Natural Clenx Tea| Dah Minum Ke Belum?

Natural Clenx Tea| Dah Minum Ke Belum?  Dah minum ke korang clenx tea ni,kalau belum tolong lah minum ye sebab bagus sangat tau clenx tea ni....ni kak lina nak cerita melalui pengalaman sendiri ye..bukan orang lain punya...orang lain kak lina tak tau la macam mana penerimaan yang diaorang dapat..tapi setakat yang kak lina kaji semuanya bagus2 dan baik2 je hihi..

Kak lina kenal clenx tea ni melalui adik kak lina,dia nak diet katanya...so dia mulakan dengan Natural Clenx Tea ni sebab untuk melawaskan pencernaan dan membuang toksin dalam perut...so kak lina teringin la nak minum jugak..oklah rasa dia not bad...sedap minum hihi...yang penting tak pahit..kak lina lemah sikit nak minum kalau pahit-pahit ni..

Natural Clenx Tea| Dah Minum Ke Belum?
Natural Clenx Tea| Dah Minum Ke Belum?

Inilah rupa tea tu..kemas je kan packaging dia...Natural Clenx Tea ni adalah tea untuk detox/slimming senang kan..hanya minum secawan kita dah dapat 2 kebaikkan,detok dan slimming...sape nak bagi kan..seriously memang berkesan sangat bab melawas tu..

Selalunya kak lina minum pukul 9 pagi...lepas 8 jam minum confirm korang akan ke tandas..jadinya korang kena planning awal2 ye...kalau salah planning kang..time korang tengah meeting dia nak melawas haha haru nanti jadinya..

Yang kak lina suka tentang tea ni adalah bab melawas tu...memang akan keluar habis..xde tinggal-tinggal ye...macam kena perah perutnya bila membuang tu..lepas tu lega sangat perutnya...serta merta rasa ringan dan kempis...maknanya kena minum hari-hari tau supaya tak ada sisa yang tertinggal dalam perut kita..

Natural Clenx Tea| Dah Minum Ke Belum?
Natural Clenx Tea| Dah Minum Ke Belum?

Cara minum pulak hanya ambil satu uncang teh dan campurkan dengan secawan air panas,biarkan selama 5-10 minit...ambil selepas makan...tak kira lah lepas sarapan atau lepas makan malam..kak lina pernah ambil pukul 8 malam tau...pastu tengah sedap tidur dalam kol 3-4 pagi dia dah kejut nak ke tandas...adoii tengah sedap tido kot...malasnya nak bangun...tapi perutnya pulak memulas-mulas meminta ke tandas..sebab tu kak lina suruh korang rancang dulu perjalanan korang tu hihi...satu uncang boleh guna 2 kali..just tambah air panas je nanti..

Selepas 2 minggu kak lina minum Natural Clenx Tea ni...eh tak sangka berat badan kak lina turun sikit..tak banyak la...dalam sekilo je gitu..sebelum minum kak lina timbang 66 kg...lepas 2 minggu minum 65kg...gembira la jugak...kalau diet betul-betul mesti boleh turun banyak..tapi kak lina tak diet pun haha...

Korang boleh beli di watson,guardian,caring atau pharmacy...kak lina beli di watson..1 kotak yang besar tu..dapat tupperware lagi hihi...harga dalam RM56++....bolehla kongsi-kongsi minum kan..kalau nak mencuba dulu ada pek kecik dalam RM 30 la kalau tak silap.cubalah korang minum,mesti puas hati...yang penting perut ringan dan kempis siap bonus boleh dapat kurus kalau korang rajin amalkan..

Agak-agak kak lina nak teruskan tak minum Natural Clenx Tea ni???of course la.....kak lina akan jadikan teh ni minuman wajib dalam menu harian kak lina...korang pulak macam mana???oklah setakat ni dulu kak lina review tentang Natural Clenx Tea ni....
Byeee...Jumpa Lagi Uolssss......


8 comments:

  1. Adik kinah pun minum tea ni.. so far dia kata ok la. Memang lawas. Cuma tak sanggup check in tandas je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banyak isi dalam tu..memang kerap ketandas kinah hihi

      Delete
  2. nak try tapi yang bab ke toilet tu taktahan tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. try je dik....tak delah teruk sangat ke tandas tu..tengok pemakanan kita jugak..

      Delete
  3. kc tgh minum jugak clenx tea ni kak lina. ada laa dalam 3,4 kali ke toilet hahahaha. so, kc tak minum clenx tea ni kalau ada temujanji kat luar ke sebab nanti susah haha. asyik nak ke toilet je, perut memulas. tp memang best la tea ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh kc minum gak eh...seb baik kak lina sekali 2 je masuk toilet...tp best kan tea ni...rasa perutnya bersih je hihi

      Delete
  4. pernah minum ni dulu.. masa tu konon nak detox badan.. dan yakin tak yakin je minum.. sekali tak lama pastu mengandung.. hemm.. banyak toksik kot badan TB ni.. huhu

    Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. esok last... mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =)
    ni link nya.. jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah memang betul...tea ni memang boleh buang toksin sekali..

      Lina dah join gv tengku butang awal2 hari tu...moga ada rezeki hehe

      Delete

Powered by Blogger.