Serawa Durian

Serawa Durian????suka tak???sedap kan uolss...kak lina suka sangat makan serawa durian dengan roti...tak kisah la pape roti pun...bila makan tak boleh berhenti mengunyah kan...ermmm...sambil tulis sambil telan air liur ni..hihi...

Biasa kak lina tengok ada yang makan dengan roti jala,lempeng,biskut....apa lagi eh...hah pulut pun sodap kannn...kalau korang makan dengan roti macam kat bawah ni lagi sedap tau..dah la tebal roti nya...pastu garing di luar lembut didalam..

Roti tu korang sapu planta@butter pastu bakar sekejap atas kuali nonstik...dah dapat warna kuning keemasan tu angkatlah...makan panas2 memang terangkat...Roti tu kak lina beli kat kedai kopi terlajak laris di bangi...sebuku besar RM 10...biasa diaorang buat untuk roti titab..roti butter dan roti peanut...

Kak lina sertakan disini cara-cara buat serawa durian yang pastinya mudah dan sedap.



Serawa Durian


Resepi Serawa Durian:
================

  • Durian 1 mangkuk
  • Gula pasir 1 cawan(ikut manis yang kita nak)
  • Santan Kotak 
  • Daun Pandan
  • Gula Merah @ melaka(tak letak sebab nak warna putih je)
  • Air masak 1 cawan
  • Secubit Garam
Cara-cara:
=======

  • Satukan semua bahan-bahan diatas
  • letak air mengikut kepekatan yang kita suka
  • letakkan garam secubit
  • kacau hingga mendidih dan pekat
  • tutup api dan sedia di hidang

Selamat Mencuba

11 comments:

  1. Aduyaiii my favourite ni sedapnya

    ReplyDelete
  2. Sedap tu
    makan dengan lempeng nipis2.

    ReplyDelete
  3. Bukan suka tapi all time fav ni lina. Pantang nampak. Hehe

    ReplyDelete
  4. kakk lienaaa apa nihhhhh. sedapp nihhhhh.
    http://www.alongmisuari.com/2017/08/panduan-untuk-mendapat-percuma-vpn.html

    ReplyDelete
  5. Terpaksa scroll laju2 post ni

    #GengAntiDurian :')

    ReplyDelete
  6. Serawa durian cicah dengan roti memang sedap

    ReplyDelete
  7. sERAWA DURIAN BEST GILER..#GENGGILERDURIAN

    ReplyDelete
  8. sedap kalau dicicah dengan roti , tapi ccl tak rajin mmbakarnya , terus makan camtue

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak Lina...tapi rumah saya ni durian pun takbanyak stok, beli je terus licin, tak sempat nak buat serawa. Adoi banyak hantu durian, termasuk saya,haha.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.