Resepi Nasi Beriani Simple dan Ringkas

Resepi Nasi Beriani Simple  |  Sementara mood tengah rajin ni....jomlah kita main masak-masak...minggu ni minggu rajin kak lina kot...bukan senang kan mood rajin nak datang..kak lina baru je selesai kemas rumah,kemas bilik,semua langsir tukar jugak....hadoii penat tu memang terasa...sampai sakit-sakit pinggang kak lina ni.

Tapi kak lina tak nak lepaskan peluang mood rajin nih....siap jugak kemas meja kerja kak lina ni....wahhhh...bestnya dah semakin semangat la ni...betul lah orang kata,kena selalu ubah-ubah yang menjadi kebiasaan tu kan...barulah mood baru,idea baru datang kan...

Ok dah siap kemas rumah kak lina bersilat pulak kat dapur,jom lah tengok resepi nasi beriani simple dan ringkas dari kak lina.kak lina masak sikit je....alah....cuba-cuba je ni...nanti dah pandai bolehlah masak banyak sikit kan...


Resepi Nasi Beriani Simple

Bahan-bahan:

  • 2 cwn beras basmati
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
  • 1 sudu besar rempah beriani Faiza ( dibancuh dengan ½ cwn air )
  • ½ cwn susu segar
  • 1 sudu teh gula
  • ½ kiub ayam
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit kismis
  • margerin untuk menumis


Cara-cara memasak Nasi Beriani Ringkas :

  • basuh beras basmati dan letak di dalam periuk nasi elektrik
  • panaskan sedikit margerin di dalam periuk kecil
  • masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
  • bila dah wangi, masukkan bawang besar, bawang putih dan juga halia
  • tumis sehingga layu
  • masukkan bancuhan rempah beriani Faiza
  • tumis sehingga pecah minyak
  • masukkan 1 cawan air, gula dan kiub ayam
  • bila dah sebati, tuang ke dalam periuk nasi tadi
  • tambah susu segar dan kacau biar semua sebati
  • masak nasi seperti biasa
  • bila air dah kering, titiskan pewarna kuning di beberapa tempat
  • taburkan kismis di atas nasi
  • biar nasi masak

Kak lina letak sekali ayam dalam nasi tu...senang,xyah masak lauk lain...kalau korang rajin,masaklah dalca dan ayam masak merah ok...yang ni versi kak lina nak cepat pastu dah lapar sangat....hihi
Senang je kan resepi nya,tak delah rumit sangat...selamat mencuba.....


4 comments:

  1. Sedap nampak boleh cuba buat ni

    ReplyDelete
  2. selalunya memang kebanyaakn diorang akan guna beras brasmati untuk beriani ni

    ReplyDelete
  3. Panjang berlunjur nasi nya tuu..Seksi sangat😍

    ReplyDelete
  4. Wow. Patut cuba ni. Lin selalu kalau buat nasi beriani pakai perencah Maggi (kalau rajin)

    #TheRealBloggerMak

    ReplyDelete

Powered by Blogger.