Sotong Goreng Kunyit


Makan apa hari ni kawan-kawan....kak lina dah habis idea lah nak masak apa...malas betul nak kedapur, lagi2 cuaca asyik hujan je kebelakangan ni kan...rasa nak baring je lepak2 santai2...tapi dah nama hujan tentulah perut lapar kan...

Terpaksalah bongkar-bongkar peti ais cari apa yang ada..ok ada sotong.. haha jom lah kita campak-campak sotong ni..ala...sotong goreng kunyit je uols...menu ringkas tapi sedap...

Walaupun simple...kalau kita makan dengan nasi panas-panas...maunya menambah nasi kan...hihi..jomlah tengok resepi sotong goreng kunyit ni..




BAHAN-BAHANNYA :-)

3 ekor sotong bersaiz besar (kurang lebih 1kg)
3/4 camca besar kunyit serbuk
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, kemudian hiris bentuk gegelang, cuci dan toskan. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap 25 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih hingga harum,Masukkan sotong yang kita perap dengan garam kunyit tadi.. besarkan api dan gaul rata. Tambah bawang besar, cili merah dan hijau. Kacau rata. 
  3. Tambah garam secukup rasa, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng, hidangkan segera bersama nasi panas dan lauk2 lain..

7 comments:

Powered by Blogger.