Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit|  Amboiii...masing-masing masak resepi guna daging kan sekarang ni..sana sini upload resepi daging..hihi...meleleh air liur kak lina tau...kejam korang ni...haha...

Kak lina jarang juga makan daging ni..tak taula nape...sebulan sekali pun belum tentu tau nak masak menu daging ni..sebab suami kak lina tak berapa suka daging lembu ni,tapi daging kambing suka pulak...nape ek??macam-macam selera orang ni kan...kak lina pulak semua bedal...batu ngan kayu je tolak hihi...

Dalam masakan seharian ...ayam memang wajib la..budak-budak kat rumah ni hari2 nak makan ayam,jemu lah tak lalu dah nak makan ayam...ikan pulak masing2 tak nak makan..hanyir lah tulang lah...macam2 alasan diaorang bagi...3 orang anak 3 selera...belum masuk mak ngan bapak nya lagi ni..

Pening tau tiap hari fikir nak masak apa...bila tanya nak masak apa??? Masing-masing jawab tak tau...hishhhh.....naik angin gak kalau mood kak lina tak baik hihihi..

Takkan nak masak 2 3 jenis lauk...ala...malaslah weiii...kak lina malas la nak duduk dapur lama-lama...kalau boleh nak habiskan masak tu cepat-cepat...

Korang macam mana pulak eh...agak2 camne nak settle kalau ada berjenis selera ni...bagilah tips pada kak lina yang dalam dilema ni hihi..tapi sebagai ibu kak lina kadang2 ikutkan juga lah kegemaran anak ni...xpelah penat sikit asalkan anak nak makan..

Oklah dah penat membebel..kak lina share resepi daging goreng kunyit yang simple dan ikut cara kak lina...

Resepi Daging Goreng Kunyit
Resepi Daging Goreng Kunyit

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT
============================
Bahan-Bahan

Daging 
1 Biji Bawang Besar*
1 Biji Bawang Putih*
Sedikit Halia*
Lada Merah Dan Hijau*
Sos Ikan
Serbuk Perasa dan sedikit Garam

**Bahan bertanda dihiris halus


Cara Masak

Daging di gaul garam kunyit
Rebus sehingga Empuk
Setelah daging empuk bolehlah letak minyak sedikit dan goreng daging tersebut..
Jangan lama sangat takut daging keras
Setelah daging dah garing bolehla di masukkan bahan-bahan yang dihiris.
Renjiskan sedikit sos ikan ,garam dan serbuk perasa.
Done....Sedia dihidang

1 comment:

  1. Sama lina..tak berapa gemor lama2 kat dapur..kalau masak tu, nak cepat je..hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.