Resepi Nasi Beriani Simple dan Ringkas

Resepi Nasi Beriani Simple  |  Sementara mood tengah rajin ni....jomlah kita main masak-masak...minggu ni minggu rajin kak lina kot...bukan senang kan mood rajin nak datang..kak lina baru je selesai kemas rumah,kemas bilik,semua langsir tukar jugak....hadoii penat tu memang terasa...sampai sakit-sakit pinggang kak lina ni.

Tapi kak lina tak nak lepaskan peluang mood rajin nih....siap jugak kemas meja kerja kak lina ni....wahhhh...bestnya dah semakin semangat la ni...betul lah orang kata,kena selalu ubah-ubah yang menjadi kebiasaan tu kan...barulah mood baru,idea baru datang kan...

Ok dah siap kemas rumah kak lina bersilat pulak kat dapur,jom lah tengok resepi nasi beriani simple dan ringkas dari kak lina.kak lina masak sikit je....alah....cuba-cuba je ni...nanti dah pandai bolehlah masak banyak sikit kan...


Resepi Nasi Beriani Simple

Bahan-bahan:

  • 2 cwn beras basmati
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
  • 1 sudu besar rempah beriani Faiza ( dibancuh dengan ½ cwn air )
  • ½ cwn susu segar
  • 1 sudu teh gula
  • ½ kiub ayam
  • sedikit pewarna kuning
  • sedikit kismis
  • margerin untuk menumis


Cara-cara memasak Nasi Beriani Ringkas :

  • basuh beras basmati dan letak di dalam periuk nasi elektrik
  • panaskan sedikit margerin di dalam periuk kecil
  • masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
  • bila dah wangi, masukkan bawang besar, bawang putih dan juga halia
  • tumis sehingga layu
  • masukkan bancuhan rempah beriani Faiza
  • tumis sehingga pecah minyak
  • masukkan 1 cawan air, gula dan kiub ayam
  • bila dah sebati, tuang ke dalam periuk nasi tadi
  • tambah susu segar dan kacau biar semua sebati
  • masak nasi seperti biasa
  • bila air dah kering, titiskan pewarna kuning di beberapa tempat
  • taburkan kismis di atas nasi
  • biar nasi masak

Kak lina letak sekali ayam dalam nasi tu...senang,xyah masak lauk lain...kalau korang rajin,masaklah dalca dan ayam masak merah ok...yang ni versi kak lina nak cepat pastu dah lapar sangat....hihi
Senang je kan resepi nya,tak delah rumit sangat...selamat mencuba.....


Cerekarama Kismet-TV3

Kismet-TV3|  Wah pelakon otai berlakon lah...eman manan dan vanidah imran satu nama besar dalam industri kita ni,lakonan yang semulajadi dan bersahaja mereka tampikan...dah lama rasanya mereka berdua tidak berlakon kan..

Tak sabar nak tengok mereka pada hari sabtu ini...tapi eman manan macam kurus sikit lah,vanidah imran pulak nampak maintain gitu....tak kurang hebat juga lakonan miera lieyana tu..walaupun selalu dapat watak jahat dan gedik,tapi kak lina suka ,ingat senang ke bawak watak gedik...sampai kat luar set pun orang akan ingat dan kecam hihi...sama-sama kita saksikan lakonan mereka nanti..

Kismet tu bermaksud Takdir @Nasib @ Qadak dan Qadar

Kismet-TV3

Saksikan lakonan Eman Eman, Vanidah Imran, dan Miera Leyana dalam telefilem Kismet pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : KISMET
TARIKH / MASA : Sabtu, 30 September 2017, 9 malam 
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
TERBITAN : Kuasatek Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Eman Eman, Vanidah Imran, Miera Leyana, Jalaluddin Hassan

SINOPSIS KISMET
Hubungan Shahrom and Farah mula dingin apabila Shahrom telah merancang untuk berkahwin dengan Nora. Akibat tekanan, Farah telah mengalami sakit jantung tetapi merahsiakannya dari pengetahuan orang lain.

7 Tanda Awal Kanser Ovari

7 Tanda Awal Kanser Ovari |  Baca tajuk je dah takut kan...inilah risiko kaum perempuan,sakit yang sangat ditakuti selain kanser payudara.macam-macam yang bermain di fikiran,kadang-kadang kak lina selalu fikir,takutnya kalau kena kanser,yaallah jauhkanlah aku dari sakit yang merbahaya.lagi-lagi bila kita sakit,kadang-kadang pening kepala je pun dah fikir sakit apa aku ni eh...selalu fikir negative macam tu.

Korang ada tak fikir macam tu...takut kan kalau fikir yang bukan -bukan macam tu,yelah anak masih kecil,amalan pulak masih belum cukup lagi,pandai ke anak2 berdikari kalau aku tak de?allah saja lah yang mengetahui selanjutnya,nasib kita takdir kita terletak di tangan nya,kita hanya mampu berdoa sahaja...

Sesiapa pun mesti tidak pernah menyangka bahawa mereka boleh terkena penyakit kanser. Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian salah seorang artis terkenal, Ary Malik yang tewas setelah berjuang dengan penyakit kanser ovari atau kanser rahim.

Ramai yang menggelar kanser ovari sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda serius dan begitu cepat meragut nyawa. Lebih menakutkan, sumber menunjukkan bahawa ia boleh menyerang wanita seawal usia 26 tahun di Malaysia.



7 Tanda Awal Kanser Ovari
7 Tanda Awal Kanser Ovari

KANSER OVARI SEBENARNYA MUDAH DIKESAN
Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang, Dr Andi Anggeriana Andi Asri menerusi MAKNA Malaysia (Majlis Kanser Nasional), kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu.
Tambah beliau lagi, bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.
7 TANDA KANSER OVARI YANG BOLEH DIKESAN AWAL
Berikut adalah tanda kanser rahim / ovari yang perlu diketahui oleh setiap wanita.
1. PENDARAHAN SELEPAS MENOPAUS
Antaranya simptom yang paling jelas, terutamanya selepas menopaus adalah berlakunya pendarahan. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.
Sepatutnya wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya ia berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser boleh merebak ke tahap 4.
2. HAID TIDAK TERATUR DAN BANYAK
Bagi yang belum menopaus, ambil perhatian sekiranya haid tiba-tiba keluar secara banyak dan berterusan. Perkara ini disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon secara normal kerana aktivitinya yang terganggu.
Aliran haid berat ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit lain seperti fibroid atau polyp di uterus. Pendarahan teruk juga boleh berlaku selepas melakukan hubungan intim ataupun sudah menopaus.
3. PERUT TIDAK SELESA
Selain 2 tanda kanser rahim paling jelas di atas, sistem penghadaman juga turut terkesan kerana posisinya yang agak dekat. Perut akan terasa mudah kenyang dan kembung.
Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Jika perkara ini berlanjutan lebih dari tiga minggu, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.
4. MUDAH LETIH
Walaupun sudah berehat lama, tetap berasa letih. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Selama ini tidak pernah pula selesu ini.
Seperti yang dijelaskan oleh sumber laman web kesihatan, hal ini disebabkan oleh sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Kondisi inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser.
5. KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Minum air macam biasa. Nak dikata mengandung, tidak. Kenapa sejak-sejak ini terlalu kerap buang air kecil? Bukan sahaja selalu, malah sakit seperti rasa ketat dan pedih. Jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlarutan lebih dua minggu.
Walaubagaimanapun, tanda kanser rahim ini menyerupai juga beberapa penyakit lain yang kurang serius dan boleh dirawat dengan mudah.
6. SAKIT SEAKAN SENGGUGUT
Selain sakit perut kembung, sakit di sekitar pelvis seakan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Sakit ini mungkin sebiasa sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan ambil ubat tahan sakit.
Dapatkan nasihat pakar sekiranya sakit pelvis berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa.
7. PERUBAHAN BERAT BADAN SECARA DRASTIK
Jika selama ini kita bertubuh agak gempal dan turun berat badan tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera terutamanya bila turun berat badan secara drastik.
Mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan rutin senaman dapat mengurangkan risiko kanser.
DIAGNOSIS KANSER OVARI
Menurut Hospital Metro yang menyediakan khidmat penjagaan kesihatan khusus bagi kaum wanita, terdapat satu ujian darah iaitu CA-125 yang boleh digunakan untuk mengesan paras CA-125 (sejenis protein yang parasnya meningkat di sel-sel ovari yang mengalami kanser).
Namun, ujian darah CA-125 semata-mata tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis kanser ovari. Pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui vagina dan pemeriksaan pelvik mesti dilakukan agar mendapat keputusan yang lebih tepat.
JANGAN AMBIL MUDAH
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, dapatkanlah nasihat doktor. Semak semula sekiranya tedapat ahli keluarga terdekat anda ada yang menghidap kanser payudara atau ovari.
Namun begitu, jangan terlalu panik jika anda menghadapi gejala-gejala di atas. Ada beberapa lagi penyakit yang menyerupai tanda kanser rahim seperti PCOS atau fibroid. Ujian saringan awal boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
Sumber Petua Ibu

Resepi Daging Masak Lemak Cili Api

Resepi Daging Masak Lemak Cili Api|  Masih tak habis lagi dengan resepi daging...hihi,sebenarnya tinggal sikit je lagi kat peti daging ni...nnt kang busuk pulak simpan lama-lama kan...so kita perabiskan lah mana-mana yang ada tu...kalau ikut mood tu malas sokmo kak lina ni...

Jemu kan asyik masak kari,sup,rendang...so kita masak lemak cili api pulak daging ni...first time ni kak lina masak lemak guna daging,dah kata jarang masak daging kan...so kita cuba lah menu baru pulak..wah nampaknya laku keras daging kak lina ni...sedap la tuuu....hahaha...

Stok daging dah habis...lepas ni entah bila pulak nak makan daging...tunggu dah teringin sangat la baru membeli nanti...makan selalu pun tak elok kan daging merah ni...so kita kurang-kurangkanlah ye...

Ada sesetengah dagingnya di salai kan...rasanya lagi sedap kan...ni versi malas,so xde salai2...hihi


Resepi Daging Masak Lemak Cili Api
Resepi Daging Masak Lemak Cili Api

Resepi Daging Masak Lemak Cili Api
=============================

Daging Direbus Dan Dihiris Nipis
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa
1 helai daun kunyit
1 kotak santan kotak
1 Batang Serai
Kentang/Terung-ikut suka nak letak atau tak

Bahan tumbuk:
2 inci kunyit hidup
6 tangkai cili padi kampung

Cara-Cara:
  • Daging direbus bersama serai
  • Setelah empuk,masukkan bahan tumbuk dan santan cair
  • Masukkan kentang dan terung
  • Setelah mendidih masukkan santan pekat, garam,serbuk perasa,asam keping dan daun kunyit
  • Tunggu sehingga mendidih dah tutup api.
  • Sedia dihidang.





Sering Gatal Dibahagian Intim?Anda Mungkin DIjangkiti Penyakit Kulit Kronik

Sering Gatal Dibahagian Intim?Anda Mungkin DIjangkiti Penyakit Kulit Kronik.....
Penyakit kulit membuatkan pengidap merasa sangat tidak selesa dan menderita. Ia berpunca dari bakteria, alergi, kulat ataupun virus yang menyerang manusia.

Ketua Perkhidmatan Dermatologi Kementerian Kesihatan, Datin Dr. Asmah Johar berkata, ini sejajar dengan jangkaan peningkatan penghidap penyakit itu di seluruh dunia daripada 230 juta kepada 440 juta menjelang 2030.
Jelas beliau, penyakit HS iaitu ketumbuhan kecil merah, nanah dan benjolan di permukaan kulit di bahagian ketiak, celah kangkang dan kawasan kemaluan adalah sesuatu yang membimbangkan meskipun penyakit itu tidak akan berjangkit melalui sentuhan.
“Penyakit ini selalunya berlaku kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, menghadapi tekanan emosi dan berlaku perubahan hormon ketika datang haid, serta persekitaran cuaca yang panas dan lembap.
“Apabila keadaan ini berlaku, pasti menjadi sangat menyakit-kan. Benjolan boleh pecah, menyebabkan darah bercampur nanah akan keluar mengalir tanpa henti dan apabila penyakit ini sembuh, parut tebal dan berlapis-lapis seperti terowong di bawah kulit akan terbentuk.
“Penghidap HS, boleh menghidap penyakit ini bertahun-tahun lamanya, dan kadang kala akan ‘senyap’ seketika, tetapi menjadi aktif semula secara tiba-tiba,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Kesedaran Hidradenitis Suppurativa di sini semalam.
Menurut Asmah, penyakit ini kurang diketahui kerana pesakit malu untuk berjumpa doktor kerana HS sering berlaku di kawasan kulit di bahagian sulit dan sensitif.
“Ramai dalam kalangan doktor juga tidak dapat mengenal pasti penyakit ini kerana kurang pendedahan pada masa pengajian kedoktoran. Kadang kala, pesakit sudah berjumpa ramai doktor, tapi masih tidak dapat memberi diagnosis tepat sehingga beberapa tahun, mengakibatkan penyakit itu bertambah teruk kerana tidak mendapat rawatan berkesan,” katanya.
Sementara itu, menurut Henry, setakat ini, tiada sebarang ubat khusus mengubati penyakit itu tetapi beberapa jenis rawatan boleh dilakukan bagi mengawal penyakit berkenaan pada peringkat awal.
“Penyakit ini lama-kelamaan akan menjadi tidak aktif dengan sendiri apabila umur meningkat ke 40-an dan putus haid bagi wanita.
Ubat-ubatan seperti antibiotik, retinoids dan biologikal adalah rawatan yang biasa digunakan untuk rawatan HS. Jika bisul dan terowong bernanah itu berulang-ulang pada tempat yang sama, pembedahan kulit akan dilakukan,” katanya.
Jika anda ada ketumbuhan kecil merah, nanah dan benjolan terutamanya dibahagian kemaluan, janganlah malu dan sila segera ke klinik untuk dapatkan nasihat doktor. Mana tahu jika dibiarkan anda mungkin telah menghidap penyakit kulit kronik. Apapun, jagalah kebersihan kerana mencegah lebih baik dari mengubat.
Sering Gatal Dibahagian Intim?Anda Mungkin DIjangkiti Penyakit Kulit Kronik

Apakah Itu Impetigo?

Apakah Itu Impetigo|   Pernah dengar tak Impetigo....penyakit ni biasanya terkena pada bayi dan kanak-kanak,orang dewasa amat jarang sekali terkena.Biasanya ia terkena pada bahagian Muka,leher dan tangan.

Boleh pulak anak kak lina terkena bakteria ni,hmmm ada je kan,Camne boleh kena??ingatkan kena gigit binatang,tapi setelah diperiksa,rupa-rupanya sejenis bakteria yang di panggil IMPETIGO...so,ibu-ibu kena extra perhatian pada kelainan anak-anak ye...

Impetigo terjadi disebabkan oleh dua bakteria iaitu
  • Pyogenese Streptococcus
  • Staphylococcus Aureus
Dua jenis bakteria ini adalah berbeza dari segi cara merawatnya. Untuk pengetahuan, Impetigo ada 3 jenis iaitu:
  • Impetigo Contagiosa
    Impetigo jenis ini adalah dimana wujudnya  keropeng atau luka berwarna merah pada wajah dan ia biasanya nampak di bahagian nulut dan hidung. Ia nya biasa di alami oleh kanak-kanak yang berusia 2-5 tahun kerana sistem imun anak yang belum kuat.
    .
  • Bullous Impetigo
    Jenis impetigo ini muncul di bahagian tengah badan antara pinggang dan leher atau boleh juga terjadi pada lengan. Jenis ini banyak menyerang kanak-kanak bawah usia 2 tahun.
    .
  • Ecthyma
    Jenis impetigo yang dapat menyerang kulit dermis. Luka yang dialami akan terasa sakit, memiliki cairan atau bernanah.
  • ­Muncul dan meninggalkan kerak kuning
  • Melepuh dan berisi cecair
  • Ruam dan gatal
  • Luka-luka pada kulit
  • Nodus limfa bengkak


Apakah Itu Impetigo?
Inilah rupa bakteria impetigo tu

PUNCA SAKIT IMPETIGO

Impetigo terjadi apabila terdapat dua jenis bakteria tadi menjangkiti kulit. Ia boleh berlaku dalam beberapa cara:
  • Bersentuhan dengan individu yang dijangkiti
  • Menyentuh barang kepunyaan individu yang mengalami jangkitan impetigo
  • Kecederaan kepada kulit
  • Gigitan serangga
  • Gigitan haiwan
Kemungkinan juga boleh mendapat jangkitan di sekolah,kadaang2 anak kita bermain dan bersentuhan dengan individu yang terkena jangkitan..jadi pastikan anak kita sentiasa mencuci tangan dengan bersih sebelum makan.

LANGKAH MENCEGAH IMPETIGO

Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam mencegah penyakit Impetigo. Jika kanak-kanak sudah terkena jangkitan Impetigo, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi mencegah penyakit ini teru merebak, antaranya:
  • Menggunakan sabun antibakteris untuk mencuci tangan
  • Menggunakan tuala yang bersih atau kertas tisu untuk mengeringkan badan
  • Membasuh pakaian mereka yang dijangkiti impetigo dengan air panas bagi menghapuskan bakteria
  • Rumah sentiasa dibersihkan dan menggunakan pencuci antibakteris
  • Memastikan kuku pendek
  • Elakkan ke sekolah atau pusat asuhan jika mengalami impetigo
  • Tidak berkongsi barangan dengan orang lain
RAWATAN UNTUK PENYAKIT IMPETIGO

Rawatan untuk penyakit ini diberikan mengikut jenis impetigo yang dialami. Kebiasaanya doktor akan berikan ubat sapu atau antibiotik sahaja.

Kak lina hanya sapu krim sahaja pada tempat yang terkena jangkitan tu,sehari 2 kali,krim tu boleh didapati di klinik ye...pastikan anda mendapatkan rawatan dahulu..Jangan di biarkan ye,nanti ia boleh membesar dan merebak ke tempat lain...lagi susah nak merawatnya nanti.

Alhamdulilah anak kak lina dah sembuh setelah konsisten sapu cream selama seminggu...dah mula menipis dan bewarna hitam menandakan kuman-kuman tersebut telah mati...berbanding sebelum ni,bewarna merah dah berbiji2...

**Sumber Akakvitamin

Menantu Material



Tajuk : Menantu Material
Tarikh : 27 Mei 2017
Masa: Sabtu, 8.30 Malam
Siaran : HyppSensasi 116 (HyppTV)
Terbitan : Orangetree Production Sdn Bhd 

Pelakon: Janna Nick, Nazim Othman, Illya Buang, Fazlina Ahmad Daud, Dazrin Kamarudin, Fara Mendoza, Gbob, Syuhaida Abraz, Nonny Nadirah

SINOPSIS MENANTU MATERIAL
Kisah Emilya berusia 25 tahun. Ibunya sangat risau jika dia tidak berkahwin pada usia 27 tahun, Emilya akan di gelar andartu. Ikut gelagat ibu Emilya yang merancang perkahwinan anaknya itu.

Best cerita ni,lucu sangat janna nick....sekarang ni ditayangkan  di TV3 pada pukul 10.00 pagi.mak dia sibuk suruh janna nick khawin...paling best tentulah janna nick dan nazim othman...hihi jom kita tengok ramai2...

Sebelum ni ditayangkan di HYPP TV....sekarang ni tayangan ulangan di TV3

**sumber kepala bergetar

Tips Ke Genting Highland

Tips Ke Genting Highland |  Kak lina ada sedikit tips lah pada sesiapa yang nak ke genting highland tu,sekarang ni kalau kita g sana pun memang tak ada apa sangat lah..sebab semuanya masih dalam pembangunan lagi,macam lama lagi je nak siap theme park tu..memang di rombak habis-habisan lah genting highland tu.

Walaupun begitu jumlah pengunjung tak pernah berkurangan ....masih ramai lagi yang kesana,mungkin kerana cuaca yang sejuk tulah...dan lagi satu tarikan yang best adalah Genting Premium Outlet....wah...memang sakit kepala lah pada si suami...hihi,budak kecik pun pandai meminta tau kalau kesana tu.....apatah lagi si isteri yang suka shoping ni....yaallah rambang nya mata tengok beg tangan,kasut kulit dan baju-baju yang yang separuh harga tu....wah...memang syurga shoping lah kat situ...


Tips Ke Genting Highland
Kabus Di Tengahari

Satu je yang tak best kat genting highland ni adalah kurang sangat kedai makan...kedai cina banyak lah...pastu orang ramai sangat..semua meja penuh uolsss...hah camne nak makan kan...better bawak bekal la dari bawah...jimat sikit,maklum sajalah kat atas tu.....mahal semuanya,air pun jejak puluhan ringgit....berkira juga nak membeli kan...

Indoor pulak dah tak de tau....hanya shoping complek je dalam tu...kalau dulu best kan,banyak permainan dalam tu,budak-budak pun seronok main dalam tu...penatnya lahai berjalan,tak de satu kerusi pun disediakan dalam  tu,macam nak patah kaki berjalan,ditambah pulak kena dukung si kecik tu sebab dia dah tak larat jalan...haruuuu...tak de apa pun yang best...yang best cuma AWANA SKYWAY tu...

Tips Ke Genting Highland

Wuhuuuuu.....best giler naik skyway ni,gayat sikit jelah...hihi tiket pulak seorang RM 8...kalau return RM 16...kanak-kanak bawah 90cm FREE ok...sekarang ni,skyway dah upgrade tau..lebih kukuh dan mantap,rasa smooth je perjalanan tu,masa dulu2...skyway ni kecik sikit pastu terasa gegaran dan rasa sangat goyang-goyang tu..yang sekarang ni...memang best dan terbaikk....


Tips Ke Genting Highland
Seronoknya Naik Awana Skyway


Rayyan paling seronok atas ni...siap berdiri lagi atas ni jalan2...mak dia ketaq kaki dah ni,wafiy pulak diam tak berkutik...menangis lagi....hmmmm ikut mama la ni,gayattt...
Kalau korang bawak kereta,better tinggal kat bawah je,kat parking GPO tu,parking sangat banyak dan luas tau...pastu naik atas guna SKYWAY je....tak yah penat2 nak drive ke atas tu...kereta pun tak semput gitu...

Sebelum naik makan kenyang2 eh...kalau ada anak kecik stanby la roti atau biskut,kat atas nun tak de apa yang murah tau...kalau ada pun kebanyakkan tak mampu kita nak beli...rugi je beli mahal2..baik beli kat bawah,beza harga 3 kali ganda tau...


Tips Ke Genting Highland
Beratur Panjang Di Coach

Masa ni dalam pukul 11.30,....ish ish ish....dah beratur panjang uols kat coach tuuuu.....banyak pitih sungguh orang malaysia ni kan....kak lina tak dapat beli sebab malas nak beratur(ermmm...ayat sedapkan hati) haha.....manalah mampu nak beli...walaupun ada diskaun tetap beribu juga kan harganya...mampu tengok jelah uolsss...

Seharian kat atas tu memang memenatkan lah,tak tidur sana pun sebab plan last minit,insyaallah next time kak lina akan tidur sana,teringin nak tidur di Hotel On The Park yang viral tu.tapi kan kak lina tak puas lah naik skyway tu...walaupun gayat seronok sangat tau....hmmm...kena plan lagi nampaknya kan...

Sebelum balik jangan lupa singgah di Mini Cameron Highland ye.....macam-macam ada jual kat situ,aiskrim,strawberi coklat,jagung,dan sayur-sayuran....nak petik strawberi sendiri pun ada kat situ ye..


Tips Ke Genting Highland
@sumber genting highland
Nanti dah siap mesti lagi meriah kan....tiket pulak tentulah beratus kan....hahaha....stanby la kalau nak pergi genting highland bila dah upgrade nanti...oklah korang tu jelah yang kak lina boleh share setakat ni.... 

Resepi Sambal Tumis Telor

Bosannya hari ni,tak taulah kenapa...kat luar pulak sunyi jer...macam kurang sangat orang kat jalan raya ni,mesti balik kampung agaknya kan...yelah cuti lama,hari ni kak lina memerap je kat rumah,nak g kedai pun malas,so kita masak apa yang ada je lah kat dapur...

Tapi tak de apelah pulak..yang ada telor je hihi...alahhh,apa nak masak ni...kebetulan ada satu kotak santan,maka masaklah nasi lemak,sambal tumis telor...makan jelah apa yang ada,janji perut kenyang kan...nak keluar pun malas sebab cuaca panas pulak hari ni,sampai rasa sakit sangat kepala ni...

Lepas makan nasi lemak ni,semua faham2 jelah kan...bagai di gam pulak matanya...maka marilah kita merehatkan mata sejam dua kan...hihi....

Resepi Sambal Tumis Telor
Resepi Sambal Tumis Telor


Resepi Sambal Tumis Telor
======================
Telor Rebus
20 tangkai lada kering (direbus dahulu)*
3 Biji Bawang Besar*
2 Ulas Bawang Putih*
Segenggam Ikan Bilis*
Gula 
Garam
Serbuk Perasa
Beberapa Titis Kicap Manis

*Blender bahan yang bertanda
 Taburkan hirisan bawang sebagai hiasan

Cara-Cara
=========
  • Tumiskan bahan blender sehingga garing
  • Setelah garing masukkan air sedikit...
  • Masukkan gula,garam,dan serbuk perasa
  • Setelah kuah mendidih masukkan telur dan renjiskan sedikit kicap
  • Siap.....sedia dihidang

Dosa Perempuan TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Perempuan arahan Murali Abdullah yang dibintangi oleh Redza Rosli, Nad Zainal dan Mira Filzah. Disiarkan di TV3 pada Sabtu ini pukul 9 malam. 

JUDUL : DOSA PEREMPUAN 
TARIKH / MASA : Sabtu, 23 September 2017, 9.00 malam
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Murali Abdullah
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Redza Rosli, Nad Zainal, Mira Filzah, Aaidit Noh, PU Rizz, Duerra Mitilda, Hairi Safwan, Fizi Amer

SINOPSIS DOSA PEREMPUAN 
Nik baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud. Daud dituduh bersalah membunuh dengan niat. Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap rakannya sendiri, Azali menerima kutukan daripada masyarakat. Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Suraya dan anak mereka, Aimi menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah Suraya berkenalan dengan Tasha di sebuah pasaraya. Nik mula rasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Aimi memberitahu yang dia tidak sukakan Tasha kerana Tasha agak pelik. Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak mahu membantu siasatan polis. Baginya, sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, Daud boleh meminta pihak polis untuk membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud. Siapakah pembunuh Azali yang sebenar?

First time mira filzah bawa watak jahat kan..best juga tau cerita ni..
Jom saksikan sama2...

Sumber my infotaip

Dosa Perempuan TV3
Dosa Perempuan TV3

AWAK SUKA SAYA TAK?-Astro Ria

AWAK SUKA SAYA TAK-Astro Ria
AWAK SUKA SAYA TAK-Astro Ria

Korang jom tengok cite ni ramai-ramai...novel ni best giler tau..sape yang tak kenal dengan penulis melor jelita kan...novel dia semuanya meletop,tebal2 pulak tu buku nya...antara novel beliau yang mendapat sambutan adalah AWAK SUKA SAYA TAK? I LOVE U STUPID, dan MY  PRECIOUS IRIS.

Sebenarnya masih tak puas lagi tengok cerita Duda Pujaan Dara tu,menjadi sangat watak zahirah mcwilson dengan kamal adli tu ...sweet sangat,tak sah kalau tak senyum kalau tengok cerita tu kan.harap-harap emma maembong serasi lah dengan alvin chong ni...

Cerita ini mengganti kan drama Duda Pujaan Dara bermula Isnin pukul 10.00-11.00 malam.Lakonan utama Emma Maembong dan Elvin Chong. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan Raja Ahmad Alauddin.


Para Pelakon

Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Mustapha Kamal, Fieza Jolie, Aman Aziz



Sinopsis Awak Suka Saya Tak


Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia. 

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

Saksikan drama Awak Suka Saya Tak? setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria.

*sumber kepala bergetar

Bila Ulser Mulut Menyerang

Bila Ulser Mulut Menyerang |  Pedihnya bila kena ulser kan....adoiii nak makan tak boleh nak minum pun sakit...serba serbi tak kena dibuatnya..lagi-lagi kalau yang dapat ulser besar tu...siap 2 3 ketul sekali berkumpul kat situ...hmmm memang terasa nikmatnya kat situ...hihi

Kak lina baru je kena ulser mulut ni 2 3 hari yang lepas...sakitnya tuhan je yang tahu..kat bawah lidah satu..kat dalam bibir tu satu...nasib baik lah kecik2....walaupun kecik....seluruh mulut terasa kejang haha...nak bercakap pun malas.

Punca ulser mulut ni biasanya kurang air..masa kena tu kak lina banyakkan minum air suam...sampai kembung rasanya minum air masak..nak baik punya pasal kan..pastu kak lina kerap sapu ORAL AID...lega lah sikit sebab dia kebas kan...dapatlah makan dengan tenang,tapi sekejap je kebas tu...bolehla dari tak de.

Ulser ni tak de ubat pun...cuma Oral Aid tu jelah...tapi ada beberapa petua yang kak lina nak kongsi kan...dapatlah membantu korang yang menderita ulser tu...biasanya kalau ulser ni makan masa seminggu juga lah nak baik...sebab tu kita kena rawat cepat...kalau tak makin menjadi nanti ulsernya..satu pun dah seksa,apatah lagi kalau banyak kan...


Ulser mulut
Bila Ulser Mulut Menyerang


PETUA MENGHILANGKAN ULSER DENGAN CEPAT
===========================================
1.MADU
Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru.
ANTARA NASIHAT YANG KAK LINA BOLEH SARANKAN ADALAH
  • Gunakan berus gigi yang lembut
  • Banyakkan minum air kosong
  • makan makanan yang lenbut
  • Elakkan makanan pedas dan berasid
  • Elakkan minum minuman panas
  • Elakkan makanan keras seperti kacang, keropok atau kerepek
DAPATKAN RAWATAN DOKTOR SEKIRANYA
  • Ulser mulut tidak berkurangan selepas 3 mingggu
  • Kerap berlaku semula
  • Menjadi semakin sakit atau merah(mungkin sudah ada jangkitan)

sumber sirap limau