Resepi Ikan Goreng Berlado

Resepi Ikan Goreng Berlado......Helloooo kawan-kawan sekalian...dah lunch ke?? lunch apa tu??menyibuk je kak lina ni kan,semua nak tahu...haha...biasalah orang perempuan ni kan,kalau boleh semua cerita nak tahu,dari A-Z kalau boleh nak tau...bukan apa...kita ni kalau boleh tak nak ketinggalan bas...haha,sekarang paling latest MRT la kan...yang sedihnya kak lina belum sempat lagi nak naik mrt tu...

Teringin juga nak naik mrt tu...nanti satu hari nak jugak la naik mrt tu.padahal dekat sangat mrt tu dengan rumah kak lina tau.tapi bila fikir nak bawak bujang kecik ni,malas la kak lina nak hura hara dalam tu,perangai si kecik ni boleh tahan lasaknya..kalau kat pasaraya tu...berlari je kejenya...penat la nak kejar dia.tunggu lah dia besar sikit barulah senang hati nak berjalan.

Hari ni kak lina nak share menu kegemaran kak lina...super duper simple resepi,tapi kalau makan mesti bertambah-tambah...ikan tu terpulang lah pada korang,ikan tenggiri ke,ikan kerisi,bawal dan sebagainya..


Resepi Ikan Goreng Berlado
Resepi Ikan Goreng Berlado

Resepi Ikan Goreng Berlado
======================

Ikan digoreng garing terlebih dahulu
1 Biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Lada merah
Cili hijau
Sos tiram
Asam keping
Garam
Gula

Cara-Cara:

Tumbuk bawang merah dan putih bersama lada merah dan cili...
Tumbuk kasar-kasar ye...
Tumis bahan yang kita tumbuk tadi sampai garing
Tambahkan sos tiram,gula,garam dan asam keping
Tambahkan sedikit air supaya tidak kering sangat sambal kita
Bolehla dituang atas ikan.
Done...selamat menjamu selera.

**Jumlah lada tu terpulang pada citarasa korang,lagi banyak cili makin pedas lah sambal berlado kita..sebelum makan baca Bismillah dulu ye....

Resepi Ikan Goreng Berlado
Resepi Ikan Goreng Berlado

9 comments:

  1. Cikla biasa mkn ikan keli masak mcm ni lah. Nnti boleh try guna ikan lain. Thanks sharing..

    ReplyDelete
  2. Lauk fav dkt rumah ana. Makan dgn nasi putih je dh cukup. Tak perlu lauk lain dah.

    ReplyDelete
  3. kalo berlado ni suka buat ikan keli berlado

    ReplyDelete
  4. Alaaaaa...nak buat jugak la...sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  5. saya dah masukkan anda dalam bloglist saya...saya juga add anda sebagai follower.

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaa! Suka jugak masak berlada macam ni :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.