Resepi Sup Tulang Simple

Resepi Sup Tulang Simple | Ada yang suka makan sup tulang tak???sekarang kan musim hujan dipetang hari,memang sesuai sangatlah makan sup2 kan....sesuatu yang panas untuk menghangatkan badan kita.

Sebenarnya kak lina jarang juga masak sup tulang ni,sesekali time tekak nak makan barulah masak.tak boleh makan selalu lah daging ni...sesekali boleh lah kan.kak lina beli dalam setengah kilo je tulang ni,campur sedikit dengan daging biasa...kalau tulang semua tak puas la makan...

Cara kak lina masak ni simple2 je tau....tapi sedap sangat,lagi 2 hari lagi sedap,makin bersatu rasa dia..hihi...lain rumah lain lah cara masak kan...kadang-kadang heran jugak bila kita share resepi ada je yang tanya,nape tak letak tu,nape tak letak ni...hmmmm...ikut suka tekak korang la nakkk....pandai-pandai la olah resepi tu ikut tekak korang kan...tak yah nak jadi juri masterchef sangat hahaha....

Jom tengok cara kak lina masak ok...



Tulang ni kak lina masukkan dalam pressure cooker....sekejap je dah empuk....sebelum rebus uolss cuci dulu bersih-bersih daging ni.


Resepi Sup Tulang Simple
===================
Bahan bahan seperti di atas

2 Biji Bawang Besar*
3 Ulas Bawang Putih*
2 Inci Halia*
Sup Tulang Bunjut Adabi
Perencah Sup
Daun Sup
Batang Saderi
Tomato
Bawang Goreng
Cili Padi(pada yang suka pedas)

Blender@Tumbuk  Bahan Yang Bertanda*

Cara-Cara:

Tumis bahan yang bertanda tadi bersama 4 sekawan(dalam paket sup tulang tu dah di sediakan sekali) sehingga garing.
Setelah garing masukkan perencah sup dalam 2 sudu besar.
Masukkan tulang yang kita rebus tadi bersama air rebusan tu sekali.
Tunggu sehingga kuah mendidih,kemudian masukkan batang saderi yang telah dihiris,dan sup bunjut,kalau nak letak carrot ke kentang ke boleh je..ikut sukahati kitalah.kak lina cuma letak carrot,kobis bunga dan tomato.
Ketukkan beberapa batang cili untuk kesan pedas..dah siap bolehla tabur daun sup dan bawang goreng.**perahkan limau nipis pun sedap tau..ala2 sup thai rasanya..yummmy

**sup ni kak lina makan dengan sambal kicap tau...fuhhhh berasap uolsss...hihi



Taraaaaa.....inilah Sup Tulang yang dah siap tu....mehla jemput sekaliiiiii
-Selamat Menjamu Selera-

23 comments:

  1. Sedapnyaaaa....ingat nak beli gak la tulang Sabtu nanti buat sup

    ReplyDelete
  2. alahai sejuk2 hujan gini sedapnya kalau pekena sup tulang ni

    ReplyDelete
  3. Ok nak buat. Tapi jenuhla takde pressure cooker..

    ReplyDelete
  4. good read about the soup. now I follow you on gfc too!

    ReplyDelete
  5. mak ayah kita suka sup tulang ni. kalau pekena makan dgn roti ke kan. tapi dia punya lemak bila dah sejuk tu payah nak buang! :)

    ReplyDelete
  6. Cam mudah plak kan. Agak-agak berani tak saya mencuba? Haha. Thanks share resipi nie.

    ReplyDelete
  7. skarang cuaca mendung je..dpt hirup sup tulang sedap

    ReplyDelete
  8. huhuhuhu nak makan sup tulang lagik... nanti la nak pergi beli.. tp macam nak makan ekor

    ReplyDelete
  9. Kejapnya masak sup tulang kita selalu guna pressure cooker nak buat sup tulang baru lembut dan rasa sedap hehehehe..

    ReplyDelete
  10. wow, dah masa makan lunch, tengok gambar ini buat kan lagi lapar haha

    ReplyDelete
  11. Memang layan makan masa musim hujan ni lina. Lagi lama perangat lagi sedap.

    ReplyDelete
  12. waa.. betul simple !! saya pun tak rajin nak masak renyah2.. hee~

    ReplyDelete
  13. Lots of ingredients. I'm sure the soup will be very nice.

    ReplyDelete
  14. sedap niiii.. musim musim macam ni..memang lakuuu keras. gulp!! terasa kat tekak ni dah

    ReplyDelete
  15. sup tulang memang best.. makan sekali dengan sambal ikan bilis..perghhh.. nikmat betul!

    thanks for the sharing.

    ReplyDelete
  16. suka jgak sup tulang. senang sangat nak membuatnya. kalau ada tulang memang wajib buat. campak2 siap. hihihi

    ReplyDelete
  17. wow...sedapnya sup tulang mmg sesuai la musim hujan ni

    ReplyDelete
  18. sedapnyaaa sup tulang kak lin.. busyra satu family fevret!

    ReplyDelete
  19. sedapnya ne resepi ini bisa dicuba istri di rumah :D

    ReplyDelete
  20. tengok sup ni teringin pulak nak makan.

    ReplyDelete
  21. Mantap sgt...kita pun suka mkn sup tulang ni

    ReplyDelete
  22. sedap sup tulang lama tak makan.. alahai kena g cari tulang ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.