia Airlines. Haaa boleh la mandi ke, minum dan akses Wifi percuma sementara tunggu flight tu.
Business Class pun dah wow ape tah lagi First Class kan. Korang boleh akses ke  Malaysia Airlines’ new fronted check-in lounge dengan perkhidmatan serba mewah di ruangan yang sangat selesa. Seperti Business Class, penumpang first class boleh tunggu penerbangan di Golden Lounge. Seat semasa penerbangan lebih luas daripada Business Class. Ada duit banyak pilih la first class. Memang curlassss korang!!
Jom Melancong Dengan Malaysian Airline Melalui Online Booking

Dah pilih nak seat yang mana, click search flight. Maka keluar senarai penerbangan dari pagi sampai ke malam untuk tarikh tersebut. Ada yang transfer dan ada yang direct ke destinasi. Kat tepi tarikh tu siap ada harga daripada murah ke mahal. So senang korang nak buat pilihan. Dah selesai pilih, ini lah masa untuk buat tempahan. Jangan lupe untuk semak semula masa pelepasann dan butiran harga flight korang. Isi butiran penempah dan penumpang. Then click teruskan akan pop out box “ Kami sedang memproses tempahan andan dengan syarikat penerbangan dan mengambil masa beberapa minit.” So sila bersabar yer.


Jom Melancong Dengan Malaysian Airline Melalui Online Booking
OK DAH CONFIRM SEMUA BOLEH TEKAN BOOK


Nanti keluar notification harga telah disahkan oleh pihak penerbangan. Semak lagi sekali sebelum buat pembayaran. Korang boleh pilih nak bayar melalui kad kredit atau debit, perbankan internet ataupun di 7 Eleven terpilih. Traveloka accepts Visa, MasterCard dan Amex credit cards. Melalui internet banking, atau mobile banking with Cimb click, Maybank2u, PBE, Hong Leong connect, RHB Now, Bank Islam, Affin Bank, Alliance Bank, Ambank, Muamalat, OCBC Bank, Standard Chartered dan UOB. Korang jangan risau okey, semua transaction fully protected by secure socket layer of Rapid SSL authorized technology.




Bila korang complete jer buat payment, korang akan terima E-ticket melalui email yang korang dah daftar tadi. E-ticket akan diperolehi within 60 minutes after payment is confirmed. If korang still tak terima tiket tu lepas 60 minutes, cepat call customer services. Okey korang, enjoy your travel!!!!
Faham tak apa yang kak lina explain ni...harap korang faham lah ye...hihi,tapi kalau korang tak paham atau nak bertanya ke apa ke,boleh je email kak lina ....dan kak lina harap korang booking la awal2 ye...senang kan bila kita dah tempah awal2...so kita bolehlah prepare barang untuk dibawa pula..nanti kak lina kongsi dengan korang tips untuk packing bag untuk travel pulak ye...
So akhir kata selamat bercuti korang...jangan lupa install Aplikasi Traveloka ok...mudah,cepat dan jimat...Selamat Bercuti Korang....Ole2 jangan lupa tauuuu.....

Friday, 27 October 2017

Chiken Chop RM5 Di Bangi

October 27, 2017 7
Chiken Chop RM5 Di Bangi
Chiken Chop RM5 Di Bangi|  Hah RM 5??Bio betul!!! iye betul.....haha tak yah nak terkejut sangat lah uols semua...nak ikutkan zaman sekarang mana ada yang murah kan...semua benda mahal...selalu kalau nak makan luar tunggu gaji kan...yelah yang anak ramai tu..kang berebut semua nak chiken chop sorang satu kan...normal harga dalam RM11++ keatas...kalau kedai yang canggih manggih tu nak jejak jugak lah RM 20 ...tu belum masuk air lagi tu.

Pada yang duduk di Bangi / Kajang atau kawasan yang berdekatan jomlah cuba kedai ni,kedai ni kedai biasa sahaja..menu pun tak banyak..tapi kedai nya sentiasa ramai orang tau..kalau lambat mesti semua kerusi penuh..kak lina lebih suka duduk diluar sebab kat dalam kedai kedai tu panas sedikit...

Chiken Chop RM5 Di Bangi

Menu yang disediakan
Chiken Chop RM 5.00
Nasi Ayam RM 2.90
Mee Celup RM 2.90

Menu Special
Mee Celup Special RM 5.90
Maggi Celup  Special RM 5.90
Nasi Ayam Special RM 5.90
Chiken Chop RM5 Di Bangi
NASI AYAM 2.90

Chiken Chop RM5 Di Bangi

Mee celup ni kak lina recommended sangat tau kat uolss...sedap giler..pastu pedas kena dengan tekak...walaupun RM 2.90 tapi rasa dia tak mengecewakan..malah kalah lah dengan kedai yang harga 6-7 ringgit tu...berbeza sangat rasa dia...paling best mee dia banyak...boleh makan 2 orang pulak tu...yang ni memang puass hati sangat..


Taraaaaa.....nilah chiken chop RM 5 tu...sedap uolssss....hihi,anak-anak puas makan...malah sorang satu boleh order...otak-otak kat kedai ni pun sedapppp,tak sempat nak ambek gamba...kejap je dah habis haha..ke tengah lapar sangat tu??...pendek kata puas hati lah...cuma meja tempat nak makan tu tak berapa selesa sangat...keadaan meja tak stabil...sebab jalan yang tak rata...harap tuan kedai tu buatlah something ye...kita kalau boleh nak selesa makan...tak nak lah meja goyang2 gitu...hah itu jelah yang kak lina nak komen,yang lain okkk...


PUTRA PERMAI CHIKEN CHOP
kedai ni dibuka setiap hari kecuali jumaat,location pula betul2 dihadapan niosh dan di belakang petronas seksyen 15 
waktu operasi pula 11.00 am-11pm....




Thursday, 26 October 2017

“SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM”

October 26, 2017 3
โ€œSEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 โ€“ MRSZACOMโ€
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka untuk blogger Warganegara Malaysia.
2. Follow blog Mrs Za Com
3. Like Page Mrsza Com
4. Like Instagram : Mrszacom Instagram
5. Buat satu entry bertajuk “SEGMEN BLOGGER AKTIF 2017 – MRSZACOM”
6. Copy banner di atas dan backlink kan ke entry ni. ( Penting )
7. Publishkan entry, dan hantarkan URL penyertaan pada ruangan komen

Ganjaran kepada peserta yang join segmen ini:

1 x Template Blogspot 
2 x Topup Maxis / Umobile / Celcom / Digi dll
10 peserta bertuah akan dipilih untuk menjadi rakan bloglist utama di blog www.mrsza.com

Tempoh Penyertaan:

26/10/2017 – 27/10/2017 ( 11.59pm)
 
Jemput join ramai-ramai ye… 
Terima kasih buat yang sudi join dan jadi rakan bloglist mrszacom tau

Tuesday, 24 October 2017

Drama Red Velvet-Astro Ria

October 24, 2017 7
Drama Red Velvet-Astro Ria
Drama Red Velvet

Best giler cerita ni...lagi lagi hero idaman malaysia Alif Satar....haha...tak kurang hebat neelofa...tajuk pulak kek kegemaran kitaaa....sedapnyerrr...banyakbanyak lelaki dalam dunia ni,kenapa nak khawin dengan laki orang????hahaha emo betul tengok cerita ni kan...jom tengok sinopsis red velvet.

Turut membintangi Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nadya Syahera, Alif Hadi dan ramai lagi. Drama sebanyak 20 episod arahan Hadith Omar. Akan menemui penonton bermula 23 Oktober ini setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.


JUDUL : RED VELVET 
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 23 Oktober
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : MegaDrama (Astro Ria 104 & Ria HD 123)
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Film sdn bhd
PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Amira Othman, Nina Nadira, Sharifah Shahora, Alif Hadi, Hani Nazrina, Nasz Sally, Qara Lyana, Nadya Syahera, Fatin Afeefa

WATAK PELAKON 
Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
Amira Othman sebagai Suhaila
Nina Nadira sebagai Izzati
Sharifah Shahora sebagai Faizah
Alif Hadi sebagai Daniyal
Hani Nazrina sebagai Aida
Nasz Sally sebagai Kuza
Qara Lyana sebagai Zuhira
Fatin Afeefa sebagai Sophie
Nadya Syahera sebagai Biha

LAGU TEMA / OST 
Penyanyi : Sesungguhnya Aku
Penyanyi : Alif Satar

SINOPSIS RED VELVET
Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama. Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta. Macam mana bila lelaki yang anti homewrecker, berdepan dengan homewrecker itu sendiri?

kredit myinfotaip

Monday, 23 October 2017

Petua Hilangkan Panau

October 23, 2017 6
Petua Hilangkan Panau
Ada panau??Meh luangkan masa baca petua ni...semua orang tak terlepas dari terkena panau...lagi-lagi kalau kena kat muka...dah tak cantik kan...selalu yang kena ni kanak-kanak dan pelajar sekolah...kesian kan habis comot muka...bukan senang nak hilang...makan masa tau..selalu nya diaorang ni suka basuh muka time panas2....balik main tu kan panas pastu peluh lagi...tak bolehlah cuci terus mukanya...rehat dulu dalam 10-15 minit,barulah boleh di cuci mukanya.

Panau juga berpunca dari peluh dan badan yang kotor..walaupun panau tidak menyakitkan,tetapi ianya kadang-kadang agak menggatalkan dan merimaskan.

Biasanya hanya guna krim econazine je...insyaallah cepat jer hilangnya...ada pulak yang macam-macam taruk pun tak nak hilang jugak...so cuba lah petua-petua orang lama pulak kan...kalau dah lama sangat better jumpa je doktor,lagi senang...

Image result for panau
Gambar Rujukan Dari Google


Jom tengok petua di bawah.

Daun belimbing
  • – Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.
 Daun kesum dan minyak tanah
  • – Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan setiap hari.
 Daun gelenggang
  • – Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.
Halia
  • – Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.
 Bawang putih dan halia
  • – Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Lengkuas
  • – Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.
Best kan petua-petua lama ni...semuanya ada di sekeliling rumah kita je...malah tanpa meragukan pun...semoga bermanfaat dan selamat mencuba

kredit petua ibu

Sunday, 22 October 2017

Ayam Masak Ungkep

October 22, 2017 5
Ayam Masak Ungkep

Ayam Masak Ungkep|  Suka tak makan ayam ungkep??apa tu ungkep?haha mesti ada yang tak tahu kan..ungkep ni resepi masakan orang jawa...sedap tau ayam ungkep ni,sesapa dah makan mesti nak makan lagi...kak lina suka rasa dia yang berempah tu...rasa ketumbar dan jintan tu lah resepi rahsia masakan ni...

 Yang tak pernah makan tu bolehla cuba ye...sedap tau...lagipun senang dah mudah jer nak masak...ayam ungkep ni sedap dimakan dengan nasi panas2...time pantang dulu pun kak lina suka sangat menu ni...kak lina suka yang berkuah sikit,kalau kering sangat keseret nanti...(tercekik) hahaha...sikit-sikit tu pandai lah cakap jawa....lebih-lebih memang tak paham...hihi

Ayam Masak Ungkep
Ayam Masak Ungkep


Ayam Masak Ungkep

Bahan-bahan:
1kg daging ayam (potong kecil) - lumur dengan sedikit garam & kunyit - perap seketika
2 batang serai - dititik
3 cawan air
minyak
sedikit asam jawa 
garam
gula

Bahan tumbuk / kisar:
5 ulas bawang putih
10 biji bawang merah 
2 sudu makan ketumbar biji 
1 sudu makan jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 cm kunyit hidup
3cm halia
15 biji cili padi (ikut kepedasan yang korang nak)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan  serai dan daging ayam dan kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan layu atau berubah warna.
3. Tambahkan air, garam / gula / perasa pilihan.
4. Tutup kuali rapat-rapat.
5. Kacau sekali-sekala untuk memastikan daging ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya tak perlu masak sampai kering), dan ayam empuk, matikan api.

Saturday, 21 October 2017

2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC

October 21, 2017 2
2ND GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC

Wednesday, 18 October 2017

TROPIKA Face Cleansing Oil | Pencuci 3 Dalam 1

October 18, 2017 25
TROPIKA Face Cleansing Oil |  Pencuci 3 Dalam 1

TROPIKA Face Cleansing Oil |  Kak lina nak share tentang pencuci muka lah dengan uolss...korang pakai pencuci apa ye??haha jangan tak cuci muka sudah lah ye...muka ni sebenarnya banyak tau kekotoran yang melekat,kalau tak cuci bersih kulit memang tak sihat dan akan bermasalah nanti,itu yang menyebabkan kulit kusam dan senang dijangkiti jerawat jika tak dibersihkan dengan betul...

Bertambah masalah jika korang jenis yang bermake up tebal-tebal tu,ingat senang ke nak cuci...memanglah ada make up remover...tapi tu semua makan masa kan...lagi lah jenis yang pemalas macam kak lina ni,balik kadang dah malam kan...nak cepat2 je cuci muka dan mandi...hah ini penyelesaian kepada masalah kita....taraaa....memperkenalkan  TROPIKA Face Cleansing Oil.


TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi, yang terdiri daripada minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi. Ia adalah pilihan pembersihan yang sangat baik untuk semua jenis kulit, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pembersih dirumuskan menggunakan VCO, Licorice Root Extract dan Vitamin E yang mencipta fungsi 3-dalam-1; Menanggalkan make up, membersihkan dan melembapkan kulit untuk kulit yang segar dan segar. Kombinasi yang unik dengan ekstrak likuoris membantu mengurangkan garis dan bintik halus, dan memperbaiki nada kulit. Formula khas ini selamat digunakan pada kulit sensitif juga.


Kenapa 3 dalam 1 ?

  • Menanggalkan Make up
  • Membersih Kulit Muka
  • Melembabkan Wajah



TROPIKA Face Cleansing Oil|  Pencuci 3 Dalam 1
TROPIKA Face Cleansing Oil|  Pencuci 3 Dalam 1
 

Pertama kali menggunakan tropika face cleansing ni dah rasa lain...eh berbeza sangat dengan pencuci yang biasa kak lina guna dulu...Dulu kalau cuci muka mesti tak bersih bahagian maskara dan eyeliner...masih ada sisa2 gincu juga walaupun dah 2 kali cuci muka...Sekarang...sekali cuci je dah bersih semua kesan make up...wah makin senang lah kerja kak lina kan...tak payah dah guna makeup remover..malah selepas mencuci lembab je kulit muka kita.jomlah cuba uolss....sama2 kita mendapat manfaat dan kebaikkan pencuci berasaskan minyak kelapa dara ni...dan paling penting xde bahan terlarang..sesuai diguna untuk semua jenis kulit..Gunakan tanpa was-was..

Cara Guna:

Membersihkan dan menyuburkan kulit anda dengan 3 langkah mudah:
  1. Sapukan pada kulit kering. Urut dalam edaran.
  2. Tambah sedikit air untuk menghasilkan emulsi susu dan teruskan urut.
  3. Bilas dengan teliti dengan air.

**Gunakan Dua kali sehari atau setiap kali mahu menanggalkan make up anda.


Siapa Yang Sesuai Menggunakan??
  • * Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up.
  • * Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka.
  • * Sesiapa yang memilih produk semulajadi untuk kulit mereka.
  • * Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Cruelty FREE, Paraben FREE and Fragrance FREE.

So korang yang ingin mencuba produk awesome ni silakan menjengah ke laman sosial mereka...harga pulak jangan risau ye...berpatutan sangat,hanya RM 69.90 sahaja..


TROPIKA Face Cleansing Oil|  Pencuci 3 Dalam 1
TROPIKA Face Cleansing Oil|  Pencuci 3 Dalam 1


Virgin Coconut Oil (VCO) - A great natural moisturizer. Contains lauric acid which is popular with its antimicrobial and disinfectant properties, helping to keep pores clean and prevent blemishes. 
Vitamin E - Conditions the skin, great for diminishing fine
lines, wrinkles, and spots.
Licorice Root Extract - Contains glabridin which helps to diminish the appearance of dark under eye circles, discoloration and age spots. Traditionally used for skin brightening. 
Oilve Oil Esters - An additional cleansing agent which is safe to be used around the eyes. It offers anti-inflammatory properties and help to curbing the excessive production of oils. 

Tuesday, 17 October 2017

Review Filem Tombiruo

October 17, 2017 9
Review Filem Tombiruo
Review Filem Tombiruo | Wow tak sangka cerita ni memang best,saja je nak layan anak yang asyik mengajak tengok Tombiruo...pada mulanya kak lina ni nak tengok pun sebab abam zul je...ntah ler...akhir2 ni minat sangat dengan dia...mungkin sebab hensem dan watak2 yang dibawakan semua kena dengan dia...ermm,memang rezeki ko lah kan zul...ramai betul peminat...yelah anak kak lina yang 8 tahun ni pun minat giler dengan kesadoan mu....haha....

Bila mula jer cerita ni...hati dah tertarik...subhanallah...cantik sungguh pemandangan dalam cerita ni,sungai yang jernih,gunung kinabalu yang cantik...bila lah nak sampai sana....nak rasa sendiri keindahan kota kinabalu sabah itu.

Semua detik mencemaskan,memang tak pandang kiri kanan dah,mata hanya tertumpu pada skrin,tidak mahu melepaskan setiap scene aksi yang mantap dan mendebarkan..sewaktu ejim mahu lahir ke dunia,dia hendak dibunuh oleh ayahnya sendiri,mujurlah bidan yang menyambut kelahiran ejim menyelamatkan nya walaupun bidan itu sendiri hampir terbunuh.

Bidan itu menghanyutkan ejim ke sungai yang deras dan ejim telah diselamatkan oleh akar-akar kayu didalam hutan.dan faizal husin yang menjumpai ejim.manakala ejim pula dilahirkan tanpa wajah ...tak puas nya melihat watak faizal husin...walaupun hanya sekejap,ianya meninggalkan kesan yang mendalam di hati...sedih.....

Kehadiran Wan Suraya aka Nabila Huda,adalah penyeri dalam filem ni,tak pernah mengecewakan penonton...nabila berjaya membawa wataknya dengan baik...i love u nabila,hihi.....Farid Kamil pula mantap juga dengan aksi beliau...walaupun dulu pernah bergandingan dengan zul dalam Jay Revolusi,tapi kali ni aksi mereka semakin mantap dan padat.

Banyak lagi aksi- aksi dalam cerita ni..dan korang kena tau apakah hubungan ejim dengan farid kamil..kena tengok sendiri okey....

Korang pergilah tengok bawak anak2...diaorang confirm mesti suka punya....suka tengok rumah ejim atas pokok tu...cantik tau pemandangan atas tu...walaupun pelakon lain berlakon sekejap saja...tapi mereka semua memang terbaik...Dato M Nasir,Datin Marlia Musa,Dynas Mokhtar dan ramai lagi....

Tahniah pada team Tombiruo,walaupun  belum pernah baca novel Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid ni,terasa seperti berada di alam novel dan ianya betul2 terjadi di alam dunia...harap2 ada lagi filem2 seperti ini...

Kak lina bagi 4 bintang sebab tak nampak muka zul.....hehehhe,kalau nampak full star lah kak lina bagi,ok lah korang setakat ni dulu pandangan kak lina...ini pandangan peribadi ye...jangan marah kalau ada yang tak suka ye....peace no war

Review Filem Tombiruo
Review Filem Tombiruo

Monday, 16 October 2017

KFC Delivery

October 16, 2017 8
KFC Delivery
KFC Delivery

KFC Delivery|   Amboiiii....kemain lagi malasnya kak lina ni,haha....asyik nak delivery je kerjanya,biasalah kita ni kan,ada masa rajin sangat masak...rasa macam membazir je membeli ni,tak sedaplah tak bersih lah...ermm kejap je tu...2 3 hari je rajin nya,tetiba angin kus kus ko datang,malas ya ampun...ala beli jelah senang,bukan selalu pun kan...tah pape je kan...korang cam tu tak??normal ke camni hah...macam lalang pulak kadang2 kan...

Tapikan memang mahal pun beli online ni,yelah selain cas penghantaran,cas gst pun kena juga kan...sebab tu tak boleh selalu lah beli,kecuali lah terdesak atau tak de kereta,terpaksa lah membeli juga.selain KFC kak lina selalu beli Dominos dan Mc Donalds...

KFC ni kak lina suka beli sebab ayam dia besar-besar tau..memang puas lah makan,pastu kfc selalu jugak kasi kupon...kadang2 dapat cheese wedges yang berharga 6.40....sape nak bagi kann...haha tq kfc selalu2 lah bagi kupon ye.pastu penghantaran memang cepat...dalam setengah jam camtu dah sampai.

Kalau dominos pulak,selalu harap dia sampai lambat...hahaha,apalagi nak voucher pizza free la tuuu....tapi tak selalu lah dapat sebab dia pun selalu ontime jugak...pernah sekali dapat sebab penghantar pizza tu budak baru...so sesat mencari rumah...hihi 2 jam ko lambatnyaaa....

Mc donalds tak de nak komen pape lah...sebab dah jarang beli,kadang2 sakit hati,sampai lambat,pastu kentang semua dah sejuk..kalau beli aiskrim pulak dah cair....nasib2 lah dapat yang masih panas kentang tu....kadang2 lambat giler sampaiii....hmmm better beli kat sana jelah.tapi budak-budak ni memang pilih mc d lah sebab nak happy toys tu...burger mcd ni sedap...memang xleh lawan lah kat tempat lain...bubur pun sedappp....alahhhh...senang citer semua sedap lahh...haha...

KFC Delivery
Panas-panas dan gemuk-gemuk ayamnya

Setakat ni kak lina berpuas hati dengan perkhidmatan KFC....panas-panas lagi ayam nya masa sampai...fuhhh terbaik lah kfc...ermmm...jemputlah tengok ayam kfc yang gemuk2 ni hihi...jom order kat sini.......KFC delivery .Korang selalu order apa ye???sekarang kan macam2 perkhidmatan delivery kerumah kan...tak tahu kadang2 nak order yang mana satu....asyik rambang je matanya...camne lah nak kurus camni...terlalu mudah makanan datang pada kita di saat kita lapar hihi...automatik pulak tu tangannya order kan...macam diberi arahan oleh seseorang jer...haha macam2 hal la....layan kan ajelahhhhh.......





Sunday, 15 October 2017

Mudah Dan Cepat Dengan Ezibox Poslaju

October 15, 2017 8
Mudah Dan Cepat Dengan Ezibox Poslaju
Mudah Dan Cepat Dengan EziBox Pos Laju |  Sebelum ni tak pernah guna lagi Ezibox ni,teringin juga nak cuba memandangkan semua dah cuba dan memuji kehebatan perkhidmatan poslaju sekarang,Poslaju banyak yang dah berubah kan,alhamdulilah perubahan dan penambahbaikkan yang menyenangkan pengguna.

Kebetulan hari jumaat ada parcel sampai,malangnya kak lina takde kat rumah masa tu...abam poslaju call tapi kak lina tak dengar...hihi...biasalah kalau ada hal penting time tulah tak dengar bunyi phone kan...maka dapatlah mesej dari poslaju suruh pick up barang di Ezibox poslaju...wah teruja jugak ni...dapatlah merasa pengalaman baru tu..

Hari sabtu dalam pukul5 lebih kak lina terus pergi poslaju bangi untuk mengambil parcel tersebut,wah...tempat dah baru,besar sangat poslaju yang baru ni,nampak sangat lah kak lina dah lama tak pergi poslaju,kalau dulu kecik je opisnya,sekarang dah lain sangat rupa paras nya...ternyata perubahan yang ketara tau...cantik kan tempat collect parcel dia...bersih jer...kalau dulu kita kena tunggu lama jugalah kalau nak ambik parcel ni,lagilah kalau waktu tengahari..memang lama lah cite dia menunggu.



Mudah Dan Cepat Dengan Ezibox Poslaju

Sekarang ni tak kisahlah...sabtu ke ahad,korang boleh pos barang atau collect barang,bila2 masa je,sampai pukul 10.00 malam ye uolsss...best kan...xdelah lama nak nunggu hari isnin...


Mudah Dan Cepat Dengan Ezibox Poslaju

Cara nak guna pun senang,hanya tekan no consignment kita...tulis full tau....pastu masukkan no pin yang diberikan...selepas kita masukkan no pin dengan betul,automotik pintu locker kita akan terbuka...done... bolehlah diambil barang kita,selepas tu,sila tutup locker tu balik yer...haha..
Ezibox ni dah ada disemua tempat atau di tempat tertentu saja?....tempat korang camne eh...dah ada ke?

Saturday, 14 October 2017

Review Baahubali 2: The Conclusion (2017)

October 14, 2017 4
Review Baahubali 2: The Conclusion (2017)
Baahubali 2: The Conclusion (2017)|  2 Hari lepas tergerak nak tengok filem Baahubali ni,orang lain dah lama tengok kan...hihi tak de masa nak tengok sebenarnya,al maklumlah cerita tamil ni memang lama kan,tak sah kalau tak makan masa 3 jam..so memang kena cari masa kalau nak tengok..bila dah tengok tak dan nak bangun...memang tercengang habis lah tengok cite ni.

Hero handsome,manakala heroin pulak cantik...bestnya cerita ni,memang banyak aksi dan pertarungan,kadang2 geram pulak tengok...dia sorang2 je boleh lawan tentera yang beribu-ribu lemon tu....hebat betul hero ni kan...pokok besar2 tu...macam tu je dia leh angkat..panjat gunung tinggi selamba je...padahal kalau real punyalah licin batu tu kan...hihi paham2 jelah kan..yang penting kita enjoy dengan jalan cerita dia..

Korang kalau nak tengok cerita ni kena tengok filem dia yang first tau...kalau tak memang tak paham lah jalan cerita dia nanti..kak lina lebih suka episod filem yang pertama...memang syok habis...macam-macam perasaan ada dalam tu...ekspresion diaorang pun boleh menakutkan kita yang tengok ni...katanya modal nak buat filem ni cecah billion tau...wowwww...tapi memang puas hati lah tengok cerita ni...masih tak move on lagi...hihi...

Kak lina memang recommended lah korang tengok cerita ni...banyak pengajaran juga dalam cerita ni,jom kita tengok sinopsis Baahubali 2 ni..

Baahubali 2: The Conclusion (2017)

Baahubali 2: Kesimpulannya.. menceritakan seorang lelaki bernama Shiva. Kisah bermula apabila kedua-duanya akhirnya bermusuhan dan bertentangan. Apabila Shiva, anak lelaki Baahubali sedar masa lalu beliau dari Kattappa (Satyarai), dia kemudian cuba mencari jawapan soalannya: mengapa Kattappa membunuh ayahnya? Kesimpulan yang memaparkan jawapannya, sejarah hidupnya disandingkan dengan peristiwa masa lalu yang telah terjadi di kerajaan Mahishmati.

Prabhas  sbg Amarendra Bahubali dan Shivudu/ Mahendra Bahubali (Mahendra anaknya Amarendra bahubali)
Rana Daggubati  sbg Bhallaladeva
Anushka Shetty  sbg Devasena
Ramya Krishnan  sbg Sivagami
Sathyaraj  sbg Kattappa
Tamannฤh  sbg Avanthika
Nassar  sbg Bijjala Deva
Subbaraju  sbg Kumara Varma
Pruthviraj Balireddy  sbg Perdana Menteri Kerajaan Kunthala
Meka Ramakrishna  sbg Jaya Varma
Rohini  sbg Sanga, Ibu tiri Shivudu/ Mahendra Bahubal


Judul : Baahubali 2: The Conclusion
Judul Lainya : The One With Strong Arms: The Conclusion
Genre : Action, History
Sutradara : S. S. Rajamouli
Penulis Naskah : K. V. Vijayendra Prasad dan S. S. Rajamouli
Negara : India



Baahubali 2: The Conclusion (2017)
Baahubali 2: The Conclusion (2017)