Cara Menyimpan Sayur Supaya Tahan Lama

Cara Menyimpan Sayur Supaya Tahan Lama|  Sebagai seorang surirumah kita mesti kreatif dalam semua benda kan,ada je kadang-kadang idea yang datang dalam menyelesaikan sesuatu tugas.Banyak sebenarnya tugas surirumah ni...dulu sebelum khawin sehingga anak 5 tahun kak lina bekerja,jadi memang tak de masa nak uruskan rumah..xpernah masak pun..hihi,tapi kak lina untung sebab kerja dengan suami sendiri,jadi bolehlah ngelat-ngelat..rumah mak kak lina pulak dekat sangat dengan tempat kerja,setiap hari hantar anak tapi lama giler hantarnya...haha,siap masak ngan berborak lagi dengan mak kak lina...tengahari camtu baru masuk kerja..

Masak pun ala kadar je,saja ringan-ringan kan tangan bantu mak..yelah dahlah mak jaga anak kita,tak kan kita nak malas bantu mak kita kan...lama2 kak lina sedar,kita kena juga belajar masak..setiap kali hantar anak,kak lina akan tolong mak kak lina masak..dari situ lah kak lina pandai buat kerja dapur huhu...

Sekarang kak lina rasa nak share lah petua di dapur setiap hari...yang tak tahu tu bolehla tambah ilmu kan..yang dah tahu tu marilah kita sama2 share apa yang kita tahu.

Cara Menyimpan Sayur Supaya Tahan Lama
Berikut adalah langkah-langkah cara menyimpan sayur agar kekal dan bertahan lama.



1.RENDAM SAYUR
Cara Menyimpan Sayur- Pertama sekali rendamkan sayuran selama 5-10 minit,Biarkan semua sayur tenggelam.Untuk sayuran seperti kangkung dan bayam biasanya diasingkan kerana ada sedikit pasir.Akarnya jangan dibuang.Apabila nak masak nanti barulah dibuang,dan dibersihkan lagi.

2.TAMBAH GARAM

Taburkan sedikit garam dan cuci seperti biasa.Fungsi garam ni adalah untuk mencuci bekas-bekas bahan kimia dan racun -racun serangga yang masih melekat pada sayuran.Rendamkan sayur sebentar dalam air garam..lebih kurang 10 minit.

3.TOSKAN
Kemudian toskan sayur dan biarkan selama 5 minit.

4.SIMPAN DALAM BEKAS
Sediakan bekas kedap udara dan susunkan sayuran hijau kedalam nya.kalau nak jimat gunakan plastik ziplock.


Image may contain: food

Ini adalah stok sayuran Puan Maslina selama 2 minggu...Kak lina ambil info dari group masakan terkenal di facebook iaitu MAHN....


Image may contain: 1 person, smiling, food

Wah....masih segar dan baru seperti baru beli dipasar...jimat kan,tak perlu lah kita nak ke pasar setiap hari...next entri kak lina share cara nak simpan barang basah pula,seperti ikan,udang, sotong dan daging ye..

10 comments:

  1. Yela kan, cara simpan tu macam pasar raya buat, bungkus pakai plastik... patut tahan lama... nice tips ya...

    ReplyDelete
  2. Ana pun pernah buat mcm ni memang tahan sayur tu lina.

    ReplyDelete
  3. ok,,noted.. mekasih bkongsi tips

    ReplyDelete
  4. pernah sekali buat sayur di buang akarnya semua dah tu jadi cepat busuk, haha akibat gak tau, thanks info nya :)

    ReplyDelete
  5. Nak kena beli bekas simpan sayur cap tupperware macam dalam gambar tu jugak lah nampak nye ni hihihi.. *alasann sangat asben cakap*

    ReplyDelete
  6. Ada tupperware simpan.. Sayang pulak nk guna.. Hihi teruk nya saya. Pasni blh cuba

    ReplyDelete
  7. Ada tupperware simpan.. Sayang pulak nk guna.. Hihi teruk nya saya. Pasni blh cuba

    ReplyDelete
  8. Boleh dicuba. Tq tips

    Shidotdotcom.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba nanti. Terima kasih kak lina

    ReplyDelete

Powered by Blogger.