Resepi Sambal Tumis Telor

Bosannya hari ni,tak taulah kenapa...kat luar pulak sunyi jer...macam kurang sangat orang kat jalan raya ni,mesti balik kampung agaknya kan...yelah cuti lama,hari ni kak lina memerap je kat rumah,nak g kedai pun malas,so kita masak apa yang ada je lah kat dapur...

Tapi tak de apelah pulak..yang ada telor je hihi...alahhh,apa nak masak ni...kebetulan ada satu kotak santan,maka masaklah nasi lemak,sambal tumis telor...makan jelah apa yang ada,janji perut kenyang kan...nak keluar pun malas sebab cuaca panas pulak hari ni,sampai rasa sakit sangat kepala ni...

Lepas makan nasi lemak ni,semua faham2 jelah kan...bagai di gam pulak matanya...maka marilah kita merehatkan mata sejam dua kan...hihi....

Resepi Sambal Tumis Telor
Resepi Sambal Tumis Telor


Resepi Sambal Tumis Telor
======================
Telor Rebus
20 tangkai lada kering (direbus dahulu)*
3 Biji Bawang Besar*
2 Ulas Bawang Putih*
Segenggam Ikan Bilis*
Gula 
Garam
Serbuk Perasa
Beberapa Titis Kicap Manis

*Blender bahan yang bertanda
 Taburkan hirisan bawang sebagai hiasan

Cara-Cara
=========
  • Tumiskan bahan blender sehingga garing
  • Setelah garing masukkan air sedikit...
  • Masukkan gula,garam,dan serbuk perasa
  • Setelah kuah mendidih masukkan telur dan renjiskan sedikit kicap
  • Siap.....sedia dihidang

1 comment:

  1. Nak tau.. inilah mama punya fav Dan juga SambAl telur hancur

    ReplyDelete

Powered by Blogger.