Tips Ke Genting Highland

Tips Ke Genting Highland |  Kak lina ada sedikit tips lah pada sesiapa yang nak ke genting highland tu,sekarang ni kalau kita g sana pun memang tak ada apa sangat lah..sebab semuanya masih dalam pembangunan lagi,macam lama lagi je nak siap theme park tu..memang di rombak habis-habisan lah genting highland tu.

Walaupun begitu jumlah pengunjung tak pernah berkurangan ....masih ramai lagi yang kesana,mungkin kerana cuaca yang sejuk tulah...dan lagi satu tarikan yang best adalah Genting Premium Outlet....wah...memang sakit kepala lah pada si suami...hihi,budak kecik pun pandai meminta tau kalau kesana tu.....apatah lagi si isteri yang suka shoping ni....yaallah rambang nya mata tengok beg tangan,kasut kulit dan baju-baju yang yang separuh harga tu....wah...memang syurga shoping lah kat situ...


Tips Ke Genting Highland
Kabus Di Tengahari

Satu je yang tak best kat genting highland ni adalah kurang sangat kedai makan...kedai cina banyak lah...pastu orang ramai sangat..semua meja penuh uolsss...hah camne nak makan kan...better bawak bekal la dari bawah...jimat sikit,maklum sajalah kat atas tu.....mahal semuanya,air pun jejak puluhan ringgit....berkira juga nak membeli kan...

Indoor pulak dah tak de tau....hanya shoping complek je dalam tu...kalau dulu best kan,banyak permainan dalam tu,budak-budak pun seronok main dalam tu...penatnya lahai berjalan,tak de satu kerusi pun disediakan dalam  tu,macam nak patah kaki berjalan,ditambah pulak kena dukung si kecik tu sebab dia dah tak larat jalan...haruuuu...tak de apa pun yang best...yang best cuma AWANA SKYWAY tu...

Tips Ke Genting Highland

Wuhuuuuu.....best giler naik skyway ni,gayat sikit jelah...hihi tiket pulak seorang RM 8...kalau return RM 16...kanak-kanak bawah 90cm FREE ok...sekarang ni,skyway dah upgrade tau..lebih kukuh dan mantap,rasa smooth je perjalanan tu,masa dulu2...skyway ni kecik sikit pastu terasa gegaran dan rasa sangat goyang-goyang tu..yang sekarang ni...memang best dan terbaikk....


Tips Ke Genting Highland
Seronoknya Naik Awana Skyway


Rayyan paling seronok atas ni...siap berdiri lagi atas ni jalan2...mak dia ketaq kaki dah ni,wafiy pulak diam tak berkutik...menangis lagi....hmmmm ikut mama la ni,gayattt...
Kalau korang bawak kereta,better tinggal kat bawah je,kat parking GPO tu,parking sangat banyak dan luas tau...pastu naik atas guna SKYWAY je....tak yah penat2 nak drive ke atas tu...kereta pun tak semput gitu...

Sebelum naik makan kenyang2 eh...kalau ada anak kecik stanby la roti atau biskut,kat atas nun tak de apa yang murah tau...kalau ada pun kebanyakkan tak mampu kita nak beli...rugi je beli mahal2..baik beli kat bawah,beza harga 3 kali ganda tau...


Tips Ke Genting Highland
Beratur Panjang Di Coach

Masa ni dalam pukul 11.30,....ish ish ish....dah beratur panjang uols kat coach tuuuu.....banyak pitih sungguh orang malaysia ni kan....kak lina tak dapat beli sebab malas nak beratur(ermmm...ayat sedapkan hati) haha.....manalah mampu nak beli...walaupun ada diskaun tetap beribu juga kan harganya...mampu tengok jelah uolsss...

Seharian kat atas tu memang memenatkan lah,tak tidur sana pun sebab plan last minit,insyaallah next time kak lina akan tidur sana,teringin nak tidur di Hotel On The Park yang viral tu.tapi kan kak lina tak puas lah naik skyway tu...walaupun gayat seronok sangat tau....hmmm...kena plan lagi nampaknya kan...

Sebelum balik jangan lupa singgah di Mini Cameron Highland ye.....macam-macam ada jual kat situ,aiskrim,strawberi coklat,jagung,dan sayur-sayuran....nak petik strawberi sendiri pun ada kat situ ye..


Tips Ke Genting Highland
@sumber genting highland
Nanti dah siap mesti lagi meriah kan....tiket pulak tentulah beratus kan....hahaha....stanby la kalau nak pergi genting highland bila dah upgrade nanti...oklah korang tu jelah yang kak lina boleh share setakat ni.... 

5 comments:

  1. Bestnya. Echa last pegi sini tahun 2000 rasanya. Phew. Part bawak bekal tu penting. Takut susah pulak nak cari mkn kat atas tu.

    ReplyDelete
  2. Lama tak nail genting. Padahal dekat je dgn selayang ni. Plan nak pergi pun tak pergi2 juga. Huhu. Nak kena plan betul2 ni nampaknya.

    ReplyDelete
  3. Saya x pernah gi genting..tq sharing tips sis..

    ReplyDelete
  4. tq kongsi tip ni nanti boleh rujuk.. jemput singgah blog cik ash hihihihi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.